Wednesday 23 October 2013

Pilihan Kedua

Menjadi pilihan kedua itu sakit,
Tapi lama-kelamaan aku jadi lali,
Aku dah pandai memujuk,
Memujuk diri sendiri tiap kali aku dihidangkan soalan dan pernyataan bahawa aku pilihan kedua,

Aku jadi lali,
Tebal muka kadang-kadang tak tahu nak letak mana,
Tapi aku layankan saja,
Senyum selebar mungkin,
Mengiyakan saja,
Aku pilihan kedua,
Tapi percayalah, kau beruntung aku di depan matamu sekarang.

Aku mungkin pilihan kedua,
Tapi aku dah penat berusaha,
Aku dah terlalu lelah cuba lari dari bayang-bayang,
Aku penat berusaha,
Kerana sungguh pun aku berusaha kuat,
Tiada apa-apa pun,
Aku tak pernah kehadapan katanya.

Penatnya.
Jadi pilihan kedua,
Aku tertanya-tanya,
Apa lagi yang perlu aku lakukan,
Aku tak mahu hipokrit,
Aku mahu terus begini,

Tapi,
Tak apalah kalau takdirnya begini,
Aku gembira,
Sampai waktunya aku akan berhenti mendaki,
Menikmati kehidupan biasa yang lebih bahagia,
Mungkin.

Monday 21 October 2013

Jaga hati

Aku belajar cara untuk menjaga hati dari kecewa.
Kalau terjatuh, pura-pura kau tidak apa-apa.
Kalau seakan akan berjaya, pura-pura harapannya langsung tak ada.
Kalau mendapat jawapan tapi tak pasti, pura-pura tak dengar dan teruskan kehidupan seperti biasa.
Jangan riuh sekampung.
Nanti bila tak menjadi, taklah malu kau nanti.

Lagi-lagi bila dah banyak kali terjadi,
Kau ingat bahagia akhirnya nanti,
Rupanya tersilap telahan, kau yang makan hati.

Jangan pernah cemburu dengan nasib orang lain yang mudah sahaja jalannya,
Kita juga akan dipermudahkan.
Cuma waktunya belum sampai lagi.

Sabar menanti itu indah.

Monday 14 October 2013

Extrovert vs Introvert

Allah cipta manusia itu unik. Sudahlah kejadian fizikal manusia ini cukup sempurna serba-serbi. Tiap-tiap bahagian badan kita ada fungsinya. Cukup sempurna.

Tapi tak cukup dengan itu, Allah cipta manusia ini masing-masing berbeza. Allah cipta semua orang ada ciri-ciri tersendiri yang membuatkan mereka istimewa.

Aku banyak belajar. Cuba memahami agar kita tak rasa tertekan bila terpaksa bergaul dgn orang yang berbeza dari kita. :)

Extroversion & Introversion. Which one are you ? :)



Saturday 12 October 2013

Jangan Buat Hal

Jangan buat hal
Pesan aku pada diri sendiri
Biar orang membenci
Biar orang sakit hati
Biar kesilapan aku diadili
Biar salahku dibalas benci
Jangan pernah sekali melayan rasa sakit hati

Jangan buat hal
Kalau orang selalu mungkir janji
Biarkan kau menunggu seorang diri
Buat kau rasa tak dihargai
Hingga penat melayan jawapan yang sama setiap kali
Jangan pernah kau putus asa dan turut mungkir janji

Jangan buat hal
Biarlah orang tak menyedari
Kehadiran kau yang sibuk cuba menonjolkan diri
Kewujudan kau yang tersenyum minta dibalas senyum kembali
Kau usaha dan usaha
Tapi kau tak cukup lagi untuk orang menyayangi
Jangan pernah benci
Mereka cuma belum nampak lagi

Pesan aku pada diri sendiri
Jangan buat hal
Tetapkan kekuatan dalam diri
Jangan bikin aku malu nanti.

Friday 11 October 2013

10 Oktober 2013 | Simpan Cerita Baru

Kita biarkan sahaja.
Aku belajar untuk lebih menunduk,
Belajar untuk teragak-agak.

Aku biarkan,
Kerana aku percaya,
Sekejap itu lebih berharga,
Jauh itu lebih istimewa.

Andai kata tidak berjaya,
Aku turutkan sahaja,
Kerana aku masih punya masa,

Kehadiran tiap-tiap manusia,
Punya agenda dan pengajarannya,
Sama ada baik atau buruknya,
Aku terima dengan hati yang terbuka.

Aku cuba memilih untuk berkongsi,
Agar aku tidak malu dikemudian hari.

Thursday 10 October 2013

Kaki Kipas

Kaki Kipas,
Dari dulu aku kenal kau,
Kau memang Kaki Kipas,
Kadang-kadang aku rimas,
Kerana aku bukannya Kaki Kipas,
Yang suka 'mengipas' orang-orang penting dalam hidup seperti yang kau suka lakukan.

Aku pernah jadi sahabat rapat Kaki Kipas,
Waktu itu, ke mana-mana kau pergi kau perlu aku,
Kau panggil aku untuk jadi teman kau,
Jadi, bila tiba agenda kau 'mengipas',
Aku cuma menurut,
Tapi aku memang rimas,
Aku tak layak berkongsi cerita-cerita hebat Kaki Kipas seperti kau,
Aku tak pandai berkata-kata,
Malah memang aku sedia adanya hina tak punya apa-apa.

Jadi masa berlalu,
Masalah timbul satu demi satu,
Dan aku tak sanggup terus di sisi engkau kerana aku rasa terlalu hina,
Kadang-kadang nampak seperti terlalu berusaha,
Nampak seperti aku bodoh,
Mengikut tiap kata sedangkan kau sendiri tak pernah percaya aku,

Aku putuskan untuk membawa diri,
Kita kini memang tak rapat seperti dahulu,
Kau, Mudah sahaja membina persahabatan baru,
Dengan skill 'mengipas' kau yang aku tahu memang bernas,
Beratur manusia mahu menjadi sahabat kau.
Aku tak kisah,
Cuma tolong jangan terlalu menghina aku,
Sehinggakan bila aku buka mulut menegur kau pun,
Kau balas dengan jelingan benci,
Memang betul aku ini hina,
Tapi aku juga layak mendapat kehormatan,

Kaki Kipas. Dulu sahabat baik aku kau kecewakan, kini aku pula? Hebat.

Wednesday 9 October 2013

Bayang dan Angin

Penat berlari terkinja-kinja.
Sibuk mengejar apa yang dicita.

Otak kata lepaskan.
Langsung tak berbaloi mengejar benda yang bayang kita pun dia tak nampak.
Sedangkan kita berdiri di depan mata.
Berusahalah kita mendepang tangan,
Ambil payung, beri teduhan,
Tapi dia buta,
Bayang-bayang ini tidak bermakna.

Angin sepoi-sepoi bahasa yang wangi baunya pula.
Umpama hadiah jatuh dari langit.
Berebut-rebut, kelam-kabut disimpan dalam bekas kaca.
Takut terlepas katanya.
Gembira sang angin, dihempasnya payung,jatuh ke Bumi.

Bayang-bayang pula,
Semakin hilang cahaya, semakin pudarlah ia.
Sepanjang hari menanti minta disedari.
Akhirnya bila kegelapan meliputi,
Ia pergi membawa diri.
Pasrah dengan kekurangan diri.

Lelah, aku lelah. Tapi aku tak perlu simpati.

Tuesday 8 October 2013

Sakit hati bila dipendam.

Bahaya bila orang sakit hati disimpan tak diluah, nak diluah, tak terluah. 
Tambah-tambah bila sakitnya ditambah-tambah,tak sedar, makin parah.

Pengajarannya, jagalah hati. Jangan biarkan orang memendam. Walau sehebat mana pun kita, masa depan kita tak tahu.

Hati manusia semuanya rapuh, mudah terluka, mudah sakit.
Kalau kita asyik menikam tanpa peduli darah yang mengalir, mana tak timbulnya rasa benci?

Pernah rasa dikecewakan? 
Pernah rasa dilukakan?
Pernah rasa dijatuhkan?
Pernah rasa tidak dihiraukan?
Pernah rasa seolah-olah kau tak cukup berusaha untuk mendapat perhatian?
Sakit bukan?
Sakit. 
Jadi jagalah tingkah lakumu. Jagalah tutur katamu. Jaga hati sahabatmu. 

Agar mereka sudi menganggap kau, sahabat mereka.

Peringatan untuk diri sendiri.


#peace #love #unity

Sunday 6 October 2013

Disebalik

Bila aku menyanyikan lagu-lagu biasa, jarang-jarang aku mampu hayati bait liriknya. Malah selalu sahaja persembahan aku hambar.Aku tak mampu, kerana aku tak rasa liriknya kena dengan diri aku. Aku tak rasa liriknya berkaitan dengan hidup aku.

Tapi bila aku menyanyikan lagu nasyid, tak boleh tidak. Aku takkan pernah lupa menghayati bait-bait lirik dan melodinya. Biarpun cuma dalam latihan. Biar pun tiada yang menonton. Kerana liriknya terlalu indah.

Itu sebabnya, aku masih di sini memperjuangkan sesuatu yang mungkin pada orang lain sekadar 'menyanyi'. Pada mereka nasyid itu membosankan. Nasyid itu mudah. Lagu-lagu tipikal. Tiada pembaharuan.

Tapi bagi aku, nasyid itu sebahagian dari diri aku. Selain sahabat-sabahat yang aku cipta sepanjang penglibatanku ini.

Nasyid terlalu dekat dengan aku. Sehinggakan walau teruk manapun aku terluka, kecewa, aku tak pernah peduli. Lantaklah apa orang nak kata. Sampai masanya mungkin aku akan berhenti. Tapi buat masa ini, aku rasa itu mustahil.



  'Hati seorang insan menjadi kelam
Tanpa teguhnya kubu iman
Tiada cahaya terangi
Tiap langkahnya kosong tak bererti' 
- Taqwa (Nurul Fadzilah Noordin)

'Dalam diri ini resah kegelapan juga kealpaan
Mencari jalan yang benar di tanah tandus kering jua kegersangan
Lemah tak bermaya digalangi dosa ciptaan manusia
Bermahkotakan nafsu tiada haluan dituju
Bagai air lalu'
- Anugerah Keampunan (Andy Mirza)

'Masihkah ada sinar Illahi suluhi nurani
Masihkah ada bisikan iman mekar di hidupmu
Dakaplah keredhaan dari Maha Pengasih
Dan puncak-Nya Yang Teragung kan kau gapai'
- Tasbih (Nurul Fadzilah Noordin)

'Usahlah engkau gentar pada kesengsaraan
Kerana Allah Maha Pengasih
Setiap dugaan yang menghujani hidupmu
Pasti akan mengalirkan kemanisan hikmahnya
Andainya kalbu disiram kejernihan iman'
- Sabar (Nurul Fadzilah Noordin)

Indah, Indah, dan Indah. Aku takkan pernah berhenti 

Respect

We might have different opinion on things.
I might hate the things you love.
& You might hate the things I hate.
But as we started to respect our way of thinking, we'll complement each other. :)


Respect and Love ^^

Saturday 5 October 2013

Merah mata.

Ada waktu kita rasa terhina, lemah, tertekan, benci,sakit hati, tak adil.
Kita berhak rasa semua itu kerana kita juga manusia biasa.
Berhak diberi perhatian, berhak gembira, berhak dihargai.

Kadang-kadang, bila kita berada di tahap paling lemah, lagu yang paling gembira pun mampu buat kita menangis.
Sebab kita tak mampu merasai kegembiraan itu.

Aku bersyukur aku punya hati yang lembut.Walaupun kadang-kadang aku dipijak seolah aku ini hina tak bererti.Seolah aku ini tak mampu memberi apa-apa.

Tapi aku ada satu kelebihan. Aku mudah lupa apa yang orang lakukan pada aku. Aku mudah menerima. Aku mudah menyalahkan diri sendiri. Aku terlalu mudah berfikir positif. Aku mudah memaafkan. Sangat mudah, sehingga kadang-kadang orang terlupa, yang aku juga juga manusia biasa,punya hati yang lemah.
Aku nampak kuat, nampak keanak-anakan, selalu gembira tak bertempat, tapi itu cara untuk aku menyembunyikan. Aku cuba menghargai kegembiraan, selagi aku masih mampu merasainya.

Kuatlah. Tabahlah. Terimalah. Yakinlah dengan diri sendiri. Aku yakin kau mampu.



Malam paling gembira saya.

I am glad I chose to be a part of them. I am happy I chose to get to know them better.

I am super duper happy and calm. Never had a wonderful night like this after a long time.

Kalau begini, aku tak rasa kemenangan dan macam2 impian kejayaan itu matlamat utama aku. Aku cuma mahu hubungan ini terus akrab dan berterusan sampai bila-bila. Aku berharap akan terus hebat ukhuwahnya kerana aku yakin, dengan ukhuwah akan lahirnya kejayaan. Tapi dengan kejayaan semata, ukhuwah belum tentu menyinggah dalam hati-hati semua.

Bila kita sayang satu sama lain, kita akan pastikan semua orang gembira. Kita akan pastikan kita akan terus berusaha untuk melengkapi semua. Kita akan pastikan kejayaan milik kita.

Kerana bila kita sayang satu sama lain, kita tak akan sanggup melihat sahabat kita kecewa disebabkan kekurangan kita.

Bukan. Aku tak bermaksud yang persahabatan itu perlu sempurna serba serbi.

Aku cuma terfikir, bila kita sayang satu sama lain, kita akan sentiasa cuba menjadi yang terbaik. Disamping menerima kekurangan apa adanya.

Sahabat umpama susun suai gambar. Kita mungkin punya kekurangan. Tapi kelebihan sahabat kitalah yang akan menutupi kekurangan itu.Sebagaimana kita menutupi kekurangan mereka.

I am so glad we had this time together. :)

#love #cg

Friday 4 October 2013

Penat tapi terus senyum. :)

Aku yang dulu hidup dengan dorongan, bantuan, motivasi dan teladan manusia-manusia di sekeliling aku kini mencuba dan berusaha menjadi manusia yang mampu memberi inspirasi.

Aku yang dah biasa meminta-minta, ber'manja-manja', meminjam telinga, memohon kata-kata semangat dari yang lebih matang pemikirannya, kini memegang tanggungjawab besar.

Aku perlu pulangkan semula. Pada mereka yang perlukannya.

Aku bukan perfectionist.
Aku seorang yang sangat bertoleransi.
Aku tak suka kejayaan yang mendadak yang seakan dipaksa.
Aku tak kisah kalau aku jatuh, tersungkur, dimalukan, diejek bagaimanapun.
Kerana aku yakin, siapa mereka mahu mengatakan aku apa-apa,atau memburuk-burukkan aku.
Dan aku juga yakin, ramai diluar sana yang faham bila manusia sedang mencuba untuk melakukan yg terbaik.

Aku juga begitu.
Aku tak pentingkan hasil yang sempurna.
Kerana apa yang aku lihat bukan hasilnya, tapi usahanya.
Tapi yakinlah dengan usaha yang berlipat ganda, hasilnya pasti mampu membuka mata.

Sedar tak sedar sudah 5 tahun aku di sini. 5 tahun bersama mereka. Setiap tahun pasti yang yg datang, ada yang pergi. Aku kini generasi yang perlu memberi, bukan menerima lagi.

Tanggungjawab terasa berat. Tapi hati aku gembira, kerana aku yakin, dengan adanya mereka, semester terakhir ini pasti bermakna.

#love #cg