Wednesday 20 August 2014

Cemburu

Kadang2 kita ni terlalu kagum pada kelebihan orang lain dan apa yang mereka ada.Kita cemburu dan rasa hina sebab tak mampu jadi seperti mereka, sedangkan sebenarnya kita semua sama saja.

Lebih dia, mungkin kurang pada kita. Tapi dalam tak sedar, dia mungkin tak ada apa yg kita ada.

Jahat sangat kalau kata dunia ini tidak adil, sebab dunia ini Allah yang punya! Dan Dialah yang Maha Adil, Maha Memberi.

Kau cukup cantik, cukup deria, cukup sihat,cukup serba serbi, cukup sempurna. Mahu apa lagi?

Tuesday 19 August 2014

Masa Untuk Beredar

Jangan cari aku lagi
Muka aku dah cukup tebal engkau tepek dengan bedak hitam

Jangan cari aku lagi
Hati aku dah sakit engkau tikam-tikam

Jangan cari aku lagi
Aku sudah cukup kuat untuk berhenti biarkan hati dicengkam

Kau sempurna
Kau curi hati aku
Aku dah jatuh cinta
Tapi kini kau biar pula aku hanyut entah ke mana-mana

Aku cuba tanya
Aku cuba faham
Tapi kau diam

Jadi
Jangan cari aku lagi

Thursday 14 August 2014

Watak Sampingan

Kita semua membesar dgn kisah-kisah cinta yang legend-legend.
Kecil-kecil dulu fikir, bestnya nanti dah besar kitalah hero atau heroinnya.  *muntah*

Siapa sangka bila dah dewasa, rupanya watak-watak utama tu bukan kita.

Kita ini watak pokok,
Watak yang tak berapa dikenali (sebab tak berapa lawa),
Watak orang ramai,
Paling hebat pon,
Watak orang yang kena tinggal tak pun watak yang minat hero senyap-senyap sebab hero nak bersama dengan heroin.
Kira significant jugalah

Tapi ada ketika, kita dianggap antagonis
Sebab kita cuba jadi hero atau heroin
Teringin rasa bahagia jadi watak utama

Tapi rules tetap rules beb
Kau watak sampingan
Ending nanti, muka kau pun tak ada

Kahkah.

Ugly truth.

Jom gelak ramai-ramai.

Friday 8 August 2014

Untung siapa dapat engkau.

Teringat satu petang, aku sedang duduk berdua dengan emak di luar rumah waktu Cik Jun datang tersenyum-senyum dengan berbaju kurung.

Cik Jun ini jiran depan rumah aku. Katanya baru pulang dari beraya di rumah sahabatnya.
Bukan main cantik lagi Cik Jun dengan baju kurung berwarna kuning-oren bunga-bunga dipadankan dengan tudung instant bercorak harimau bintang.

Sedang sibuk dia berborak dengan emak, Pakcik Ipin, jiran sebelah rumahku baru sampai dari mana entah dengan motor. Turun sahaja dari motor, terus sahaja dia menegur.

"Amboi, cantiknya Cik Jun. Untung Rafi (baca: suami Cik Jun) dapat Cik Jun."

Maka Cik Jun pun tersipu2 sambil menceritakan asal-usul baju dan perbualan tersebut bersambung panjang lagi.Kalau cerita semua, sampai esok pun tak habis.

Ditambah dengan krisis dalaman yang sejak akhir-akhir ini menghantui aku, aku tertarik dengan ayat  Pakcik Ipin itu yang kalau dalam dunia kita anak muda remaja ini, bunyinya akan jadi lebih kurang begini.

"Amboi, cantiknya. Untung siapa dapat engkau!"

Berulang-ulang otak aku memainkan ayat yang sama.

"Amboi, cantiknya. Untung siapa dapat engkau!"

Hmm.Kalau difikirkan sekali lalu. Ia adalah satu pujian. Mungkin.
Habis tu kalau tidak cantik, kalau tidak lawa? Rugilah siapa yang 'dapat' kita? Musykil.

"Untung siapa dapat engkau!"

'Dapat'
Manusia ini setahu aku bukan benda.
Aku yakin aku bukan benda, kau bukan benda, kita semua bukan benda.

Keluarga, sahabat, kekasih.
Kalau kita anggap mereka semua ini sebahagian daripada kita, mesti kita tak kisah pada rupa-parasnya, kekurangannya, salah-silapnya. Malah, sibuk-sibuk kita betulkan, cantikkan, perbaiki mana celanya, tutup mana buruknya. Kita selami hati budinya. Terima apa adanya.

Tapi, kita anggap mereka ini benda.

"Untung siapa dapat engkau"


Bila kekasih dianggap benda, kita mahu yang sempurna. Supaya kita juga turut nampak cantik bila bersama mereka. Bila begini, kita letakkan 'expectation' yang tinggi. Hingga silap sedikit pun kita rasa terlalu besar.
Padahal mereka juga manusia biasa.

"Oh, takdelah perfect sangat dia ni."

"Kau dah cukup sempurna?"

*sengih*

Dunia ni terlalu rumit. Kita mahukan kesempurnaan sedangkan kita belum cukup sempurna. Kita rasa tidak adil bila orang mahu diri kita jadi sempurna, sedangkan kita sendiri pandang tinggi pada kesempurnaan. Hmm. Kita sendiri sebenarnya tidak adil. Bagaimana pula kau mahukan keadilan?

"Untung siapa dapat engkau"

Si Tak-Berapa-Cantik dan Sang Tak-Berapa-Kacak tenggelam dalam krisis personaliti. Terlalu berusaha untuk menjadi cantik dan kacak.  Tak habis-habis merendahkan diri sendiri kerana terlalu yakin diri itu tidak cantik. Tak adil rasanya. 

*****************************************************

"Aku tidak cantik, jadi siapa mahu aku?"

"Kau bukan benda dan dunia ini bukan shopping complex"

"Aku juga mahu kekasih aku rasa beruntung 'dapat' aku!"

"Jadi kau juga hanya mahu kekasih yang buat kau rasa beruntung sahaja? Kejamnya."

"Kenapa aku tidak cantik?"

"Kerana kau bukan benda"

"Kau hanya perlu cantik di dalam untuk menjadi yang terbaik"

*********************************************************

InsyaAllah. Aku cuba.