Wednesday 19 February 2014

Cantik

Kadang-kadang terdetik
Buruk sangatkah aku
Teruk sangatkah sikapku?
Cukup cantikkah?
Cukup baikkah?

Hei,
Kalau masih ada yg tersenyum depan-depan mata kita
Yakinlah walaupun kau tak sempurna
Kau cantik pada pandangan mata mereka

Lepaskan
Cuba buka hati
Yakin diri
Memberi sepenuh hatimu
Menerima bila kau perlu

Jangan sekat rasa sakit
Dan jangan simpan rasa gembira
Orang suka lihat kamu ketawa

Lepaskan
Cari senyuman
Ukir
Sedikit pun sudah mencukupi untuk ubah kau jadi lebih cantik

^^

Saturday 15 February 2014

Toleransi

Toleransi
Menerima dan memberi
Menghargai dan memahami
Mencuba cari jalan terbaik menginterpretasi
Kalau gurauan pun memakan hati
Cuba percaya pada sahabat dan diri sendiri

Toleransi
Wujudkan sisi positif dalam diri
Luahkan kalau rasa sakit hati
Tapi janganlah disimpan mati
Merana kau nanti

Toleransi
Tembok batu kalau dibina tebal,tegak berdiri
Sehingga sukar didekati
Kebaikan pun disalah tafsir
Jangan marah kalau orang membenci

Toleransi
Tiap kesilapan kalau peluang diberi
Tidak disimpan dalam hati
Dan maaf diberi
Pasti hati tak akan sakit lagi
Dan tak terus terisi cuma dengan emosi

Mudah saja cara pengikat hati
Penyelamat sahabat sejati
Asalkan kau bersedia
Untuk bertoleransi

Datang
Bila kau mahu
Pergi
Bila kau tak perlu

Dah Tua

Dah tua
Perangai masih buruk
Cakap tak tentu hala
Gaya tak tentu arah

Malu

Dah tua
Mulut masih bisa
Matang entah ke mana
Adab perempuan selalu lupa

Malu
Nak kahwin kononnya
Tapi sikap tak serupa yang dikata
Buat malu je!!

Friday 14 February 2014

Manusia lain-lain

Manusia lain-lain.
Ada yang penakut, ada yang berani.
Ada yang kuat, ada yang lemah.
Kau mungkin tak sempurna.
Tapi kau harus percaya.
Kau pelengkap sebenarnya.

Manusia lain-lain.
Ada yang senyum tanda suka.
Ada yang senyum tanda kecewa.
Jadi,
Cuba analisa.
Tiap ekspresi dan apa maksudnya.

Manusia lain-lain.
Kalau sama, buat apa punya keluarga?
Buat apa rupa berbeza-beza?
Buat apa teman sejiwa?

Aku kenal kau, si penakut.
Kalau patah hati,
Senyum sahaja.
Kalau betullah wujud teman sejiwa.
Akan dipujuk engkau tanpa perlu engkau bersuara.
Andai tiada pun tak mengapa.
Allah kan ada?

Thursday 13 February 2014

Hampir-hampir

Mata hati.
Rabun.
Buta.
Kabur.

Suara hati.
Bisu.
Serak.
Tiada bunyi.

Telinga.
Pekak.
Penat.
Hilang pendengaran.

Retak.
Longgar.
Hampir hilang pertimbangan.
Hampir-hampir.
Hilang sabar.

Monday 10 February 2014

Hati

Hati.
Mudah terluka.
Bila tiba waktu lemahnya.
Sekecil-kecil benda, selembut-lembut kata.
Pun mampu mengeraskannya.
Calar-balar.
Sampai kononnya, tak sanggup terluka.

Hati.
Selama mana pun ambil masa.
Akhirnya ia pulih jua.
Dah cukup terlantar sakit.
Masa untuk kembali.
Menerima lebih kurangnya dunia.
Dan belajar untuk menghadapi apa adanya.

Pemaaf.
Bukankah itu sifat yang cantik?

*tergantung*

Sunday 9 February 2014

Cantik

Cantik pada perangai.
Cantik pada tutur kata.
Cantik kerana bertimbang-rasa.
Cantik kerana mudah ketawa.
Cantik pada akhlaknya.
Cantik pada cara layanannya.
Cantik kerana sifat toleransinya.
Cantik budi bahasa.
Cantik sifat pemaafnya.

Cantik.
Cantik serba-serbi.
Banyak aspeknya.
Bukan cuma pada pandangan mata.
Tapi juga hiasan dalamannya.

Anda cantik?
Saya tidak cukup lagi.

Bantal Gebu

Apa guna bantal empuk kalau letaknya di kaki.
Kita apa kisah?
Sedap apa?
Kalau boleh mahu ada bantal empuk di seluruh badan.
Supaya kita selesa.
Dan punya tidur yang lena.

Dihempap-hempapnya bantal empuk gebu.
Meneman malam sunyi membisu.
Peduli apa?

Hey,
Kalau bantal itu mampu berkata-kata.
Akan disumpah-seranahnya kamu.
Sakit tahu tak?
Yang ada tu, diisi dgn kapas berkualiti tinggi.
Siap dengan teknologi  memory foam  lagi.
Yang kau tau,cuma sedap tidur sahaja!

Beringat-ingatlah.
Dalam kita bersenang-lenang menyusahkan orang.
Ada mereka-mereka yang sakit hati.
Terguris, tersinggung perasaan.

Ambil peduli.
Bukan kau sahaja yang punya hati.
BANTAL PUN MUNGKIN ADA.

Saturday 8 February 2014

Lari

Lari.
Lari jauh-jauh.
Dah penat kejar bintang.
Dah penat kejar bulan.
Sampai sesak nafas.

Lari.
Lari jauh-jauh.
Dah penat sembunyi.
Dalam badan gadis ini.
Yang sebenarnya sarat dengan bisa duri.

Lari.
Jauh lagi. Jauh lagi.
Cari tempat terpencil.
Jauh dari mata benci, mata penuh hasad dengki.

Lari dan terus berlari.
Sampai aku puas hati.
Tiada lagi penat menahan sepi.
Yang memakan hati.

Lari.
Lari jauh-jauh.
Supaya aku tak rasa terhina lagi.