Friday 28 January 2011

buat Encik Empat Belas





It's in the tip of my tongue but I'm still afraid

Sometimes the only things words do is get in the way

Sometimes the easiest things are the hardest to say

But I don't want to lose you, drive you away

Don't want to confuse you, I need you to stay

Only wish you knew what I wanted to say






ok..pertama-tamanya saya nak mintak maap kat kawan2 saya yang rapat kerana sejak akhir2 ini saya telah menyesakkan telinga dan kepala otak anda dengan tingkah-laku saya yang semakin hari,semakin pelik.

tapi percayalah bahawa dengan entry ini anda akan menjadi semakin mereng dan confused dengan situasi saya sekarang ini.
.::TERIMA KASIH::.

p/s: entry ni saya dah simpan seminggu.

ok,saya start sekarang~~

.................................................................................................................

bila hati mula berbicara,
bila tinta dah tak tertulis apa-apa,
bila jiwa dah mula berkecamuk memikirkan banyak benda,
bila bibir mula berani menceritakan segala-galanya,
di saat itulah kamu perlu tahu,
bahawa ada sesuatu yg besar sedang bermain dalam benak fikiranku.



desah angin pagi dan desiran daun

bagaikan simfoni merdu irama jantung

kicau burung-burung buluh perindu

bagaikan suara penyanyi merdu mendayu


ya!aku kekeliruan~

dulu saya punya hati,tapi sekarang awak dah curi!

sampaikan..

saya boleh jadi terlalu berani.

terlalu takut.

terlalu terdesak.

malah, terlalu mengharap~

Awak.
Kenapa awak suka kacau hati saya?
Awak dengki dengan saya ke?
Sambil hempas barang, jeling awak.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9bBA9ptBzhcEt1NAvtqFmYz9HkAxGLkRtvGCr3po48N46hf1yTcW4JhF-aNSkiBdtk8PGzj5_OdFjjaJhNXUly4R7PWUn4EZRgxF_9Dv7xmX4KYgKJBp64WG4wA2UOlG270wxgQk0bq4W/s1600/danbo_love.png

Encik Empat Belas.
Saya ketawa.
Sebab apa?
Sebab saya silap.
Saya tidak boleh menyukai awak
tapi betul ke?
Saya betul2 tak tau.


Saya mungkin terburu-buru.
Saya mungkin tidak berfikir dengan jelas.

Saya terfikir.
Satu hari nanti,bila awak dah tak tahan dengan saya,awak akan hantar SMS macam ni "Awak, jangan jadi bodoh. Saya tidak suka awak, awak hodoh!"
Senyum.
Tak mustahil kan?


Saya terlalu mudah salah anggap mungkin.
Sampaikan kebaikan awak pada saya pon saya fikir terlalu istimewa.
Sampai saya nak salahkan awak pulak sekarang.
*Mengeluh*



Saya tak tahu.
Saya betul2 tak tahu apa yang awak sedang fikirkan.
Tapi mungkin sekarang ni, awak sedang menyesal yang teramat sebab layan saya terlalu baik.
Hinggakan saya jadi begini.




Encik Empat Belas.
Saya tahu saya salah.
Maafkanlah saya.
(Pura-pura menangis)



Saya senyum sendirian.
Saya tidak mahu kehilangan sebuah nilai persahabatan.
Itu memang saya.
Sentiasa ketawa dan senyum gembira.

Pernah dengar ini?

"Kalau wujud perasaan yang tidak menentu, bunuh sahaja ia. Pandang ke hadapan dan senyum seperti biasa. Doa dengan ikhlas dan redha dengan apa yang dihadapan mata."


tapi kan Encik Empat Belas.
Saya dah cuba.
Dah lama dah mencuba.
Tapi siapa tahu yang sebenarnya saya cukup kuat untuk teruskan?
Hinggakan awak sendiri pon dah tahu tentang 'itu'.
*sigh*
Mungkin tu silap besar, ATAU mungkin itu adalah tindakan yang betul.
Saya tak tahu! Saya betul2 tak pasti tentang tu hinggalah saat ni awak.
Saya asyik keliru je.




Awak.
*Diam*
Awak.
*Hening*
Awak.
*Senyap*

sampai bila-bila pun saya akan tetap bermain dengan perasaan sendiri


Saya benci awak.
Awak ganggu hati saya.
Kemunculan awak membuatkan saya tidak kenal siapa lagi diri saya.
Benci awak.
Betul.

Tuesday 25 January 2011

Batu-bata dan sekolah???

arini saya bawak batu-bata pegi sekolah!!


PERCAYALAHH!!!
wuuu..actually,kalau korang nak tau..
selasa adalah hari yg paling banyak kelas kot sem ni..
n bila sampai hari selasa j,mula la mood aku malas nak balik kolej..


9-10: population biology,DK Cempaka,KDK
10-11: kursus kemahiran maklumat,library
10-2: free!!
2-5: biology practical,lab
5-7: Introduction to Science and Tech, DK3


eh..bila pikir2 balik tak banyak sgt kelas pon sebenarnye..
tapi almaklumlah,budak pandai..
pemalas sangat nk menapak ke KK12..
so,lepak2 la di library yang best lagi warm j ni..~~mak aih~~




jadi!!!
saya nak senaraikan barang2 yg saya bawak hari ini yg menyebabkan saya sakit pinggang and tengkuk!!


1.Biology lab manual= 1 kilo
2. A4 Paper= 3 kilo
3.Fail= 500 gram
4. Pencil case= 6 kilo (berat sikit sebab segala barang2 aku letak dalam tu..menyenangkan keje~~)
5.Wallet= 100 gram (ringan j sebab takde duit)
6.Botol air yg K.Bib bagi= 10 kilo (topup 20 sen ok!!)
7.Buku conteng= 1 kilo
8.Telekung=2 kilo (xnak pakai telekung kat suraw..bau wangi sgt~~)
9. Lab coat = 5 kilo
(agak berat kerana menurut Uncle Kwan aka demo paling sempoi kat lab tu aka pakcik yang jual lab coat ni kat aku kata,lab coat ni material dia bagus,kain dia berat,ada logo um lagi,susah tau nak jumpa lab coat macam ni kat luar,murah plak tu...*mata keatas,tgn dibahu*)
10.Bag Pack (tanpa barang2 di atas)= 5 kilo kottt~~



JADI APABILA DITAMBAHKAN KESEMUANYA SEKALI..
maka bolehla dikatakan bahawa saya telahpon memikul bebanan seberat lebih kurang 33.6 kilo..


dan saya sangat bangga hari ini kerana telah menggunakan bag pack UM yang cantik lagi bergaya kerana jika saya menggunakan beg kuliah saya yang berwarna oren itu..sudah pasti saya akan pulang dalam keadaan yang senget sekali hari ini~~



p/s..pasniy kena pakai beg macam di bawah ni kottt~~


Wednesday 19 January 2011

.::Realised::.

hari ni agaknye dah kurang sgt kerja kot..
padahal ade j keje yg perlu disetelkan kat kolej...tapi taknak balik kolej la!!
M.A.L.A.S
SO..walaupon pada hakikatnya arini aku tak bnyak kelas pon..
just 3 jam j ok!!
oleh kerana beberapa perkara yg berlaku,membuatkan aku decice nak duduk j kat library yg sejuk lagi membeku nih~~at least aq boleh online secara legal..haha

hmmm..
sambil2 membuang masa, aq baca belog aku sendiri ni *yg tak berapa nak best*
baca post2 lama..n started to smile..


believe me!
i've started to realise something..
aku mula menyedari sesuatu~~
tentang betapa rapuhnya aku yg terlalu suka berfikiran negatif..
tentang betapa lemahnya aku yang terlalu suka meletakkan diri dalam kotak kosong..
betapa hinanya aku yang terlalu suka mengatakan aku ni tak guna!
tentang betapa rendahnya keyakinan aku terhadap diri sendiri~~


kerana sifat2 itulah aku menjadi aku..
yg nampak kuat, tapi lemah..
disangka besi, rupanya kaca..
namun masih lagi cuba untuk jadi yang paling positif dan gembira..


this is my post on 29/9/2010

~DReams~

It's very frustrating when i'm dreaming of s0mething to happen,but then realised that there's no way for it to happen to me...

It had never happened 2 me..

But it always happen to pe0ple ar0und me..

Or maybe..i have to start realising that i have no right to dream...


dreams?? ataupun mimpi..:)
aku sgt suka perkataan ni..even sekarang ni 2 lagu yg paling aku suka adalah
Just a Dream + Aku dan Mimpi

muhasabah diri jap~~
bukan dulu j..sampai sekarang pon aku ni mmg seorang yg suka membayangkan sesuatu yang baik,menarik,special terjadi pada aku:)
dengan kata lain aku suka mengimpikan sesuatu yg selalunya tak mungkin terjadi..
tapi silap aku ialah aku tak pernah mencuba untuk merealisasikan impian aku tu..
keyakinan yg sangat rendah di samping kepercayaan tentang betapa 'loser'nya aku ni yg menghalang aku..

tapi entah kenapa sejak akhir2 ni..
tak tahu semangat purba mana yang merasuk..
tak tahu kekuatan siapa yg mengiringi aku, aku mula BERANI...
berani mengatur langkah untuk mencapai impian yg dahulunya cume mimpi kosong j..

dan dah terbukti sekarang ni..
bahawa aku takde hak nk merendahkan diri sendiri..
takde hak nak menyorok dalam kepompong semata2 sebab tak rela kecewa..
dah terbukti bahawa selagi aku masih aku..
dan dengan usaha dan tawakal..
pasti impian aku tak pernah mengecewakan aku...

tapi FAZRINA..
cuma satu je yg anda kena ingat..
don't change~~
jadi FAZRINA yg mmg kamu~~

Monday 17 January 2011

merapu lagi~~



saya rasa gembira, risau, keliru dan yakin dalam masa yang sama..
APAKAH??


mungkin ini percaturan dari-MU yg mahu aku belajar menilai hati dan perasaan..
mungkin juga ujian untuk melihat kekuatan aku dalam dugaan demi dugaan..
mungkin juga sekadar mainan hati yg buat aku terbuai dalam bicara bersendirian..
tak mustahil juga bahawa ini adalah petanda bahawa aku telah sampai kepada sebuah PERTEMUAN..


RAPUHnya hati aku yg selalu sahaja mudah terusik,tp tak pernah pun sekuat ini..
TEGARnya jiwa aku yg kononnya ada prinsip,tp tak pernah pun seberani ini..
KUATnya hati aku yg terlalu suka merendahkan diri sendiri, tp tak pernah pun se'terdesak' ini..
TINGGInya angan2 aku yang dahulu sukar digapai,tp inilah kali pertama aku tekad mengorak langkah2 kecil yg akhirnya buat aku asyik mengelamun sendiri..


PERCAYALAH
inilah kali pertama aku mahukan sesuatu dan aku semakin hampir dengannya..
inilah kali pertama aku mencuba sesuatu yang mustahil, tapi hampir berjaya..
inilah kali pertama aku terlalu yakin hingga kadang-kadang rasa tak berdaya..


maafkan saya kalau saya terlalu mudah percaya..
maafkan saya kalau saya sebenarnya tak patut fikir sedemikian rupa..
maafkan saya kalau saya bukan dia..

maaf..
sebab inilah kali pertama saya berada dalam situasi ini..


Wednesday 5 January 2011

konpius lagi~~

saya nak stop tapi saya tak boleh!!!
saya tau yg saya tak patut pikir camni,tapi it's not my fault to be happy rite?
saya tau ada udang di sebalik batu, tapi udang jenis ape ye?

saya sangat2 la konpius dengan apa sebenrnya yg berlaku...
saya sangat2 lah konpius dengan apa yg sebenarnya yg patot saya buat...
konpius sama ada saya patot teruskan atau tak..
saya nak give up, but then i found out about something yg menghalang saya untuk buat macam tu..

kadang2 saya rasa saya sedang memperbodohkan diri..
tapi kadang2 saya nk gak memperbodohkan diri sebab saya rasa hidup saya tak lengkap kalau tak memperbodohkan diri..*what???*

kadang2 saya rasa saya patut menyerah kalah dan mula sedar diri...
tapi pasti akan sampai masa bila saya mula sedapkan hati n terus j buat keje2 bodoh tu...

KONPIUS2!!!!!!!!

kejap2 rasa kecewa, tertipu, depressed..nanti kejap lagi rasa happy,gembira,lega...
tah hape2 j...

saya kata saya xnak jadi power rangers pink lg..semua tu tipu!!!saya~~...
saya~~
saya~~
saya memang tak nak,tapi power rangers pink tu yg rasuk saya..masuk dalam badan saya...
apa sy nak buat..saya tak nak...tapi saya tak berdaya nk buang~~~
sobs3~~~

dah2!!!
saya nak tido sekarang!!!!
babai!!!

Monday 3 January 2011

penjelasan dari saya~~~

ok macam ni ceritanya...
sebenarnya hari ni patut jadi hari yg agak happy la bg aku kot...
tp it turns out tak brape nk jadi..

n the after effects are:

aq tetibe rasa depressed sebab rasa aku ni teruk sgt,
pastu mengada2 nk emo2,
pastu aq rasa aku dah buat sorg lagi kawan aku kecik ati n menyampah tahap super saiya dah kat aku,
pastu konon2 nk deactivate fB, pastu selang berapa minit aku rasa 'tak jadi lah',maka aku activate balik(sengal sangat!)..
pastu sekarang ni aq rasa aku kena betulkan balik otak aku yg dah mereng coz suka sangat pikir bukan2 dan suka sangat letak harapan(xperlu sangat!!)..
and aku sepatotnya jadi budakbaik yg xpikir pasal benda2 remeh temeh,sebaliknya patot pikir pasal blajar n apa jadik kalau aq xde org nk kawin ngan aku..ofcoz aku kena bina hidup sendiri supaya papepon jadik,aku tetap stabil..

BETUL TAK!!!

mestilah betul...sebab aku ni boleh hidup tenteram hanya bila tak de apa2 problem or apa2 benda remeh temeh yg aku pikir..malah aku hanya boleh jadi gembira bila aku jadi diri aku sendiri yg 'ceria gila tahap super saiya' bila ngan kawan2 yg rapat n 'diam seribu bahasa' bila dgn org yg tak berapa rapat n yg aku teringin nk rapat...

dan aku juga tak perlu terlalu berusaha sampaikan lupa prinsip hidup sendiri...sampaikan aku cuba jadi org lain...THAT WAS A HUGE MISTAKES..

FAZRINA,JUST DO IT WITH UR OWN WAY!!then u'll be fine:D

papepon,,,mintak maap pada yg terasa hati n yg dah meluat ngan saya..
saya mintak maap,saya mmg memBOSANkan...

so sekarang saya nk gtau yg anda tak perlu risaw lagi sebab saya akan jadi Fazrina yg biasa..
saya takkan jadi Fazrina yg *e*i*...even sy pon dah meluat!!dgn diri sendiri ni...huhu..

so,kembalilah ke dunia nyata ye faz...ko mmg kalut..takyah berangan la nak jadi flawless..belah!!hahaha...

a Post for her~~

saya akan sentiasa mencuba untuk memperbaiki diri...
harap maaf kalau saya tak seperti yang anda mahukan..
i'm just ordinary..

sometimes strong n sumtimes fragile..
sometimes optimistic but sometimes emotional..
sometimes can handle everything but there are times when i'll be too tired and'll break someones's heart...
sometimes a loyal friend but sometimes i'll be selfish..
there are times when i'll be rude, but trust me, a few minutes or seconds later i'll realise that i've made a huge mistake..i'm so wrong for breaking my friends heart...
and when this happen,i'll be lost..don't know what to do~~

i'm just wanted to tell u that i'm so soorrryyy~~~
i want to be the bestest best friend u ever had!!

and if i ever did wrong..please let me know..
i'll be so ready to hear whatever u want me to know...

~~with love,fazrina>

AZAM SAYA!!

dah lama tak update my blog ni...huhu

tapi arini saya nak update!!
n cuma nak gtaw korang semua bahawasanya saya sangat gembira dan kecewa pada waktu yg sama :(..

gembira sgt2 atas sebab yg tak dapat dikongsikan~~teeeettt~~*rahsia ke??*..hahaha
dan kecewa banget sebab result dah kluar n result saya macam hampeh..

saya sangat geram sebab subjek yg saya paling TAK suka la yg paling score...yg lain B dan seangkatan dengannye..grrrr~~~~

papepon sempena tahun baru ini...berikut adalah azam saya!!!


saya berjanji akan menjadi seorang yg gigih berusaha walau dalam apa segi sekalipon iaitu dari segi rohaniah,jasmani,ilmiah,dll!!(hati dan perasaan jangan lupe ea!!hhahaahaha!!)

saya berjanji akan fokus sepanjang sem ini dan tidak mengabaikan test2 kecik yg membawa markah yg besar!!!

malah saya akan mengurangkan online dan membanyakkan membaca novel!!*boleh ke ni..*

saya juga berjanji agar mejadi seorang anak yg baik dan rajin!!!

saya juga akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi ahli CG yg banyak menyumbang dan bukannya 'menyumbangkan' lagu..

saya juga berjanji akan menjadi seorang kawan yg baik dan tidak melukakan hati kawan2 di sekeliling..

saya juga berazam untuk mnjadi seorang yg penjimat di samping mengurangkan makan yg menyebabkan saya mnjadi semakin gemok saban hari~~~

itulah dia senarai azam2 sy...kalau agak2 rasa nak tambah nt saya update..hihi..dgn harapan, saya akan menjadi lebih kuat dan tegar menghadapi dugaan yg melanda saban hari...:D

SELAMAT BERJAYA FAZRINA!!