Tuesday 30 June 2015

Kau Boleh Berdikari Sebab Allah Masih Jaga

Jadi perempuan yang kononnya berdikari ni kadang-kadang kalau xkena nasib, ngeri juga.

Teringat few weeks ago after balik dari Fraser's Hill. Perjalanan balik rumah paling berliku dan mengerikan. sobs.

Since my other colleague semua kena balik awal sebab ada event lain, aku balik KL tumpang bas company yang datang buat staff engagement tu, and of course driver bas tu drop semua pekerja dia kat company dia(which is located somewhere di celah2 jalan yang memang susah nak cari teksi mahupun bas). Time tu sampai company tu dalam jam 7.30 petang.

So I kindly asked the driver to drop me somewhere else near LRT/KTM Station and he had no problem with that. “Boleh je dik, takde hal”

I was relieved at first, knowing that I don't have to be worried about getting a taxi in the middle of nowhere. (fyi, Phone time tu mmg dah mati, xdapat nak diselamatkan lagi)
Tapi, bila dah gerak dari company tu and tgh2 jalan2 tu, baru driver tu cakap. "Saya tak tahula macam mana nak pergi train station" and so he continue driving straight without knowing where to drop me.
(and fyi, dalam bas tu cuma ada aku sorang dan driver tersebut je)

After 10-15 minutes of driving, he decided to drop me somewhere near 'Asia Jaya Station'. Legalah aku kononnya sebab Asia Jaya tu kan station LRT, so dah senang la nak balik. Tapi bila dia berhenti utk drop aku, dia drop kat tepi jalan federal highway yang besar tu (which is weird).
Tapi aku redhakan dengan pemikiran positif bahawa mungkin the LRT station is just a few minutes walks away. Aku turun dan bas tersebut pon berlalu pergi.

Hmm Hmm. Dan betullah. Memang ada station Asia Jaya kat situ. Tapi tu station BRT, bukan LRT :') Manalah station tu sampai ke KL. Padahal dah bagitahu dah driver tu yang aku duduk Pantai Dalam.Sobs.

Ok gua termenung kejap. Duduk kat bustop yang gelap and ada a few Bangladesi there. Dari gua melangut baik gua tahan je taxi kat situ. Buat bodoh je la Bangla tu xdenya nak kacau (positif).
Tunggu dalam 5 minit camtu,dah ada taxi berhenti. Gua pon masuk.

"Nak pergi mana dik?"
"Pantai dalam boleh?" jawab aku dengan jujur dan innocent.
Pakcik teksi tu terdiam, pandang belakang. "Pantai Dalam? KL?"
"Ha'ah. Tak boleh ke pakcik?" time tu aku rasa nak menangis dah,apehal pakcik ni taknak hantar aku balik?
"Pakcik bukan taknak hantar dik. Tapi adik ni tahan teksi kat jalan salah ni. Jalan ni dah menghala ke Subang."
Aku sengih je mengenang nasib diri yang dah lost direction sebab pakcik bas tadi main drop aku sepah2.
"Adik naik jalan atas tu, pastu tunggu kat bustop belah sana eh dik.Elok2 malam2 ni bahaya sorang."
Gua gelak je "Hahaha, okay pakcik. Terima kasih."
Ujar pakcik tu lagi "Elok2. Nasib baik pakcik yang awak tahan. Kalau orang tak brapa baik tadi, entah ke mana2 dia bawak awak"

Maka dengan kelatnya aku turun, tutup pintu dan melambai pergi pakcik teksi yang baik hati tu. Serius kelat beb. Kelat. Nak mintak tolong member, phone habis bateri. Bangla kiri-kanan pandang pelik.

Tapi aku jalan je laju2, menuju ke bustop di seberang jalan. (FYI lokasi kejadian ni adalah di Jambatan Pulau Pinang kat Federal Highway tu rasanya. rasanyalah)

Bermula lagi episod menunggu teksi di bustop satu lagi. Kali ni teksi mmg bayang2 pon xde. Aku just terpikir kalau ada bas RapidKL lalu, aku naik je. Lantaklah pergi mana, janji pergi somewhere safer.
And then, selepas lama menunggu, tetiba ada bas yang aku tak kenal tak pernah nampak berhenti kat bus stop. Bas tu macam bas express tp bukan. Kat depan tulis, KL, Pasar Seni tah kemana2 tah.

So, aku tanya je driver tu.

"Bang, bas ni pegi mana ek?"
"KL dik"
Aku pon naik
Brader driver tu mungkin tgok aku blur sgt so dia pon tanya.
"Awak nak balik mana ni?Tak pernah naik bas ni eh? Dari mana ni? Kenapa sorang2?"

'Ala bro, agak2lah jangan la buat gua sebak,bro,' ujar aku dalam hati.

"Saya nak balik Pantai Dalam ni. Ni baru balik ada program kat company lain,tu yang tak tahu jalan"
"Oh xpe. Kalau pantai dalam nanti turun kat blablablablabla (aku tak faham.lol).Nanti saya bagitahu awak ye."

Aku sengih je sebab terharu ada jugak org prihatin dengan nasib aku. haha.

And so, aku redha je ke mana2 bas tu lalu. And alhamdulillah bas tu ada berhenti kat LRT Asia Jaya. Cepat2 aku turun situ, cakap terima kasih kat abang tu, dan berlari2 anak dengan gembira menuju LRT Station tersebut.

Dan dengan itu, selamatlah aku pulang ke rumah. (lepas tu sempat lagi jalan kaki dari Stesen U, singgah AEON Big Bangsar South dan lepas tu balik rumah.lol)

See there, berapa banyak risiko yang aku amik dan aku abaikan?

1. Driver bas. Cemana kalau pakcik tu niat tak berapa baik, and bawak aku entah kemana-mana dan berlaku benda2 mengerikan ? Tapi Allah tu Maha Melindungi, Maha Melihat. Aku selamat sampai keluar dari bas tu. Terima kasih pakcik tumpangkan saya sampai tepi jalan yang nowhere tu :’)

2. Driver teksi . Cemana kalau yang aku tahan tu driver teksi yang tak berapa baik. Yang ambil kesempatan pada penumpang yang tetibe bodoh jalan macam aku time tu. Tak ke naya? Dah la malam.huh.
Tapi Allah takdirkan pakcik tu untuk lalu dan berhenti bila aku tahan. Allah kirimkan pakcik tu utk pulangkan aku balik pada direction yang betul. Sobs. Terima kasih pakcik, semoga rezeki pakcik melimpah ruah.

3. Bas: Cemana kalau bas ni pon entah lalu jalan mana2. Pastu aku sesat. Pastu aku di drop kat entah mana2. Pastu pastu. Sobs. Nasib baik driver tu baik dan aku naik bas yang betul. Terima kasih abg driver. Style gila bas siap ada TV. Bayar RM2 je.  Semoga rezeki abg melimpah ruah juga. J

Tulah.  Umur dah lanjut. Busy memanjang lesen pon tak siap2. Pegilah cepat2 ada kereta. Nanti lepas ni belum tentu lagi Allah kirimkan org untuk jaga kau, Faz. hmmm. *Tampar muka sendiri*

Malam tu, sampai rumah dalam jam 9.30 malam, Aimi tanya "Kak Faz macam baru lepas balik jogging"

Lol. Dia tak tahu jauh dan berlikunya perjalanan aku tadi. :P