Wednesday 11 May 2011

bebel~

aku ni kalau sakit hati ngan orang,aku senyap je..
konon2 boleh tahan,boleh sabar..

tapi lama2 nanti aku jadi gila,..
cakap sorang2..
marah kt dinding,..
baling2 barang..
hentak2 henpon....
n paling teruk sekali kutuk2 orang yang aku marah tu..tapi dalam hati je..

ada orang kata tak baik memendam rasa ni..
ada baiknye kalau sakit hati tu cakap j terus terang..tapi aku tak suke..
lagi2 nk cakap soal hati ni dengan orang dekat tapi jauh ni kan...haish..

aku ni nampak je kecoh..mulut kadang2 puaka..
tapi bila ada certain time and condition,aku akan senyap..
esp bila aku kat bilik n tengah study..
aku sangat tak suka dengan gangguan2 walaupon kecik2 j..
especially benda2 yang sangat2la buat aku rasa annoying sangat2!!
contoh: lagu2 K-POP~

grrr..tolonglaa..rasa tak bole trima sangat..rasa macam nak korek2 telinga kasi berdarah2 bila dengar 'manusia2' berkenaan pakai earphone kuat2 pastu ikot nyanyi k-pop tu skali.

ci ci ci ci ci..na no na ne ooo yeeahh!!..
what the???
annoying laaa!!!!!!!!!!!

pastu satu lagi yang aku sangat tak suka(haaa..ni aku nak cakap semua..selama ni aku senyap je kan?) ialah orang yang cakap tak reti nak selow,buat keje tak reti nak pelan,jalan tak boleh kalau tak hentak2,letak barang tak reti nak letak cermat2...senang cakap macam disaster!!!

kadang2 aku tgh senyap2 melayan prasaan tetibe ada beberapa makhluk halus datang terjah,
"oi jom menari!!" dengan volume yang sangat kuat (contoh sahaja)
terkujat kottt!!!!!!!!!
pastu kadang2 tu orang tengah khusyuk2 sembahyang pon boleh gelak2 sakan bergembira bahagia~
ni yang rasa macam nk bagi pelempang tapi aku tahan je sebab aku tgh sembahyang mase tu kan?..lepas sembahyang tros lupe...yela..khusyuk la kononnya~~

ok la fine la korang memang style study suke bising2 kan..
ok fine..aku redha..
tapi yang tak boleh tahan ialah bila korang masih lagi bergembira paling bahagia tahap cipan bila dah masuk waktu yang sepatotnya korang semua tido..di mana aku da selamat terlentang atas katil dengan mata bertutup dengan "sleeping mask"(yg aku beli awal sem aritu sebab tension tak boleh tido malam2) yang aku pakai dengan harapan yang korang semua paham yg aku amat perlukan tido sangat2..

kenapa eh bila bercakap perlu dengan volume yang kuat walaupon pada hakikatnya kau sedang bercakap dengan manusia di hadapan ko..jarak tak sampai semeter tau..ko bisik pon boleh dengar lagi..

ok la korang memang suka berborak sebab tu memang hobi kan??
fine,aku terima..aku respect hobi korang yang 'syok' sangat tu..
tapi apasal ek?
dah terang2 aku nampak cam desperate gila perlukan tido,ko bole plak tgok cite ngarut tah pape sambil gelak2 sakan..
tau tak aku rasa cam nak buat ape?
aku rasa macam nak bangun,pergi balkoni,then jerit kuat2 "aku gilaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!"
boleh tak?

ooooo..ko memang tak bagi orang tido lagi awal dari ko ke?
ok..terima kasih sangat2..aku appreciate..><

okeh..aku akui entry ni agak kasar..mungkin akan ada yang kata aku ni terlalu emotional..
or aku tak patot cakap semua ni dalam belog..
nasib baik aku tak tulis kat wall fb tau~

bukan ape..aku tension..
and aku tak pernah luahkan kat sapa2 esp orang2 yang aku maksudkan ni..
ehh!!bersyukur la kau tak pernah komplen!!
cubalah kalau satu hari korang bising,then aku datang and cakap "tolong slow sikit boleh tak?"
amacam? sentap kan?
haaa..tapi tgok...bukan selalu pon aku ada chance duduk sorang2 kat bilik then melalak sorang2 nyanyi lagu2 yang aku suka dengan penuh prasaan...baru satu lagu tau~~
then,dah ada org datang bilik aku and cakap camni "slow sikit boleh tak"

waaaaaaa!!!!!!!rasa macam nak terjun bangunan!!!!!

TAHUN DEPAN NAK DUDUK BILIK PALING UJUNG AND YANG PALING ISOLATED BOLEH??(masalahnye ada ke~~~)


In This Song- Charice

Love this song!!!





In This Song lyrics
Songwriters: Foster, David; Kelly, Claude; Kiriakou, Emanuel;



I may not know where I'm going now
This broken road is trying to tear me down
But deep inside I've found
A secret place that I never knew
Where I feel safe when the world is untrue
Here's what I've learned to do

Just sing this song
And it takes me right back where I belong
And everyday there's a new bridge to cross
But I'm never far from home
If I put my heart, my soul, my all in this song, oh

I don't depend on friends 'cause they come and go
My belief in myself is gonna carry me through
That's why I'm learning, oh
I'm learning, yeah, I'm learning to sing

Just sing this song
And it takes me right back where I belong
If everyday there's a new bridge to cross
But I'm never far from home
If I put my heart, my soul, my all

I may not have all the words that I need to say
And know I won't always be strong
But I'm never afraid because I hold my destiny
And it depends on me alone, alone so

Just sing this song
And it takes me right back where I belong
And everyday there's a new bridge to cross
But I'm never far from home
If I put my heart, my soul, my all

I'll keep giving my heart, my soul, my all
In this song, in this song, in this song


Tuesday 10 May 2011

exam..

last paper tomorrow

SFES1103-Philosophy of Science (8.30-10.30)

SGES1302-Introduction to Earth System (11.30-1.30)

dua2 paper menghafal tahap nak mati~
hopefully Philosophy of Science boleh goreng~~


Monday 9 May 2011

cendol~


Memandangkan sekarang ni tengah musim panas sempena Southwest Monsoon sepanjang Mei hingga September ni, aku rasa ada eloknya kalau aku cerita pasal benda2 yang boleh menyejukkan hati~~

CENDOL

apa itu cendol??
pada mereka yang tak kenal tu, aku rasa ada eloknya pergi melancong mana2 lama2 sket,pastu dah agak2 muka dah cam warga asing,boleh la pulang semula dan tanya kawan2 "cendol tu apa?.

tapi kasar sgt la kan nk suruh buat camtu..haha..
btw,cendol ni merupakan sejenis pencuci mulut yang teramatlah popular di Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan Indonesia. Setahu aku,cendol asli ni mengandungai bahan2 seperti ais,gula melaka,santan,dan jeli hijau.kalau yang dah tambah kacang merah,jagung,pulut dll tu dah tak ori dah..huhu

btw,dalam entry ni aku nak cerita mengenai sebuah kedai cendol yang famous gila2 kat Batu Pahat aka kampung halaman aku.

Cendol

Akhbar Cendol.tgok!!kedai ni kecik gila..tapi ketahuilah cendol kat sini memang terbaik.Kalau tak silap aku,kedai ni dah berpuluh-puluh tahun dah.

Ingat lagi time kecik2 dulu,zaman2 perasan bongsu, tiap2 kali abah pergi bandar mesti aku ikut punye la.Lepas tu,selalunya lepas dah beli barang2 dapur,mesti singgah kedai ni makan cendol.
Tapi tau je lah makan cendol ngan abah dulu tak boleh nak menikmati sangat.Abah makan laju gila,aku terkial2 nak abeskan dia dah kata "cepat sikit~"
Jadi terpaksa la aku mengorbankan nikmat makan cendol demi untuk menghabiskan cendol tersebut~

tapi sekarang kalau aku nak makan cendol,aku boleh pergi sendiri je.Tiap2 kali pergi bandar,wajib makan cendol. Lagi2 sekarang ni dah ada cawangan kedai cendol ni sebelah bus stand BP :) sekarang ni boleh makan slow2.Nikmatnye tak dapat nak digambarkan kot~~huhu. kat sini siap ada nasi lemak bungkus tau. 80 sen okeh! kat KL ada?hahaha..
btw,cendol kat sini dari dulu sampai sekarang rm1 j.Rasa memang terbaik~~:)

Tetiba teringat kat adik aku yang semakin comel: Zaim Farhan.Zaim sangat suke makan nasi lemak kat sini.wuuu~~Pernah suatu hari tu aku keluar ke bandar bp dengan k.uda,dia nak ikot tapi kitorang tak bagi.So bagi chance dia mintak something.

Kitorang:"Adik nak apa?"
Zaim: "Adik nak nasi lemak kt kedai cendol tu je la"


tengok..nasi lemak 80 sen tau dia mintak.Adik korang ade?hihi..comel betul adik aku ni..tak lama lagi dah nak UPSR~badan maintain tuff.


zaim,blajo rajin2.Nanti K.ina cuti K.ina ajor Bahasa Melayu n English ea!!*sib budak ni terer Math..adess!!*haha:P

oklah!!nak study weyh!!kat bawah ni gambar2 berkenaan.Enjoy!!

Cendol
semangkok singgit je ok!!

Cendol


Cendol
amacam?tempted??huhu
Cendol
gambar2 di atas diambil dari Batupahat.org

ni gambar pakai kamera k.long time kitorang makan cendol hari tu :)
best!!

p/s:balik ni nak makan cendol lagi!!!!!!

Sunday 8 May 2011

aku benci k-pop!!!
FULL STOP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!