Thursday 19 September 2013

A year passed by

It's been a year since my last relationship and things sometimes get beautiful and sometimes it get harsh.

Apapun yang berlaku sepanjang setahun ini, yang paling ketara ialah aku sekarang ini menjadi semakin lama semakin ego dan semakin keras hati. Orang kata, ini mekanisme pertahanan biasa bila seseorang itu terluka terlalu teruk, dan takut terluka sekali lagi.Haha. Dramatik bunyinya. Mungkin ada betulnya juga :)

Aku bukanlah cantik mana nak demand. Bukanlah awesome mana nak punya ego yang tinggi. Tapi aku tahu semua orang pun berhak gembira. Berhak bahagia. Berhak hidup tenang dan bukannya stress memanjang kerana hubungan yang terbina adalah hubungan yang salah.

Jadi, hasilnya, aku jadi orang yang ego yang tak lagi seperti dahulu. Dulu, datang je sesiapa, most probably, aku cuma 'go with the flow' dan akhirnya punya hubungan yang kononnya boleh dibanggakan. Tapi semua orang pun perasan, macam mana rupa aku bila aku berada dalam hubungan yang mana aku tak rela sama sekali.

Ada sahabat yang kata, jangan memilih, nanti jadi andartu. Aku tak memilih. In fact, aku ni bukanlah popular mana pun.

Tapi pengalaman mengeraskan hati aku. Aku tak berapa yakin sama ada tindakan-tindakan aku selama ini matang ataupun tidak. Tapi aku akan cuba sedaya upaya menjaga diri sendiri. Kadang-kadang memang rasa sedih bila ke mana-mana pun seorang diri. Tapi bila muhasabah diri, memang aku ini jenisnya begitu. Suka meluangkan masa seorang diri, biarpun ada kawan rapat, malahan bila aku punya seseorang yang istimewa. Aku suka memilih untuk melakukan sendiri bila-bila aku mahu. Sudah tentu, kalau ada yang sudi, aku lebih dari gembira untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan.

Apapun, aku memberi peluang kepada diri sendiri untuk menikmati waktu bersendiri ini.  Kalau datang yang diimpi-impikan, sudah tentu aku tak malu untuk mengejar kebahagian. Kerana aku pernah melakukan suatu ketika dulu. Walaupun hasilnya tak berapa menjadi. Tapi dengan pengalaman yang ada. Akan aku cuba.

Hidup itu adil. Hadirnya seseorang itu pasti ada sebabnya. Kita sibuk mencari dan menunggu yang paling sempurna untuk menyempurnakan hidup kita. Tapi kita lupa, dalam kita bersendiri, diri yang serba kekurangan inilah yang menemani siang malam.

Kalaulah kita ditakdirkan hidup bersendiri pun, Allah itu Maha Pengasih, takkan Dia biarkan kita keseorangan kalau Dia tak yakin yang kita mampu hidup sebegitu. Maknanya kita ini kuat. Jadi, aku cuba menjadi lebih kuat hari demi hari. Kuat dalam mencintai diri sendiri.