Friday 23 December 2011

exam coming

fuuuu..akhirnya selesai sudah assignment2 sem ini..:)
petang ni boleh p kelas bi tanpa risaw..ley tgok je dorg present..yay!!!

dan maka dengan ini,,bermula la sudah study week!
aku plak ahad ni nk p umah my sis, Puan Damai di Bangi apabili Bonda dan adinda 'kesayanganku' nk dtg umah K.ngah jugak..terbatallah sudah plan aku nk balik kampung ahad ni..hehe..takpelaa..best ape duk umah k.ngah..join Zaim men game nt:P

sem ni paper bertulis aku cuma 4 paper je..
SHEH2107- Introduction to Waste Management
SHEH2305- Environmental Health and Safety
SHEH2104- Environmental Pollution
SHEH2106-Biological Monitoring:)

esok sabtu nk bertapa kat library cari pastyear..(dah terlambat kot tapi takpela kan)


hehe..pape pon..wish me luck!!
good luck kawan2 yang exam jugak!!

ok..before tu..nk share sikit tips2 blaja yang baik untuk korang..setakat ni berkesan gak la untuk aku:P

1.bercerita degan dinding: kalau korang ni jenis yang tak suka study ramai2 or ada org kacau bila study, ikutla cara ni. Bila je korang sorg2 kt bilik,korg buat study group ngan dinding kat bilik korang..cerita apa yg korang blaja kt dinding.konon2 korang ni cikgu dia:P

2. Buat nota besar2: aku ni jenis yang bila buat note tak suke betul buat kecik2. tak puas baca..so aku buat besar2, takde nk lipat2..sebab bleh conteng2:)


3.Tido yang cukup: xde komen,.kekeke~
ok that's all!!babai!!

Thursday 8 December 2011

8/12/12

aq mahu perasaan itu hadir kembali..perasaan gembira,bahagia,seronok setiap kali aku di situ..
perasaan tak sabar2 untuk menyarung tudung,turun ke bawah walau untuk seketika saja..
aq rindu rasa itu..rasa lapang,tak ada yang perlu dirisawkan..
aku sgt bertuah barangkali..
diberi peluang memegang sesuatu yang mahal harganya..PENGALAMAN..
TETAPI MALANGNYA pengalaman ini datang tak kena masanya..
datang ketika terlalu bnyak untuk aku memikirkan..
terlalu payah menyusun jadual akademik yang membebankan..
sedangkan aku KOSONG..tak tahu apa2..
aku nampak hebat barangkali..nampak kuat..
nampak mampu..
nampak bertanggungjawab..dan lain2 lagi..
tapi lemahnya aku kamu sudah boleh lihat bukan?
lemahnya aku menolak apa yang kamu berikan..sedangkan aku sudah tahu apa kesudahan..
aku sudah tahu,yang aku sememangnya tidak mampu..
jadi..bila ini yang berlaku..aku dikatakan lemah..tak berupaya..terumbang-ambing..tak terurus dan lain2..
aku hanya mampu diam..memikirkan bodohnya aku terlalu lemah untuk tidak menolak semua ini dahulu..
aku anak bongsu yang sudah terlalu lama memegang posisi selamat..
terlalu bergantung..terlalu berlapang dada..
aku anak gadis yang sentiasa menyembunyikan diri..dan suka memerhati..tapi lambat laun aku etap diuji..
aku anak yg berusia 20 tahun sekarang ini..tetapi masih lagi tak lepas dari jiwa anak belasan tahun,yang hanya mahu disuap semuanya..

aku lebih selesa begini..sampai akhir nanti..

Wednesday 23 November 2011

kegilaan baru


haha,,..sejak akhir2 ni aku ada hobi baru..
edit gamba!!hahaha..disebabkan aku takdek kamera..aku curik la gambar2 kat google yang cun2..then aku edit..

suke2!!

tgok ni:)




(Heading untuk Wiki aku^^)

(Front page presentation BI)







(cantik x?^^)

untuk en.oreo..

Thursday 3 November 2011

bagaimanakah lagi harus aku lakukan supaya kamu nampak yang aku menyokong kamu?


oh,syok sendiri saja agaknya..

tendang aku dari hidup kamu,setel~
aku sayangkan kamu kerana kamu buat hidupku bermakna..
jadi tolong jangan buat aku rasa lelah dan penat kerana kamu..
aku mahu kita semua berjaya,kita semua mudah, dan terjamin masa depannya..
tapi tidakkah itu jahat dengan membiarkan aku terkontang-kanting memikirkan kamu?
sedangkan kamu senang hati sahaja..

please,at least beritahu kami jika kamu tak dapat turut serta..
kami cuma kain kosong yang tak tahu apa2
amat perlukan kalian yang lebih tahu..
bukan untuk kami sahaja,bahkan untuk kamu..

fikirkanlah..

aku dah penat~

Tuesday 1 November 2011

lagu baru

cita-cita jangka masa pendek aku---> nak cipta satu lagu nasyid!yay!hahaha...


p/s: tak puas hati tgok a.andy buat lagu manyak2!!

kata-kata

if i forgot to say it..remind me to~
but if you don't want to..remember that i'll always feel the same as you..

kadangkala cinta itu sukar diluahkan..
tapi bisa dilihat pada pandangan mata..
tapi kadangkala pandangan mata itu tiada nilai..
jika jarak yang memisahkan terlalu berliku..
menyakitkan hati itu yang terlalu memikirkan jiwa yang satu lagi..

satu buntu,
dua tertipu..
satu bingung,
dua membisu..

dua tak tahu..satu harus mulakan dulu..
kerana mungkin gadis itu baru mula mengenal erti..
baru mula belajar berjalan di atas bumi yang indah dan berlopak2..
sekali terjatuh,bangunnya menanti tangan menyambut..
menanti belas kasihan dari hati yang suci mencintai..

buat sang lelaki..
kau penyeri sekeping hati yang kosong dan berlubang2..
menanti untuk diisi~

Monday 31 October 2011

Video kami di FNJ!!

hey guys!!here's the video during Festival Nasyid Negeri Johor!!
enjoy!!and kindly leave ur comment eheh..hhihi:)

FARHANA-KEIMANAN<-----click here!


Thursday 27 October 2011

3 Wonderful Days in JB

Assalamualaikum..buat pengetahuan korang semua,aku baru je bertandang ke JOHOR BAHRU ari isnin lalu dan samapai semula di KL lebih kurang jam 4.30 semalam.

kenapa aku ke JB?

HAHA..ofcoz la korang semua dah tahu sebab kat fB aku melambak post pasal benda ni.Aku ke sana untuk menyertai Festival Nasyid Johor yang diadakan di Pusat Islam Iskandar,JB :)
HAVING SUCH A BEAUTIFUL TIMES THERE..rasa macam tak nak check out je dari bilik hotel yang best giler tuh!!(maklumlah aku ni sgt2 jarang berpeluang tido hotel,so jakun sikit)

mesti ada sesetengah dari korang yang pelik dan tak faham.asal la budak2 UM ni nak p lawan kt Johor padahal UM ni kt KL. And most of the times,kitorg masuk pertandingan area kl dan selangor..

seriously beb,salah ke sebagai anak JOHOR,yang membesar,bersekolah, di JOHOR,bercita2 untuk mewakili JOHOR ke peringkat kebangsaan? honestly,aku sgt2 excited dan teruja(sama je) untuk naik pentas Pusat Islam ni,since pernah suatu ketika dulu,aku pernah menyanyi di pentas ini dan berjaya mewakili JOHOR juga.so,let's make this my second time la dude!!haha

even dalam hati sebenarnya berdebar,dan beribu2 kerisauan especially bila juri siap boleh tanya "ni dari mana eh?macam pernah tgok je?"

waaaaaa...serius sentap gila.rasa macam salah je aku masuk pertandingan ni..tapi alhamdulillah kami berjaya ke FINAL.apa yang mampu,hanyalah melakukan yang terbaik,dan redha dengan segala ketentuan ALLAH..

"FARHANA lakukan yang terbaik.Buktikan pada semua yang kita memang deserve untuk berjaya."

turun saja dari pentas FINAL,senyuman di wajah ABG ANDY,buat aku lega..komen yang diberikan buat aku rasa puas dan tersenyum.biarlah apa pon keputusannya,kami semua sgt puas!!^^ kemenangan itu bukan matlamat utama,tapi kalau ia menjadi milik kami,tentunya ia satu BONUS!

Alhamdulillah,berkat usaha dan doa serta budi baik pengadil yang merasakan semangat dan kelayakan kami,FARHANA dinobatkan sebagai JUARA KATEGORI TRADISI disamping ZULFAN yang merupakan JUARA KATEGORI MODEN.

check out the pictures:






^sesi latihan di Bilik Multimedia^

^kami di atas pentas Dewan Besar Pusat Islam Iskandar^

^bersama coach kami,ABG ANDY yang sgt best!^

^k.bib,pengurus kami di mana sahaja..hihi^


^bersama encik oreo saya..huhu^

^piala kemenangan..1st time dapat sorang 1..heheee^

^sebelum balik bergambar dulu..yay!^


hihi..apapon ketentuan-Nya selepas ini.aku terima dengan redha.tapi sesungguhnya aku amat berbangga untuk mewakili negeriku sendiri ke Peringkat Kebangsaan.tambahan lagi, insyaAllah FNK tahun ini akan diadakan di Penang.belum pernah lagi menjejakkan kaki di sini..hopefully segalanya berjalan lancar.semoga juga pihak JABATAN AGAMA JOHOr akan memberikan sokongan sepenuhnya untuk FARHANA..

teruskan usaha usah mengalah,halangan dan dugaan usah diendah~

love u guys..menjadi sebahagian dari korang semualah yang membuatkan kehidupan aku kat UM ni bemakna sangat..

lastly to adik2 junior CG.asahlah bakat dalam diri,nnti aka tiba giliran anda semua pulak^^

bye..love u guys..

Sunday 23 October 2011

tak tau nak kata apa..
kecewa,penat atau apa..
aku cuma mahu dia ada di saat aku perlu..

Thursday 20 October 2011

gila

bertimbun-timbun
menimpa-nimpa
aku kehilangan arah.
buat yang ini,yang itu teringat-ingat
buat yang itu,yang ini terngiang2
otak ada satu
fikirnya beribu-ribu
bila mahu menjadi gadis sistematik
yang kononnya ada pada otak kiriku
naik gila
tapi tak tiba masanya lagi

Wednesday 19 October 2011

Tuesday 18 October 2011

words

sometimes a word can change everything.

bestfriend to enemy
good to bad
laugh to cries
and also
love to hatred

that's why i need to self- teach myself,how to understand people..
and start reducing those irritating words that can hurt those with soft hearted people..
i need to change coz i need them
once they hurted,i hurted more
once their heart broken,mine is worse~


Wordle: words

Monday 17 October 2011

oh tidak
saya mula rindu dia
bila nak start cuti raja Haji ni???????????

Sunday 16 October 2011

untuk dia~

lirik lagu baru..
tajuk dia aq tak tahu..
korang pernah dengar?hahaha..

Left and Right Emoticons 98
hari-hari ku sendiri terasa sunyi
kumahukan 'somebody' tuk menemani
hari ini sunggu cerah indah sekali
siapa sangka kau menunggu di 'library'

mungkin kita berbeza tak bertegur sapa
jadi apa yang membuat kamu jatuh cinta
telah kau luah segalanya apa yang kau rasa
namun tak bisa ku memaksa hati yang terluka

ooooooo....

cinta kita berputik bukan mudah
ku biarkan kau yang merasa
aku kata "katakan apa saja" kerna ku tak mungkin kan jatuh cinta
tapi siapa sangka ketulusan hatimu,
keindahan cintamu buat aku terpaku
siapa sangka setelah sekian lama
akhirnya aku sendiri yang mengaku
yang ku cinta padamu


gaduh~

bergaduh-bergaduh-dan-bergaduh..
2 budak tak cukup mature ini kalau tak bergaduh 2-3 hari memang tak sah..
harini baik..esok gaduh balik..
malam tadi gaduh lagik???!!
sebab merlin..








Left and Right Emoticons 58

sebab budak sorang lagi tu kata merlin macam cendawan~~~`

aq tak puas ati...haish~~Left and Right Emoticons 155
tak pasal2 benda kecik pon boleh gaduh besar!Left and Right Emoticons 131
aku pon mulut puaka terkeluar pulak topik2 yang tak patot..ish3..
sorry dear,..pasniy taknak buat lagi..
awak kata la Merlin macam cendawan butang ke,cendawan tiram ke?..saya buat dono jek nt..
hehe..btw,sekarang dah baik balik pulak:P













baik camni----------------------->Left and Right Emoticons 27Left and Right Emoticons 100hehehehehehe,....



Thursday 6 October 2011

KHAS BUAT UKHUWAH!

hari ini mereka mahu pergi berjuang lagi.
^^ berjuang membawa nama Universiti tercinta,Universiti Malaya.
'Ukhuwah'..bak kata abgAndy,mereka2 ni bila di atas pentas,meremang bulu roma.
serius.kamu semua memang terbaik ^^
kami yang 5 kali pemegang title naib johan ini turut kagum dengan kalian:P
berilah giliran yang pertama atau yang terakhir,ternyata sukar untuk menggugat kehebatan kalian.

tapi,
pesanan dari aku yang tak dapat mengiringi kalian.
buatlah sebaik mungkin kerana aku percaya kalian mampu^^
lupakan segala kejayaan yang telah tercipta kerana kegagalan pasti menanti jika kita alpa.
rasakan kegembiraan,keseronokan pergi berjalan jauh.
kerana bukan selalu ada peluang ke Utara^^
yang penting igt Allah kerana Dia Maha Memberi dan Maha Mengambil.
jika Dia rasa kalian layak, kalian pasti akan berjaya.

jadi All the best!
jaga diri korang baik2!
jangan nakal2 usha gadis2 je!huhu^^
makan bnyak2..kalau p kuala perlis or padang besar jgn lupa kami yang di sini..huhu

satu lagi,anggaplah semua yang ada di sana hebat2 belaka..supaya kalian mencuba untuk menjadi yang terbaik antara semua!
GOOD LUCK GUYS!


lembik

haih..lembik betul.
setakat perah mop guna tangan je pon kulit nk mengelupas..
:(
mana taknye.
kalau dulu keje kat Smart Drinks tu pon,tngan buruk.
bukan buat ape pon,.setakat basuh pinggan bnyak2 sket.
basuh kain lap.

ni kalau camni cane nk kawin ni..haih~

yeye!!

fuh..
akhirnya hampir siap Questionaire aku utuk SHES2303 environmental assignment..
PENING BETUL, sem ni subjek aku memangla tak banyak lab.
tak banyak melukis.
tak bnyak mengira.
tapi boleh dikatakan semua kena buat research,survey,report and presentation.
paling best skali subjek Waste Management kena pi timbang n main2 ngan sampah and air longkang..
redha je la dah aku dapat course ni..huhuhu..

yeay..akhirnya ujung minggu ni aku boleh balik umah..yeay!
pastu ley p BIG BAD WOLF 2011 kt serdang!
huhuhu...dah lama dah aku mengidam nak p book fair..
ni 1st time dapat p..
ngan k.long pulak tu.
yang memang kai english novel macam aku...huhu*tapi aku sikit2 je bolehla*
hhuhu...murah gile2 katenya..
daripada buku book excess yg tinggal belas2 tu,ada lagi diskaun..
gila an?
bak kata k.long "standby duit nk borong buku"
huhuhu..

pastu,balik umah nt..
bnyak bnda yg aku nk amek bawak balik sini..
nk bawak baju kurung bnyak2 sket..
then,nk amek gak novel2 yg best,barang2 art aku tok aku mengopes di waktu lapang.
nk amek bntal yang agak2 tebal sikit..
pastu amek cooler pad tok lappy kokde ni..
huhuhu

papepon..tak sabar nak balik..
sebab rindu semua yg ada kat umah ^^
huhu

Wednesday 5 October 2011

SEJENAK..

pelangi petang menjelma tadi.
penat lelah terasa ringan pula.
cantik betul ciptaan Tuhan.
tapi tak ramai yang duduk sejenak memikirkan betapa sayangnya Allah pada kita.
Tuhan berikan kita cinta.
berikan kita hidup.
berikan kita kawan.
berikan kita ujian.
bukan saja2
tapi kerana Dia percaya kita mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan.

Allah Maha Pemurah.
Turunkanlah hujan untuk kami.
agar bumi yang gersang ini terus lembab dan melahirkan pepohonan hijau.
Allah yang Maha Pengasih.
Tariklah hujan-Mu bila2 saja Engkau mahu.
kerana pasti setiap rencana-Mu ada hikmahnya.
AKU PERCAYA PADAMU
PERCAYA PADA KEWUJUDANMU
PERCAYA PADA RASULMU
PERCAYA PADA TIAP2 CIPTAANMU.

Allah yang Maha Pengampun.
Ampunkanlah setiap dosa ku.
kerana aku hanya insan lemah yang tidak lepas melakukan kesilapan.
yang mudah lalai.
mudah lupa pada-Mu di saat aku bahagia
aku tahu ternyata
BAHAGIA yang pasti hanya bahagia bila AKU DEKAT DENGANMU



Tuesday 4 October 2011

sigh~

encik di sana.
kalau diikutkan saya ni taklah sesibuk mana.
berbanding kawan2 saya yang lain.
program kolej,program UM,program persatuan,show sana sini.
saya cume bernasyid..dan kadangkala menyanyi je.
salah kah?

Monday 3 October 2011

CG.berkat Ukhuwah,Husna pasti menanti~

semalam.di UPNM

suara aku hilang.
nak tarik tak sampai der.
time soundcek pecah.malu lah!
cuba try2 takley gak.
cane ni der.
(agaknye aku terlalu push suara aku yang sebenarnye tak berapa nk tinggi ni)

dah nak turun ni..
semua dah siap..
mekap cun,baju cun,tudung cun.
pakai plak kasut.
jom latih!yay!
damn.qasidah tak sampai plak.
huhuhu..marah ni marah ni..
jap lagi..
kasut aku tercabut tapak.
WHAT?

ok2..takpe.
pakai j kasut atlanta aku yg ala2 crocs tu.
sib bukan warna pink or kuning.
neves gila beb.
sambil2 duduk aku try2 part qasidah.
macam boleh plak(padahal tak ingat key)
gila betul.
dah sampai team ke 6,kami bangun.
warmup
faz,try qasidah..kata mereka
mampus aku tak sampai lagi.
siyes sory korang.
aku hampeh sgt semalam.
takpe.
kita tukar style.
ALhamdulillah.SETEL

TUNGGU turn.
oh,FAWWAZ da naik.
kita pi blakang pentas jom.
badan dah penat.
otak takley nk berfungsi dgn baik.
mata mengantuk.
sampai turn.
aku tak boleh nk fokus.
monitor tak dengar.
blur.step tak ingat.
padahal sebelum ni aku sentiasa yakin dengan step aku.
padan muka.poyo lagi sape suruh.
takpe faz.hentam je.
janji ko feel je cukup.
part qasidah LANGKAH SEKATA aku bukan setakat feel lagi.
rasa nk nangis.

ok.setel dah.
dah turun pentas.
tak puas.
tak puas langsung.
rasa macam bnyak sgt aku buat silap tadi.
duduk
blur
pening kepala.
need somebody to talk tu.
tapi semua org nampak gembira
nampak lega
kenapa aku tak?
huk3

lastly,aku bangun
mencari tempat yg jauh dari hingar bingar pentas.
menghubungi si dia yg jauh dari mata
meluahkan segala yg terbuku di dada
dan melepaskan segala sebak yg ada.
puas menangis.
pulang semula.

tapi
tak sangka.
kejayaan memang milik kami semua.
ALHAMDULILLAH~


Sunday 2 October 2011

encik 14^^

encik 14..
anda nampak gembira^^
begitu juga si dia..
pesanan saya..jagalah hati nya
jangan biar terluka..
kerana dari luarannnya pun saya sudah nampak kerapuhan..
yang bila terjatuh nanti mungkin lebih teruk dari kehancuran hati minah senget dulu tu *anda masih igt bukan?huhu*
usia kita memang masih muda..
tapi tak salah untuk kita mula matang dalam hal-hal sebegini:)
good luck!

Saturday 1 October 2011

masalahnegara

kekok.
tak tahu macam mana nak react.
tak guna betul aku ni.
buat bese2 je sudah~

Thursday 29 September 2011

above all is random ^^

hehe..nak share video2 ni ngan korang..
comel sgt christina grimmie ngan kawan dia,si sarah ni..
btw..video2 ni dorang buat menggunakan autotune..
tau tak apa autotune nih?
autotune ni nerupakan 1 software yang digunakan untuk menyedapkan suara..for example,buang la part2 yang pitchy tu,bagi suara besar sikit ke,kecik sikit ke..huhu for nore info,check this out

ok..fyi..dorang buat video ni just for fun..n memang fun sangat..ni antara yang aku suka..


berubah.


berlarilah sejauh manapun yang aku mampu..
sesungguhnya rencana Allah lebih sempurna.
sehebat mana aku mengelak,selama mana aku bersembunyi,akan tiba juga satu saat di mana aku dah tak boleh pergi ke mana2 lagi.
dan apa yang aku mampu, hanyalah menadah tangan dan menerima satu demi satu ujian yang Maha Agung cipta untuk membina aku~
benar, mana ada ujian Allah yang tak ada tujuannya~
aku yakin,ujian ini supaya aku tidak terus menjadi katak penakut yang tak mahu keluar dari tempurung persembunyian aku.
Allah mahu aku berdiri, jadi hambanya yang gagah dan berani.
Berani menyahut cabaran,biar sesukar manapun.

Aku jadi yang pertama dalam kalangan aku untuk menjadi aku.
ya,agak sukar.
tambahan,aku langsung tiada pengalaman.
kalau dulu,hanya jadi pemerhati,dan pemendam.
kini,aku ada peluang untuk mengubah keadaan.
walaupun aku tahu,aku bukan pembuat keputusan yang baik.
aku bukan pemimpin..aku lebih suka menurut.
aku benci itu,benci ini,tapi tak pernah meluahkan.
jadi ini masa untuk berubah dan mengubah.
aku WAJIB tetapkan hati dan pendirian.
jadi lebih tegas dan dihormati.
bukan lagi gadis yang tidak serius yang dipandang remeh.
aku perlu berubah menjadi matang, dan MATANG.
supaya aku lebih BERANI.


Thursday 1 September 2011

PUASA dan RAYA : part1

Assalamualaikum..
sebelum saya memulakan penulisan belog saya hari ini..besarlah hati saya untuk mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
dan SELAMAT BERAYA DAN SELAMAT MEMANDU DENGAN SELAMAT :3

orait..
tajuk entry kita hari ini adalah PUASA dan RAYA okeh!!
jadi kite cite pasal raya 2 hari yang telah saya lalui hari ni..
huhuhu

btw,tahun ni aku dapat puasa sebulan FULL kat rumah..
rasanya since form 1 kot tak dapat puasa kt umah sangat..
esp time duk kt MRSM QBER and since dah masuk u ni mmg raya j la,pose dapat sehari dua kt rumah..

and puasa tahun ni jugakla first time berpuasa sebagai BURUH ..
haha..yela since aku ni cuti nak dekat 4 bulan,so amikla opportunity nak menambah pengalaman di samping buat duit,bolehla buat2 tambah2 kan..
alah,keje pon bese2 je kat kedai jual waffle tu..time2 pose plak keje aku tghhari tido je..sebab takde org nk beli kan..hoho
tapi bila petang,and turn aku amek stock air..
hamekau!!!
lencun aku berpeluh2 (eeeeeeiiiiii!!!!!!)
tapi betullah aku nasihatkan korang,jangan keje kat tmpat aku ni..
xbest langsung..(heh)

okeh,puasa tahun ni jugak, sepanjang pose ni k.uda ada kat umah..
so,memandangkan kat umah kitorang sekarang ni dah ada oven,tetiba tahun ni terrajin pulaks buat biskut raya..
kokde n kaklong pon p membeli belah barang2 buat kuih..
aq yang kesian tak dapat ikot dorg shopping,tetibe teringin gakla nak buatbiskut,..
so,bila2 time rehat,aku pi la THE STORE or FARSON beli barang buat biskut..
biskut senang jek, NESTUM KISMIS
SAJE NAK TRY2.TAK PERNAH BUAT BISKUT PON BEFORE THIS..
alhamdulillah jadila jugak crunchy2,tapi abah kata manis pulak(adeh..k.long kata ok pulaks)

so bila dicampur tolak bahagi,tahun ni rumah kitorg ada 9 jenis biskut raya homemade...perghhh!
pertama kali dalam sejarah beb!!!
1) tart nenas
2) almond london
3) choc brownies cookies
4) nestum & oat
5) choc shortbread
6) nestum & kismis
7) nestum choc
8) tempeyek

9)honey milo

best an??huhu

hihi..dah cukup cite pasal persiapan raya?pelagi..pasal raya la pulak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Tuesday 23 August 2011

sesak~

mengira detik dan saat yang merangkak satu demi satu..
terasa masa itu lambat betul berlalu..
kenapa ya?
dulu aku memujuk diri sendiri..
perpisahan itu sementara saja..
bukannya lama pun..
jadi,aku setia menunggu saat dia ada di depan mataku semula..

tapi sesungguhnya rencana Allah lebih sempurna..
jarak ini dipisahkankan lebih jauh..lebih lama..dan lebih sukar..
mungkin ada sebabnya Dia tak mahu kita dekat..
jadi aku menerima tanpa ada rasa sesal..
kerana aku sudah cukup gembira kamu telah mendapat apa yang kamu impikan selama ini..

hampir 5 bulan berlalu..
langsung tak terasa yang masa itu begitu pantas meninggalkan kita..
hari demi hari, ujian demi ujian menguji hati..
rasa R itu makin mendalam saban hari..
jadi,aku menghitung saat..
bila agaknya kita dapat berjumpa kembali FTF~~

Monday 1 August 2011

bunga dan air~



taman hati yang berbunga layu..
tampak indah dari jauh.
tapi..
bila dipandang dengan mata hati..
tiada apa pun yang menarik..
hanya beberapa anak pokok yang berusaha untuk tumbuh.
tapi akhirnya mati menyembah bumi.

dedaunannya hijau..
tetapi penuh dengan tompok2 kuning yang merekah..
warna-warna hitam di penjurunya..
mencipta garisan-garisan halus yang mahu memusnahkan serat2 yang berselirat itu..
hanya menunggu hari, hingga dedaunan itu bertukar coklat lalu berkecai ditiup angin..

namun siapa tahu..
hanya setitik air yang tercampak entah dari mana..
melintasi taman hati itu lalu jatuh pada sepohon pokok..
mampu meresap hingga ke akar umbi,menjadi baja, yang penuh dengan kecintaan..

bunga itu bangkit menghilangkan tanda-tanda kelayuan..
mewujudkan haruman semerbak,menimbulkan rasa cinta dalam taman hati itu..
menyebarkan rasa segarnya pada tiap-tiap pepohonan di taman hati..
melemparkan keindahan yang walau dengan hanya sekilas pun,pasti disedari dan menambat hati..

setitis air itu memang hilang dek tanih yang poros dan gersang itu,
tetapi ia akan terus mengalir dalam xylem dan phloem sang hijau..
mungkin juga hilang dek transpirasi,lumrah keindahan yang dicipta Tuhan..
namun, jauhnya terpisah sang bunga dan titisan itu,takkan pernah merubah rasa bersyukur,rasa berterima kasih dan rasa cinta sang bunga kepadanya..
kerana sang bunga yakin,suatu hari nanti..
titisan air itu pasti akan kembali~~




Wednesday 13 July 2011

senyum~

tersenyum sendiri melihat gelagat mereka yang mungkin sedang mengulangi kisah silam aku dahulu..

kuatlah wahai gadis..fikirlah apa yang terbaik buatmu..
buat sang jejaka,kamu sungguh sukar dan mudah.
sangat menyenangkan,dan sangat mudah untuk membenarkan gadis itu rasa gembira dengan kamu..
jangan sampai nanti,dia terjatuh dan kamu tak mahu membantunya bangun.lantas meninggalkan dia terumbang-ambing mencari arah.

aku bukan siapa-siapa..
aku cuma seseorang yang pernah menjadi gadis itu,dan tak mahu sejarah itu berulang lagi~~


Wednesday 11 May 2011

bebel~

aku ni kalau sakit hati ngan orang,aku senyap je..
konon2 boleh tahan,boleh sabar..

tapi lama2 nanti aku jadi gila,..
cakap sorang2..
marah kt dinding,..
baling2 barang..
hentak2 henpon....
n paling teruk sekali kutuk2 orang yang aku marah tu..tapi dalam hati je..

ada orang kata tak baik memendam rasa ni..
ada baiknye kalau sakit hati tu cakap j terus terang..tapi aku tak suke..
lagi2 nk cakap soal hati ni dengan orang dekat tapi jauh ni kan...haish..

aku ni nampak je kecoh..mulut kadang2 puaka..
tapi bila ada certain time and condition,aku akan senyap..
esp bila aku kat bilik n tengah study..
aku sangat tak suka dengan gangguan2 walaupon kecik2 j..
especially benda2 yang sangat2la buat aku rasa annoying sangat2!!
contoh: lagu2 K-POP~

grrr..tolonglaa..rasa tak bole trima sangat..rasa macam nak korek2 telinga kasi berdarah2 bila dengar 'manusia2' berkenaan pakai earphone kuat2 pastu ikot nyanyi k-pop tu skali.

ci ci ci ci ci..na no na ne ooo yeeahh!!..
what the???
annoying laaa!!!!!!!!!!!

pastu satu lagi yang aku sangat tak suka(haaa..ni aku nak cakap semua..selama ni aku senyap je kan?) ialah orang yang cakap tak reti nak selow,buat keje tak reti nak pelan,jalan tak boleh kalau tak hentak2,letak barang tak reti nak letak cermat2...senang cakap macam disaster!!!

kadang2 aku tgh senyap2 melayan prasaan tetibe ada beberapa makhluk halus datang terjah,
"oi jom menari!!" dengan volume yang sangat kuat (contoh sahaja)
terkujat kottt!!!!!!!!!
pastu kadang2 tu orang tengah khusyuk2 sembahyang pon boleh gelak2 sakan bergembira bahagia~
ni yang rasa macam nk bagi pelempang tapi aku tahan je sebab aku tgh sembahyang mase tu kan?..lepas sembahyang tros lupe...yela..khusyuk la kononnya~~

ok la fine la korang memang style study suke bising2 kan..
ok fine..aku redha..
tapi yang tak boleh tahan ialah bila korang masih lagi bergembira paling bahagia tahap cipan bila dah masuk waktu yang sepatotnya korang semua tido..di mana aku da selamat terlentang atas katil dengan mata bertutup dengan "sleeping mask"(yg aku beli awal sem aritu sebab tension tak boleh tido malam2) yang aku pakai dengan harapan yang korang semua paham yg aku amat perlukan tido sangat2..

kenapa eh bila bercakap perlu dengan volume yang kuat walaupon pada hakikatnya kau sedang bercakap dengan manusia di hadapan ko..jarak tak sampai semeter tau..ko bisik pon boleh dengar lagi..

ok la korang memang suka berborak sebab tu memang hobi kan??
fine,aku terima..aku respect hobi korang yang 'syok' sangat tu..
tapi apasal ek?
dah terang2 aku nampak cam desperate gila perlukan tido,ko bole plak tgok cite ngarut tah pape sambil gelak2 sakan..
tau tak aku rasa cam nak buat ape?
aku rasa macam nak bangun,pergi balkoni,then jerit kuat2 "aku gilaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!"
boleh tak?

ooooo..ko memang tak bagi orang tido lagi awal dari ko ke?
ok..terima kasih sangat2..aku appreciate..><

okeh..aku akui entry ni agak kasar..mungkin akan ada yang kata aku ni terlalu emotional..
or aku tak patot cakap semua ni dalam belog..
nasib baik aku tak tulis kat wall fb tau~

bukan ape..aku tension..
and aku tak pernah luahkan kat sapa2 esp orang2 yang aku maksudkan ni..
ehh!!bersyukur la kau tak pernah komplen!!
cubalah kalau satu hari korang bising,then aku datang and cakap "tolong slow sikit boleh tak?"
amacam? sentap kan?
haaa..tapi tgok...bukan selalu pon aku ada chance duduk sorang2 kat bilik then melalak sorang2 nyanyi lagu2 yang aku suka dengan penuh prasaan...baru satu lagu tau~~
then,dah ada org datang bilik aku and cakap camni "slow sikit boleh tak"

waaaaaaa!!!!!!!rasa macam nak terjun bangunan!!!!!

TAHUN DEPAN NAK DUDUK BILIK PALING UJUNG AND YANG PALING ISOLATED BOLEH??(masalahnye ada ke~~~)


In This Song- Charice

Love this song!!!





In This Song lyrics
Songwriters: Foster, David; Kelly, Claude; Kiriakou, Emanuel;



I may not know where I'm going now
This broken road is trying to tear me down
But deep inside I've found
A secret place that I never knew
Where I feel safe when the world is untrue
Here's what I've learned to do

Just sing this song
And it takes me right back where I belong
And everyday there's a new bridge to cross
But I'm never far from home
If I put my heart, my soul, my all in this song, oh

I don't depend on friends 'cause they come and go
My belief in myself is gonna carry me through
That's why I'm learning, oh
I'm learning, yeah, I'm learning to sing

Just sing this song
And it takes me right back where I belong
If everyday there's a new bridge to cross
But I'm never far from home
If I put my heart, my soul, my all

I may not have all the words that I need to say
And know I won't always be strong
But I'm never afraid because I hold my destiny
And it depends on me alone, alone so

Just sing this song
And it takes me right back where I belong
And everyday there's a new bridge to cross
But I'm never far from home
If I put my heart, my soul, my all

I'll keep giving my heart, my soul, my all
In this song, in this song, in this song


Tuesday 10 May 2011

exam..

last paper tomorrow

SFES1103-Philosophy of Science (8.30-10.30)

SGES1302-Introduction to Earth System (11.30-1.30)

dua2 paper menghafal tahap nak mati~
hopefully Philosophy of Science boleh goreng~~


Monday 9 May 2011

cendol~


Memandangkan sekarang ni tengah musim panas sempena Southwest Monsoon sepanjang Mei hingga September ni, aku rasa ada eloknya kalau aku cerita pasal benda2 yang boleh menyejukkan hati~~

CENDOL

apa itu cendol??
pada mereka yang tak kenal tu, aku rasa ada eloknya pergi melancong mana2 lama2 sket,pastu dah agak2 muka dah cam warga asing,boleh la pulang semula dan tanya kawan2 "cendol tu apa?.

tapi kasar sgt la kan nk suruh buat camtu..haha..
btw,cendol ni merupakan sejenis pencuci mulut yang teramatlah popular di Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan Indonesia. Setahu aku,cendol asli ni mengandungai bahan2 seperti ais,gula melaka,santan,dan jeli hijau.kalau yang dah tambah kacang merah,jagung,pulut dll tu dah tak ori dah..huhu

btw,dalam entry ni aku nak cerita mengenai sebuah kedai cendol yang famous gila2 kat Batu Pahat aka kampung halaman aku.

Cendol

Akhbar Cendol.tgok!!kedai ni kecik gila..tapi ketahuilah cendol kat sini memang terbaik.Kalau tak silap aku,kedai ni dah berpuluh-puluh tahun dah.

Ingat lagi time kecik2 dulu,zaman2 perasan bongsu, tiap2 kali abah pergi bandar mesti aku ikut punye la.Lepas tu,selalunya lepas dah beli barang2 dapur,mesti singgah kedai ni makan cendol.
Tapi tau je lah makan cendol ngan abah dulu tak boleh nak menikmati sangat.Abah makan laju gila,aku terkial2 nak abeskan dia dah kata "cepat sikit~"
Jadi terpaksa la aku mengorbankan nikmat makan cendol demi untuk menghabiskan cendol tersebut~

tapi sekarang kalau aku nak makan cendol,aku boleh pergi sendiri je.Tiap2 kali pergi bandar,wajib makan cendol. Lagi2 sekarang ni dah ada cawangan kedai cendol ni sebelah bus stand BP :) sekarang ni boleh makan slow2.Nikmatnye tak dapat nak digambarkan kot~~huhu. kat sini siap ada nasi lemak bungkus tau. 80 sen okeh! kat KL ada?hahaha..
btw,cendol kat sini dari dulu sampai sekarang rm1 j.Rasa memang terbaik~~:)

Tetiba teringat kat adik aku yang semakin comel: Zaim Farhan.Zaim sangat suke makan nasi lemak kat sini.wuuu~~Pernah suatu hari tu aku keluar ke bandar bp dengan k.uda,dia nak ikot tapi kitorang tak bagi.So bagi chance dia mintak something.

Kitorang:"Adik nak apa?"
Zaim: "Adik nak nasi lemak kt kedai cendol tu je la"


tengok..nasi lemak 80 sen tau dia mintak.Adik korang ade?hihi..comel betul adik aku ni..tak lama lagi dah nak UPSR~badan maintain tuff.


zaim,blajo rajin2.Nanti K.ina cuti K.ina ajor Bahasa Melayu n English ea!!*sib budak ni terer Math..adess!!*haha:P

oklah!!nak study weyh!!kat bawah ni gambar2 berkenaan.Enjoy!!

Cendol
semangkok singgit je ok!!

Cendol


Cendol
amacam?tempted??huhu
Cendol
gambar2 di atas diambil dari Batupahat.org

ni gambar pakai kamera k.long time kitorang makan cendol hari tu :)
best!!

p/s:balik ni nak makan cendol lagi!!!!!!

Sunday 8 May 2011

aku benci k-pop!!!
FULL STOP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday 30 April 2011

sem dua saya~~


aaaa...rasenye dah lame kot aku tak buat entry2 normal..

asyik dengan entry2 'potilik' kehidupan aku je kan?hahaha..

so..aku nak cerita serba sedikit kehidupan aku sem 2 ni yang sebahagian besarnya berkisar tentang kehidupan seni aku..ceewwaahhh!!

okeh!!aku nk senaraikan pertandingan2 yang aku join sem 2 ni..



FESTIVAL NASYID HIJRAH NEGERI SELANGOR
(no2 kategori tradisi)

FESTIVAL NASYID AMAL IBNU SINA
(malang=tak dapat nombor..sobs3~)

FESTIVAL NASYID UM,KK12
(revenge=no 1..Alhamdulillah)

FESTIVAL SENI UM
-Nasyid (no2)
-Akustik (no5)
-Koir (xde placing gak:P)
-Nyanyian English(final & xde placing)
-Nyanyian Irama Melayu (eh???no2??)

PERTANDINGAN NASYID PERMATA UTARA,PIALA REKTOR UiTM PERLIS
(no2)
...............................................

mak aih,tak nak cam banyak plak kan...ni kalau korang baca ni mesti pikir,budak ni takde keje lain ke selain menyanyi??adess~~

okeh..ni plak gmbar2 berkenaan..


patah hati + joget pahang ..muka cam kuaci dah haa~~



the climb..takde rezeki..dapat masuk final pon dah bersyukur :)


nasyid teammates :)
~junjungan~

muzik akustik..
~wulan merindu~

yyyeeeaaahhh!!!menang2!!

....................................................................................

selain pertandingan..alhamdulillah sem 2 ni aku ada rezeki untuk show..salah satunya show untuk Convocation Dinner Ae University bersama2 band combo UM dan second adalah persembahan santai as BHC Sisters di Putrajaya sempena Gig untuk GAZA anjuran Nasyid Underground..kalau ada rezeki lagi,bolehla kannn?haha..

GIG 4 Gaza
~zombie~

......................................................................

haaaaaaaaaa......yang paling best pasal sem 2 ni..drama sangat hidup aku..ngehh~~korang bole tgok dari post2 yang lepas (walaupon aku dah bnyak delete..huhu)
lagi2 dah hujung sem ni,extra bahagia sket..hahaha..sorry la kalau nyampah,tapi mmg tu lah hakikatnye..:D


oklah..lastly..doakan aku boleh jawab paper2 seterusnya dengan baik okeh!!

Population Biology-6th may 2011

Introduction to Science and Technology-9th May 2011

Philosophy of Science-11th May 2011

Introduction to Earth System-11th May 2011

........................................................

mood: tak sabar nk balik rumah..ngeee~~~

Thursday 28 April 2011

bila dia menangis~

menangis....
menangislah sepuas hati..
kerana air mata itu permata yang bernilai..
kalau kamu menangis kerana aku..bukankah itu bermakna aku juga bernilai buat kamu?
hmmm..

kalau begini,aku mahu menangis juga~~

*bukan senang lelaki menangis kan?*

Saturday 23 April 2011

"hafizzainal's contest - senyuman mahal "


hihi..dah lame kot tak join contest blogger since tak ramai yang rajin wat contest.so,thanks to hafiz zainal sebab buat contest SENYUMAN MAHAL nih!!:)

.
.
.
.
.
.
.
.
sila amati gambar di bawah~

*yang berbaju pink tu adalah saya..takkan tak kenal kottt~~*


haaa,ni la gambar taruhan aku yang aku sendiri pun tak pasti layak ke tak masuk contest ni. Nak kata senyum,macam kemam je..haha..tapi bak kata Hafiz,yang penting keikhlasan dalam senyuman,adalah senyuman yang menawan *eh,ayat akhir tu cam tambah sendiri j~~*


whatever laa,yang penting sekarang ni pe kata kita describe sket pasal gambar nih~~


Tarikh amek aku tak ingat,tapi yang penting gambar ni diambil pada Hari Raya 2010(kalau tak silap pada hari raya ke-2).Time ni beraya di kampung sebelah ayah.Tak pasti la rumah sape...(dasar xkenal sedara~~ish3)

tiga org yang turut ada dalam gambar tu adalah adik-bradik aku.
baju biru: k.ngah
baju merah: k.uda
baju putih bulat2 pakai songkok: adik @ zaim bun2
tiada dalam gambar: k.long(tgh amek gambar kitorgla gamaknye~hihi)

haha..kenapa mahal?
ntahla..tak tahu berapa harga..tapi yang pasti inilah senyuman kegirangan di Aidilfitri bersama keluarga tercinta..love u all~~:)

papepon,tak kisah la menang ke tak..tapi seronok dapat join(even patutnya sekarang ni tgh study hubungan etnik..mak aih..bosannnn~~)

sebelum tutup entry ni,aku nk tag 3 org kawan aku..hihi

ok..THE END :)





Saturday 16 April 2011

terima kasih sebab tulis nama saya BESAR2....
i really appreciate that!!
:)
fames rupenye KAK FAZ ni ek?

Thursday 14 April 2011

Wednesday 13 April 2011

Pemergianmu~

Al-Fatihah buat arwah along baru je pulang ke Rahmatullah malam tadi..
semoga rohnya dicucuri Rahmat-Nya dan semoga keluarga Arwah dapat menghadapi dugaan ini dengan penuh ketabahan..

kematian itu pasti dan di saat ada kematian di depan mata kita,
di saat itulah kita tersedar dari lena,
menyedari bahawa langkah sudah banyak tersasar,
semangat dalam diri telah lama pudar,
cinta Agung sudah lama tidak didakap erat..


berita ini buat aq terdiam sejenak..
aku tak sempat melawat along sepanjang dia sakit teruk..
:(
tak mengapa Along..
ina di sini mendoakan agar Along berada dlm kalangan org2 yg dilindugi Allah..
dan semoga Along sntiasa tenang di sana~


Friday 8 April 2011

8042011|STILL A CONFLICT~

encik 14..
beritahu saya apa yg anda mahukan sebenarnya..
saya tak nak kerana ini,anda bencikan saya dan tidak menganggap saya kawan lagi~~

dari dulu sampai ke tahap ini..
saya tak pernah faham ape sebenarnya yg anda mahukan..
anda mahu sy lupakan anda?
saya dah buat..
encik oreo datang pada saya..dan anda mahukan agar saya menghargai dia yg menyayangi saya kan?
saya masih ingat itu..
tahu tak betapa marahnya saya bila encik 14 menyebut2 nama encik oreo tiap2 kali anda bercakap dengan saya?
saya tak suka,waktu tu mmg saya tak suka encik oreo..

tapi siapa tahu marah dan benci boleh bertukar kepada rasa sayang~~
saya tak merancang untuk merumitkan keadaan..
encik 14,lebih baik begini daripada saya jadi PATHETIC macam orang lain..
saya manusia biasa..dan Allah itu Maha Membolak-balikkan hati..anda tahu itu kn?
saya dah mula rasa gembira..rasa istimewa dan anda tiba2 muncul menyatakan rasa kurang senang~
KENAPA YA?

pada hemah saya,kalau mengikutkan bagaimana bersungguhnya saya diminta untuk melupakan anda~
anda patut terlompat2 kegirangan sekarang...
tapi saya takfaham kenapa begini pula jadinya..
anda sudah bencikan saya :'(
saya taknak pershabatan ini tercalar kerana saya..
Maafkan saya andai saya dah buat sesuatu yang buat anda kecewa..tapi yang pasti, inilah yg terbaik bagi saya..

pesanan terakhir:
beritahu saya apa yg anda mahu beritahu..dan tolong jadikan saya kawan anda balik!!!!


Thursday 31 March 2011

31032011

waaa~
blog dah makin gelap seiring dengan kegelapan pemilik belog..hahaha
header dah tukar,dah takmo pakai gamba my kazen yg cute miut sebab beliau sekrang dah pandai jalan so nk bagi peluang beliau berehat dulu..
background music pon dah letak yg lebih drama dari yg sebelum ni..
post2 lama yang rasa2 cam tak perlu aku dah delete..

yang penting sekarang ni..actually bnyak gle idea nk buat post baru..
tapi takde mood nk duduk depan laptop semata2 nk update blog..
mood sekarang: dengar lagu j keje~

bnyak benda berlaku..
things i'd never imagine to happen~
and things that's always happen to me..
hmmm..haha
nt2 ada masa~
aku update sekali bnyak eh~~

Wednesday 30 March 2011

waaa~
takkan nk tambah satu lagi encik kot~~
encik sape pulak ni?
jap2..pikir nama~~

Tuesday 29 March 2011

29032011

kerana aku mahukan sesuatu..
dan dia mahu berikan semua itu..
kadangkala rasa bersalah..
tapi kadang2 rasa perlu~~

Monday 21 March 2011

21032011|it's not the last page~~

dah cukup terseksa kan?
:)
sekarang masa untuk anda melepaskan apa yg anda cuba pertahankan dulu..
dan cuba menghadapi hidup yang sememangnya indah dan adil ini..
biarkan dia bahagia..
dan anda juga pasti bahagia..
percayalah, yang satu hari nanti, kisah ini ada sambungannya~~:)

Friday 28 January 2011

buat Encik Empat Belas





It's in the tip of my tongue but I'm still afraid

Sometimes the only things words do is get in the way

Sometimes the easiest things are the hardest to say

But I don't want to lose you, drive you away

Don't want to confuse you, I need you to stay

Only wish you knew what I wanted to say






ok..pertama-tamanya saya nak mintak maap kat kawan2 saya yang rapat kerana sejak akhir2 ini saya telah menyesakkan telinga dan kepala otak anda dengan tingkah-laku saya yang semakin hari,semakin pelik.

tapi percayalah bahawa dengan entry ini anda akan menjadi semakin mereng dan confused dengan situasi saya sekarang ini.
.::TERIMA KASIH::.

p/s: entry ni saya dah simpan seminggu.

ok,saya start sekarang~~

.................................................................................................................

bila hati mula berbicara,
bila tinta dah tak tertulis apa-apa,
bila jiwa dah mula berkecamuk memikirkan banyak benda,
bila bibir mula berani menceritakan segala-galanya,
di saat itulah kamu perlu tahu,
bahawa ada sesuatu yg besar sedang bermain dalam benak fikiranku.



desah angin pagi dan desiran daun

bagaikan simfoni merdu irama jantung

kicau burung-burung buluh perindu

bagaikan suara penyanyi merdu mendayu


ya!aku kekeliruan~

dulu saya punya hati,tapi sekarang awak dah curi!

sampaikan..

saya boleh jadi terlalu berani.

terlalu takut.

terlalu terdesak.

malah, terlalu mengharap~

Awak.
Kenapa awak suka kacau hati saya?
Awak dengki dengan saya ke?
Sambil hempas barang, jeling awak.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9bBA9ptBzhcEt1NAvtqFmYz9HkAxGLkRtvGCr3po48N46hf1yTcW4JhF-aNSkiBdtk8PGzj5_OdFjjaJhNXUly4R7PWUn4EZRgxF_9Dv7xmX4KYgKJBp64WG4wA2UOlG270wxgQk0bq4W/s1600/danbo_love.png

Encik Empat Belas.
Saya ketawa.
Sebab apa?
Sebab saya silap.
Saya tidak boleh menyukai awak
tapi betul ke?
Saya betul2 tak tau.


Saya mungkin terburu-buru.
Saya mungkin tidak berfikir dengan jelas.

Saya terfikir.
Satu hari nanti,bila awak dah tak tahan dengan saya,awak akan hantar SMS macam ni "Awak, jangan jadi bodoh. Saya tidak suka awak, awak hodoh!"
Senyum.
Tak mustahil kan?


Saya terlalu mudah salah anggap mungkin.
Sampaikan kebaikan awak pada saya pon saya fikir terlalu istimewa.
Sampai saya nak salahkan awak pulak sekarang.
*Mengeluh*



Saya tak tahu.
Saya betul2 tak tahu apa yang awak sedang fikirkan.
Tapi mungkin sekarang ni, awak sedang menyesal yang teramat sebab layan saya terlalu baik.
Hinggakan saya jadi begini.




Encik Empat Belas.
Saya tahu saya salah.
Maafkanlah saya.
(Pura-pura menangis)



Saya senyum sendirian.
Saya tidak mahu kehilangan sebuah nilai persahabatan.
Itu memang saya.
Sentiasa ketawa dan senyum gembira.

Pernah dengar ini?

"Kalau wujud perasaan yang tidak menentu, bunuh sahaja ia. Pandang ke hadapan dan senyum seperti biasa. Doa dengan ikhlas dan redha dengan apa yang dihadapan mata."


tapi kan Encik Empat Belas.
Saya dah cuba.
Dah lama dah mencuba.
Tapi siapa tahu yang sebenarnya saya cukup kuat untuk teruskan?
Hinggakan awak sendiri pon dah tahu tentang 'itu'.
*sigh*
Mungkin tu silap besar, ATAU mungkin itu adalah tindakan yang betul.
Saya tak tahu! Saya betul2 tak pasti tentang tu hinggalah saat ni awak.
Saya asyik keliru je.




Awak.
*Diam*
Awak.
*Hening*
Awak.
*Senyap*

sampai bila-bila pun saya akan tetap bermain dengan perasaan sendiri


Saya benci awak.
Awak ganggu hati saya.
Kemunculan awak membuatkan saya tidak kenal siapa lagi diri saya.
Benci awak.
Betul.