Friday 23 March 2012

Nasyid da abes


Macam tak caye je nasyid FESENI n FINAS dah habes...seriously macam tak percaya sebab rasa ada something yang masih belum selesai..urgh!mungkin sebab mission unaccomplished kot..hehe

so...buat rakan2 yang tak tahu cerita FESENI dan FINAS 2012..jom usha!



CG FANNAN KK12 beraksi di pentas FESENI tempat ke-4 : Muhasabah dan Anugerah Keampunan
CG FARHANA di pentas FESENI
Tempat ke-5 : Solehah dan Keimanan

ini saya...ngahahahaha!!!

Jadi..apepon rezeki tidak menyebelahi kami kali ini.mungkin tersilap percaturan sehingga juri menyangkal bahawa kami yang terbaik malam itu..Takpe, kepuasan yang sebenar adalah apabila coach kami tersenyum lebar dan berpuas hati dengan persembahan kami.Ditambah lagi dengan sokongan kawan2 yang hadir malam itu. Pada aku, kami semua telah melakukan perubahan dan telah membuat yang terbaik!!!:)

REZEKI DI TANGAN ALLAH :)
kita takkan pernah tahu apa disebalik ujian yang di berikan oleh-NYA..siapa tahu, hari ini kita terjatuh teruk, menangis teresak2..esok, kita menjadi yang paling kuat dalam kalangan semua. Kita jadi lebih bersedia, lebih bersemangat dan lebih merendah diri.

Allah Maha Berkuasa.
FINAS, mungkin ini pentas sebenar kita. berbekalkan latihan yang tak sampai 24 jam. Kita cuba melakukan yang terbaik yang kita mampu. Dengan ujian yang mendatang apabila aku tak dapat menyertai kerana terpaksa ke Field Trip Coastal, aku redha yang yakin bahawa mereka mampu tanpa aku.

Tapi Alhamdulillah, percaturan Allah itu sempurna. Penganjur membenarkan aku masuk untuk peringkat akhir malam itu. Yah!!!!!!!!!akan ku buktikan bahawa kita masih yang terbaik!!yayayaya!!

dan Alhamdulillah ... CG FARHANA berjaya merangkul gelaran JOHAN dan FANNAN di tempat KEDUA:)

ALLAH MAHA BESAR, MAHA KAYA :)





fuuu...nasyid dah abes...aku still ada nyanyian English, Irama Malaysia, Irama Melayu dan Akustik.Malasla nk menyanyi lagi..tak semangat!!!!!!tolong!!!!!!

Tuesday 20 March 2012

monolog cinta aku~

kalau semua orang dah tak perlukan aku...rasanya dah sampai masa kot aku lepaskan:)
mereka lebih hebat dan menggembirakan..
tak seperti aku yang kuno dan bosan..
mungkin kalian sudah masak dengan sikapku yang kadang2 seperti kurang perhatian..

anak2 kecil seronok dengan permainan..
tiba si ibu2 melenyapkan suasana girang dengan sedikit perkataan..
menangislah si anak, ibu memujuk rasa bersalah..
tapi apakan daya..semua itu cuma sia2..

cinta ini tidak berbelah bahagi..
cukup untuk buat hati ini kebal dari rasa sakit dan iri hati..
cukup untuk buat jiwa meronta tapi minta dilupai..
cinta ini cinta pertama yang berlangsung sudah lama..
cinta sang kura2 dengan arnabnya..
yang mengharap perhatian dan kasih sayang..
tapi kita tidak sama..
adakala cinta ini melukakan,mengguris perasaan..
tambah melihat hati2 lain terluka..diri ini jadi parah..lalu rebah..

cinta ini bukan dengan seorang sahaja..tapi bertukar2 gerangannya..
dari mula perkenalanku denganmu dulu..cinta ini berputik sungguh cepat..
sikap2 mu buat aku mahukan kamu dalam hidupku..cinta pertama buat aku ketepikan tiap2 silapmu yang buat aku menangis..
hebatnya cintamu..kurniaan Allah..

cinta ini sekarang sedang berkecamuk..
hati-hati didalamnya tidak tenang segusar hatiku ini..
ada hati yang cuba melenyapkan suasana kacau ini..
tapi tak mengapa..kita tunggu sahaja masa berlalu..
mungkin 1 hari nanti kita akan mula bercinta kembali..
atau mungkin kamu akan terus membenci aku sampai bila2..

tak mengapa..aku sudah biasa sendiri..
masih ada lagi hati2 yang mahu menyayangi aku...
rakan2 seperjuanganku,keluargaku, Rasul-Rasulku, dan Pemilikku..Ya Rabb:)



Monday 19 March 2012

mood larik!

mood study malam ini terhapus serta merta..walau pada hakikatnya esok ada test n aku tak start apa2 lagi..

hidup ini penuh dugaan dan pancaroba..benar,lagi2 menjadi seseorang yang terlalu biasa sendiri..aku jadi tidak mahir bertindak bila bersama rakan2...aku keliru yang mana satu yang betul..

aku pernah ditegur kerana terlalu diam dan membiarkan mereka memijak kepalaku, sedangkan aku ketua
aku tak pernah marah..menegur..atau apa lagi, biarpun aku harus dan aku layak.

namun,bila waktu berlalu,aku semakin tebal dengan kekuatan hati dan pemikiranku..ada sesuatu yang tidak kena pada pandanganku..lalu aku menegur, dengan harapan semua berjalan lancar.tambahan lagi,aku masih punya mandat sebagai ketua..
tapi apa yang berlaku hanya liku2..semua melontarkan emosi yang amuk dan sakit.mata ini terpana,hati ini terguris.
salahkah aku sekadar menegur memberi pendapat..

akhirnya,suasana indah itu..hilang dalam kegelapan dan keresahan..
tiada lagi riak keindahan dalam ruangan itu...aku buntu..

harap esok akan pulih sperti biasa..

aku ketua yang tidak berguna..

sudah..
aku tahu aku silap kerana menyuarakan pendapat ku,..
aku mmg hanya parasit yang hina..
maafkan aku..teruskanlah kegembiraan kalian..tengs

Tuesday 6 March 2012

penat menangis~

aku bukan kekasih yang baik..biar di mana aku berada pun.
dengan kekasih,dengan kawan, sahabat, adik2 dan semua..
apa yang aku lakukan semua serba tak kena..
bila dah terhantuk, baru kelam kabut mencari penyelesaian..

aku penat..aku penat berlakon menjadi kekasih,kakak dan kawan yang matang..sedangkan aku tidak..
aku buntu..sedang berusaha memperbetulkan keadaan di sini..dia di sana berkecil hati..
sedang berusaha merapatkan diri dengan segelintir, ada yang menjauh..

aku penat mengalirkan air mata..sehingga berat untuk membuka mata..
aku hanya mahu rehat, rehat dan rehat..
jauh dari segalanya..

apa yang aku buat semua serba tak kena..

aku gembira dengan pencapaian semalam..berbaik dengan seseorang yang amat aku sayang..
tapi..bangun pagi ini..dia pula yang berkecil hati..
aku buntu...buntu..buntu..
boleh naik gila..

tolongla Ya Allah..kirimkan seseorang yang boleh membuatkan aku ketawa lagi seperti dulu..
buat aku lapang dan gembira..
dan terus menuju ke depan..
aku mahu seperti dulu...
aku mahu gembira bersama kawan2ku dan kekasihku..
aku mahu rasa cinta yang berbunga2 dalam hatiku..biarpun ia sakit..

aku mahu hidup yang tenang seperti suatu ketika dulu..aku cuma mahu itu..
ntah bila la aku akan menjadi kekasih yg benar2 kekasih..
penat dan tak larat.

Alhamdulillah

Tuhan itu Maha Pemurah, Maha Pengasih..
Dikirim-Nya aku sahabat yang menyayangi aku..yg menjaga aku sehingga dia sendiri terluka..
maafkan aku atas segala salah silap ku..
Aku bersyukur kita kembali seperti dulu..:)

jom berusaha tingkatkan segalanya!!

Monday 5 March 2012

berikan aku peluang itu..

peluang..

benar orang kata setiap org, lain peluangnya..
dan aku sentiasa berpegang pada kata2 itu..

kerana itulah aku tidak suka cemburu pada pencapaian rakan-rakanku dalam perkara yang aku minati.pada mata2 segelintir manusia,aku ini biasa saja, bisa jadi pinggiran,bukan menjadi perhatian. Aku tahu kerana pandangan mereka selalu teralih pada yang lebih baik dari aku..

eh, jgn risaw aku tak cemburu! aku tidak cemburu kerana aku sedar siapa diri aku.aku budak baru belajar. baru sahaja berkecimpung dalam arena ini. Aku sedang berusaha untuk meningkat baik dan semoga kamu semua puas hati dengan apa yang aku mampu lakukan:)

peluang itu berbeza2..

kamu hebat:)
aku kagum dengan kamu..sini sana orang memujimu. Memanggilmu untuk macam2 perkara. Aku sentiasa yang kedua.tapi tak mengapa kerana itu bukan minat mutlakku.Minatku yang paling kuat bukan pada nyanyian.Tapi pada nasyid.

Bagiku nasyid penuh dengan jiwa.penuh dengan ketenangan,kegembiraan, kecintaan, kasih sayang. Tiap kali aku berada dalam kalangan rakan seperjuangan, aku rasa tenang, rasa senang, rasa lapang, kerana aku menyayangi mereka semua.. dan aku tahu mereka juga menyanyangi aku..

Rasa cinta itu membuatkan tiap2 rasa gelisah itu aku musnahkan.Tiap2 rasa iri hati,dengki dan benci aku ketepikan. Mungkin ada waktu yang jiwa tak tertahan diguris kawan yang tak perasan, aku menangis jua.tapi siapa yang menenangkan? Tetap juga dalam kalangan mereka.

Cintanya aku pada mereka, Ku sanggup biarkan si dia menanti setiap malam hanya kerana tidak mahu fokusku pada Nasyid terganggu. Terkadang juga tanpa sengaja menaikkan suara kerana mempertahankan cinta ini. Benarlah,kuatnya ukhuwah persahabatan yang ibarat keluarga ini. Buat aku tersenyum setiap hari.

Cintaku pada mereka jugalah yang menemukan cinta buat aku. Cinta yang tak pernah aku terfikir akan hadir. Hadirnya dalam keadaan pelik. Aku tak pernah menyangka yang akan ada seseorang sebegitu berusaha dan menyayangi aku apa adanya. Dia lebih muda, tapi aku yang kurang matang ini sentiasa pergi pada dia untuk lega dan ketenangan itu.Walau pada hakikatnya jauhnya itu beribu batu..


Ya..aku terlalu menyayangi mereka dan dia. Sehingga sukar untuk aku memilih antara nasihat si dia dan firasat hati yang mahukan yang terbaik buat mereka. Kini aku ketua. Mungkin bukan ketua yang baik, Tapi aku mahu jadi kakak yang baik.Yang disenangi dan disayangi. Aku juga mahu jadi kekasih yang baik, yang sentiasa ada waktu senang dan susah.

hmmm...hari ini..satu lagi peluang hadir. Hadir dari keluarga baruku aku sendiri belum betul2 senang dan mengenali lagi. Tapi keluarga ini berbeza, datang dari pelbagai citarasa dan cara. Mungkin cara mereka berbeza dari keluarga CG(straightforward tros!).tapi mereka telah membuka peluang untuk aku lebih jatuh cinta dengan nasyid.:)

peluang tak datang bergolek, peluang itu datang untuk mereka yang Allah sayang..

berikan aku peluang itu..

Friday 2 March 2012

sembunyi

bersembunyi disebalik riuh rendah gelak ketawa..
menyamar menjadi ninja pembunuh binasa.tapi bukannya membunuh sesiapa,ninja ini berhati mulia.

lidahnya bercabang manis mulutnya.senyumnya lebar,ikhlas tawanya...
namun,hatinya berkecamuk menahan sengsara,mindanya kusut memikirkan strategi."bagaimana harus dia terus dan terus bersembunyi tanpa diketahui"

agar xsiapa yg tercedera,melainkan dia sahaja..

hari ni best *tajuk xde kaitan*

sesak dan tersepit dalam rasa sakit yang menindih2 seluruh tubuh..rasa lemah tetapi tak ada yang menghulur bantuan..rasa sakit tapi yang diharap cuma melempar tohmahan..

kamu..aku cuma insan hina yang tak tahu apa2..ya,mungkin aku mampu melakukan sesuatu, tapi aku tak sehebat itu untuk menjadi cikgu.mengajar satu persatu.yang aku mampu cuma cadangan dan penambahbaikan.bukan kesempurnaan.

aku tidak dilahirkan dengan kebolehan itu.Percayalah..

gadis 14,teguhkanlah hati mu. Pedulikan kata2 itu,ambil jadi pembakar semangat. yang penting teruskan usaha usah mengalah, Halangan dan dugaan usah diendah. Kita perlu kuat dan terus berdiri. Buktikan pada mereka, walaupun kita baru,lemah, kita mampu menjadi yang terbaik.
Aku sayang kamu semua...sampai bila2