Monday 31 October 2011

Video kami di FNJ!!

hey guys!!here's the video during Festival Nasyid Negeri Johor!!
enjoy!!and kindly leave ur comment eheh..hhihi:)

FARHANA-KEIMANAN<-----click here!


Thursday 27 October 2011

3 Wonderful Days in JB

Assalamualaikum..buat pengetahuan korang semua,aku baru je bertandang ke JOHOR BAHRU ari isnin lalu dan samapai semula di KL lebih kurang jam 4.30 semalam.

kenapa aku ke JB?

HAHA..ofcoz la korang semua dah tahu sebab kat fB aku melambak post pasal benda ni.Aku ke sana untuk menyertai Festival Nasyid Johor yang diadakan di Pusat Islam Iskandar,JB :)
HAVING SUCH A BEAUTIFUL TIMES THERE..rasa macam tak nak check out je dari bilik hotel yang best giler tuh!!(maklumlah aku ni sgt2 jarang berpeluang tido hotel,so jakun sikit)

mesti ada sesetengah dari korang yang pelik dan tak faham.asal la budak2 UM ni nak p lawan kt Johor padahal UM ni kt KL. And most of the times,kitorg masuk pertandingan area kl dan selangor..

seriously beb,salah ke sebagai anak JOHOR,yang membesar,bersekolah, di JOHOR,bercita2 untuk mewakili JOHOR ke peringkat kebangsaan? honestly,aku sgt2 excited dan teruja(sama je) untuk naik pentas Pusat Islam ni,since pernah suatu ketika dulu,aku pernah menyanyi di pentas ini dan berjaya mewakili JOHOR juga.so,let's make this my second time la dude!!haha

even dalam hati sebenarnya berdebar,dan beribu2 kerisauan especially bila juri siap boleh tanya "ni dari mana eh?macam pernah tgok je?"

waaaaaa...serius sentap gila.rasa macam salah je aku masuk pertandingan ni..tapi alhamdulillah kami berjaya ke FINAL.apa yang mampu,hanyalah melakukan yang terbaik,dan redha dengan segala ketentuan ALLAH..

"FARHANA lakukan yang terbaik.Buktikan pada semua yang kita memang deserve untuk berjaya."

turun saja dari pentas FINAL,senyuman di wajah ABG ANDY,buat aku lega..komen yang diberikan buat aku rasa puas dan tersenyum.biarlah apa pon keputusannya,kami semua sgt puas!!^^ kemenangan itu bukan matlamat utama,tapi kalau ia menjadi milik kami,tentunya ia satu BONUS!

Alhamdulillah,berkat usaha dan doa serta budi baik pengadil yang merasakan semangat dan kelayakan kami,FARHANA dinobatkan sebagai JUARA KATEGORI TRADISI disamping ZULFAN yang merupakan JUARA KATEGORI MODEN.

check out the pictures:






^sesi latihan di Bilik Multimedia^

^kami di atas pentas Dewan Besar Pusat Islam Iskandar^

^bersama coach kami,ABG ANDY yang sgt best!^

^k.bib,pengurus kami di mana sahaja..hihi^


^bersama encik oreo saya..huhu^

^piala kemenangan..1st time dapat sorang 1..heheee^

^sebelum balik bergambar dulu..yay!^


hihi..apapon ketentuan-Nya selepas ini.aku terima dengan redha.tapi sesungguhnya aku amat berbangga untuk mewakili negeriku sendiri ke Peringkat Kebangsaan.tambahan lagi, insyaAllah FNK tahun ini akan diadakan di Penang.belum pernah lagi menjejakkan kaki di sini..hopefully segalanya berjalan lancar.semoga juga pihak JABATAN AGAMA JOHOr akan memberikan sokongan sepenuhnya untuk FARHANA..

teruskan usaha usah mengalah,halangan dan dugaan usah diendah~

love u guys..menjadi sebahagian dari korang semualah yang membuatkan kehidupan aku kat UM ni bemakna sangat..

lastly to adik2 junior CG.asahlah bakat dalam diri,nnti aka tiba giliran anda semua pulak^^

bye..love u guys..

Sunday 23 October 2011

tak tau nak kata apa..
kecewa,penat atau apa..
aku cuma mahu dia ada di saat aku perlu..

Thursday 20 October 2011

gila

bertimbun-timbun
menimpa-nimpa
aku kehilangan arah.
buat yang ini,yang itu teringat-ingat
buat yang itu,yang ini terngiang2
otak ada satu
fikirnya beribu-ribu
bila mahu menjadi gadis sistematik
yang kononnya ada pada otak kiriku
naik gila
tapi tak tiba masanya lagi

Wednesday 19 October 2011

Tuesday 18 October 2011

words

sometimes a word can change everything.

bestfriend to enemy
good to bad
laugh to cries
and also
love to hatred

that's why i need to self- teach myself,how to understand people..
and start reducing those irritating words that can hurt those with soft hearted people..
i need to change coz i need them
once they hurted,i hurted more
once their heart broken,mine is worse~


Wordle: words

Monday 17 October 2011

oh tidak
saya mula rindu dia
bila nak start cuti raja Haji ni???????????

Sunday 16 October 2011

untuk dia~

lirik lagu baru..
tajuk dia aq tak tahu..
korang pernah dengar?hahaha..

Left and Right Emoticons 98
hari-hari ku sendiri terasa sunyi
kumahukan 'somebody' tuk menemani
hari ini sunggu cerah indah sekali
siapa sangka kau menunggu di 'library'

mungkin kita berbeza tak bertegur sapa
jadi apa yang membuat kamu jatuh cinta
telah kau luah segalanya apa yang kau rasa
namun tak bisa ku memaksa hati yang terluka

ooooooo....

cinta kita berputik bukan mudah
ku biarkan kau yang merasa
aku kata "katakan apa saja" kerna ku tak mungkin kan jatuh cinta
tapi siapa sangka ketulusan hatimu,
keindahan cintamu buat aku terpaku
siapa sangka setelah sekian lama
akhirnya aku sendiri yang mengaku
yang ku cinta padamu


gaduh~

bergaduh-bergaduh-dan-bergaduh..
2 budak tak cukup mature ini kalau tak bergaduh 2-3 hari memang tak sah..
harini baik..esok gaduh balik..
malam tadi gaduh lagik???!!
sebab merlin..








Left and Right Emoticons 58

sebab budak sorang lagi tu kata merlin macam cendawan~~~`

aq tak puas ati...haish~~Left and Right Emoticons 155
tak pasal2 benda kecik pon boleh gaduh besar!Left and Right Emoticons 131
aku pon mulut puaka terkeluar pulak topik2 yang tak patot..ish3..
sorry dear,..pasniy taknak buat lagi..
awak kata la Merlin macam cendawan butang ke,cendawan tiram ke?..saya buat dono jek nt..
hehe..btw,sekarang dah baik balik pulak:P













baik camni----------------------->Left and Right Emoticons 27Left and Right Emoticons 100hehehehehehe,....



Thursday 6 October 2011

KHAS BUAT UKHUWAH!

hari ini mereka mahu pergi berjuang lagi.
^^ berjuang membawa nama Universiti tercinta,Universiti Malaya.
'Ukhuwah'..bak kata abgAndy,mereka2 ni bila di atas pentas,meremang bulu roma.
serius.kamu semua memang terbaik ^^
kami yang 5 kali pemegang title naib johan ini turut kagum dengan kalian:P
berilah giliran yang pertama atau yang terakhir,ternyata sukar untuk menggugat kehebatan kalian.

tapi,
pesanan dari aku yang tak dapat mengiringi kalian.
buatlah sebaik mungkin kerana aku percaya kalian mampu^^
lupakan segala kejayaan yang telah tercipta kerana kegagalan pasti menanti jika kita alpa.
rasakan kegembiraan,keseronokan pergi berjalan jauh.
kerana bukan selalu ada peluang ke Utara^^
yang penting igt Allah kerana Dia Maha Memberi dan Maha Mengambil.
jika Dia rasa kalian layak, kalian pasti akan berjaya.

jadi All the best!
jaga diri korang baik2!
jangan nakal2 usha gadis2 je!huhu^^
makan bnyak2..kalau p kuala perlis or padang besar jgn lupa kami yang di sini..huhu

satu lagi,anggaplah semua yang ada di sana hebat2 belaka..supaya kalian mencuba untuk menjadi yang terbaik antara semua!
GOOD LUCK GUYS!


lembik

haih..lembik betul.
setakat perah mop guna tangan je pon kulit nk mengelupas..
:(
mana taknye.
kalau dulu keje kat Smart Drinks tu pon,tngan buruk.
bukan buat ape pon,.setakat basuh pinggan bnyak2 sket.
basuh kain lap.

ni kalau camni cane nk kawin ni..haih~

yeye!!

fuh..
akhirnya hampir siap Questionaire aku utuk SHES2303 environmental assignment..
PENING BETUL, sem ni subjek aku memangla tak banyak lab.
tak banyak melukis.
tak bnyak mengira.
tapi boleh dikatakan semua kena buat research,survey,report and presentation.
paling best skali subjek Waste Management kena pi timbang n main2 ngan sampah and air longkang..
redha je la dah aku dapat course ni..huhuhu..

yeay..akhirnya ujung minggu ni aku boleh balik umah..yeay!
pastu ley p BIG BAD WOLF 2011 kt serdang!
huhuhu...dah lama dah aku mengidam nak p book fair..
ni 1st time dapat p..
ngan k.long pulak tu.
yang memang kai english novel macam aku...huhu*tapi aku sikit2 je bolehla*
hhuhu...murah gile2 katenya..
daripada buku book excess yg tinggal belas2 tu,ada lagi diskaun..
gila an?
bak kata k.long "standby duit nk borong buku"
huhuhu..

pastu,balik umah nt..
bnyak bnda yg aku nk amek bawak balik sini..
nk bawak baju kurung bnyak2 sket..
then,nk amek gak novel2 yg best,barang2 art aku tok aku mengopes di waktu lapang.
nk amek bntal yang agak2 tebal sikit..
pastu amek cooler pad tok lappy kokde ni..
huhuhu

papepon..tak sabar nak balik..
sebab rindu semua yg ada kat umah ^^
huhu

Wednesday 5 October 2011

SEJENAK..

pelangi petang menjelma tadi.
penat lelah terasa ringan pula.
cantik betul ciptaan Tuhan.
tapi tak ramai yang duduk sejenak memikirkan betapa sayangnya Allah pada kita.
Tuhan berikan kita cinta.
berikan kita hidup.
berikan kita kawan.
berikan kita ujian.
bukan saja2
tapi kerana Dia percaya kita mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan.

Allah Maha Pemurah.
Turunkanlah hujan untuk kami.
agar bumi yang gersang ini terus lembab dan melahirkan pepohonan hijau.
Allah yang Maha Pengasih.
Tariklah hujan-Mu bila2 saja Engkau mahu.
kerana pasti setiap rencana-Mu ada hikmahnya.
AKU PERCAYA PADAMU
PERCAYA PADA KEWUJUDANMU
PERCAYA PADA RASULMU
PERCAYA PADA TIAP2 CIPTAANMU.

Allah yang Maha Pengampun.
Ampunkanlah setiap dosa ku.
kerana aku hanya insan lemah yang tidak lepas melakukan kesilapan.
yang mudah lalai.
mudah lupa pada-Mu di saat aku bahagia
aku tahu ternyata
BAHAGIA yang pasti hanya bahagia bila AKU DEKAT DENGANMU



Tuesday 4 October 2011

sigh~

encik di sana.
kalau diikutkan saya ni taklah sesibuk mana.
berbanding kawan2 saya yang lain.
program kolej,program UM,program persatuan,show sana sini.
saya cume bernasyid..dan kadangkala menyanyi je.
salah kah?

Monday 3 October 2011

CG.berkat Ukhuwah,Husna pasti menanti~

semalam.di UPNM

suara aku hilang.
nak tarik tak sampai der.
time soundcek pecah.malu lah!
cuba try2 takley gak.
cane ni der.
(agaknye aku terlalu push suara aku yang sebenarnye tak berapa nk tinggi ni)

dah nak turun ni..
semua dah siap..
mekap cun,baju cun,tudung cun.
pakai plak kasut.
jom latih!yay!
damn.qasidah tak sampai plak.
huhuhu..marah ni marah ni..
jap lagi..
kasut aku tercabut tapak.
WHAT?

ok2..takpe.
pakai j kasut atlanta aku yg ala2 crocs tu.
sib bukan warna pink or kuning.
neves gila beb.
sambil2 duduk aku try2 part qasidah.
macam boleh plak(padahal tak ingat key)
gila betul.
dah sampai team ke 6,kami bangun.
warmup
faz,try qasidah..kata mereka
mampus aku tak sampai lagi.
siyes sory korang.
aku hampeh sgt semalam.
takpe.
kita tukar style.
ALhamdulillah.SETEL

TUNGGU turn.
oh,FAWWAZ da naik.
kita pi blakang pentas jom.
badan dah penat.
otak takley nk berfungsi dgn baik.
mata mengantuk.
sampai turn.
aku tak boleh nk fokus.
monitor tak dengar.
blur.step tak ingat.
padahal sebelum ni aku sentiasa yakin dengan step aku.
padan muka.poyo lagi sape suruh.
takpe faz.hentam je.
janji ko feel je cukup.
part qasidah LANGKAH SEKATA aku bukan setakat feel lagi.
rasa nk nangis.

ok.setel dah.
dah turun pentas.
tak puas.
tak puas langsung.
rasa macam bnyak sgt aku buat silap tadi.
duduk
blur
pening kepala.
need somebody to talk tu.
tapi semua org nampak gembira
nampak lega
kenapa aku tak?
huk3

lastly,aku bangun
mencari tempat yg jauh dari hingar bingar pentas.
menghubungi si dia yg jauh dari mata
meluahkan segala yg terbuku di dada
dan melepaskan segala sebak yg ada.
puas menangis.
pulang semula.

tapi
tak sangka.
kejayaan memang milik kami semua.
ALHAMDULILLAH~


Sunday 2 October 2011

encik 14^^

encik 14..
anda nampak gembira^^
begitu juga si dia..
pesanan saya..jagalah hati nya
jangan biar terluka..
kerana dari luarannnya pun saya sudah nampak kerapuhan..
yang bila terjatuh nanti mungkin lebih teruk dari kehancuran hati minah senget dulu tu *anda masih igt bukan?huhu*
usia kita memang masih muda..
tapi tak salah untuk kita mula matang dalam hal-hal sebegini:)
good luck!

Saturday 1 October 2011

masalahnegara

kekok.
tak tahu macam mana nak react.
tak guna betul aku ni.
buat bese2 je sudah~