Monday 18 November 2013

Kisah Si Tukang Kayu Miskin

Ini kisah si tukang kayu,
Tukang kayu ini tukang kayu miskin,
Tak punya peralatan canggih,
Tak punya idea yang bernas melampau,
Tak punya rupa paras yang cantik
Tak punya segalanya.

Tapi tukang kayu ini cinta pada kerjanya
Kerjanya mengukir kayu,
Ukirannya mungkin tak berapa cantik,
Tapi cukup kemas dan bernilai pada pandangan matanya sendiri,
Kerana dia cuma menggunakan kayu biasa,
Yang murah, yang biasa2 sahaja,
Walau kadang-kadang hasil ukirannya terbiar lama,
Dia cuma tersenyum yakin, bahawa, lama-lama pasti ada yang akan suka.

Ada orang mungkin fikir dia bukan siapa2.
Yelah, cuma tukang kayu yang tak punya nama,
Dia biasa2 sahaja,
Tak punya kelayakan,
Tak punya kelebihan,
Tak punya kekuatan,
Tak punya ciri yang membuatkan dia perlu dilayan sama seperti si tukang kayu kaya.

Tukang kayu kaya?
Oh,
Dia cuma mengukir kayu mahal,
Kayu-kayu murah tak berkualiti, untuk apa diukir?
Hasilnya nanti buruk juga,
Tak mahal mana,
Siapa yang mahu beli?

Tapi tukang kayu miskin tidak kisah,
Dia suka mengukir kayu biasa2 sahaja,
Kerana baginya yang penting bukan materialnya,
Tapi hasil ukirannya,
Dia percaya,
Dengan keyakinan dan kasih sayang yang dicurahkan,
Kayu-kayu hasil ukirannya pasti akan menghiasi dinding-dinding istana :)

Saturday 16 November 2013

22

Alhamdulillah, I finally turn 22!!
Terima kasih atas segala ucapan dan pesanan.
As for myself, I wish for a greatest happiness in my future, a new years with less worrying. I wish to be a better muslimah, a better child, a better friend, a better student, and a better anything in anything I do.I wish I'll become a real woman 1 day.haha. kbai.

Buat sahabat2, adik2 CG. Thankz for the simple but awesome celebration just now. Honestly I really don't know how to react to that kind of situation. Nak bagi ucapan pon cam, xreti!! arghh!!!

Tapi ya, apa yang aku suka sgt pasal CG ialah, ini tempat aku boleh menjadi diri sendiri. Tak malu ketawa, tak malu menangis, tak malu berkongsi, tak malu meluah, tak malu sendawa.haha.
Mungkin banyak benda yang aku tak share, yang aku tak ckp. Aku mmg lemah bila bab2 bercakap ni. Otak blank. Takde idea. Banyak benda nak luah tp tak tahu macam mana nak sebut dengan kata-kata.

Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan emosi, perasaan, sayang, persahabatan, dll. Aku lebih suka mengelak dari perkara-perkara itu. Sebab gadis yang kononnya brutal ini, mudah sgt tersentuh sebenarnya. ah tak suke . -..-

Haha, sekurang2nye tadi terkeluar air mata sekali je. Sebenarnya nk keluar bnyak kali dah, tp berjaya kawal diri.haha.

Syida, thankz sangat sebab jadi kawan aku and terus di samping aku walaupun banyak sangat silap aku pada kau. Thankz sebab buat aku rasa sgt disayangi and aku akan cuba sehabis baik, supaya satu hari nanti kita akan berjumpa di Syurga nanti,insya Allah. Ko memang eh suka buat aku nangis. Bencilah kau!

Apapun, aku harap ini bukan kali terakhir aku menyambut hari lahir aku bersama CG. Rezeki kita siapa yang tahu. Kalau rezeki aku disini, aku akan terus bersama CG , menaikkan nama CG semampu mungkin. Kalau tidak pun, aku takkan pernah melupakan CG yang menjadi salah satu memori terindah sepanjang aku hidup.

"Friendship is a special gift. Generously given,happily accepted, and deeply appreciated". :)

#love #friendship #22nd #birthday


Wednesday 23 October 2013

Pilihan Kedua

Menjadi pilihan kedua itu sakit,
Tapi lama-kelamaan aku jadi lali,
Aku dah pandai memujuk,
Memujuk diri sendiri tiap kali aku dihidangkan soalan dan pernyataan bahawa aku pilihan kedua,

Aku jadi lali,
Tebal muka kadang-kadang tak tahu nak letak mana,
Tapi aku layankan saja,
Senyum selebar mungkin,
Mengiyakan saja,
Aku pilihan kedua,
Tapi percayalah, kau beruntung aku di depan matamu sekarang.

Aku mungkin pilihan kedua,
Tapi aku dah penat berusaha,
Aku dah terlalu lelah cuba lari dari bayang-bayang,
Aku penat berusaha,
Kerana sungguh pun aku berusaha kuat,
Tiada apa-apa pun,
Aku tak pernah kehadapan katanya.

Penatnya.
Jadi pilihan kedua,
Aku tertanya-tanya,
Apa lagi yang perlu aku lakukan,
Aku tak mahu hipokrit,
Aku mahu terus begini,

Tapi,
Tak apalah kalau takdirnya begini,
Aku gembira,
Sampai waktunya aku akan berhenti mendaki,
Menikmati kehidupan biasa yang lebih bahagia,
Mungkin.

Monday 21 October 2013

Jaga hati

Aku belajar cara untuk menjaga hati dari kecewa.
Kalau terjatuh, pura-pura kau tidak apa-apa.
Kalau seakan akan berjaya, pura-pura harapannya langsung tak ada.
Kalau mendapat jawapan tapi tak pasti, pura-pura tak dengar dan teruskan kehidupan seperti biasa.
Jangan riuh sekampung.
Nanti bila tak menjadi, taklah malu kau nanti.

Lagi-lagi bila dah banyak kali terjadi,
Kau ingat bahagia akhirnya nanti,
Rupanya tersilap telahan, kau yang makan hati.

Jangan pernah cemburu dengan nasib orang lain yang mudah sahaja jalannya,
Kita juga akan dipermudahkan.
Cuma waktunya belum sampai lagi.

Sabar menanti itu indah.

Monday 14 October 2013

Extrovert vs Introvert

Allah cipta manusia itu unik. Sudahlah kejadian fizikal manusia ini cukup sempurna serba-serbi. Tiap-tiap bahagian badan kita ada fungsinya. Cukup sempurna.

Tapi tak cukup dengan itu, Allah cipta manusia ini masing-masing berbeza. Allah cipta semua orang ada ciri-ciri tersendiri yang membuatkan mereka istimewa.

Aku banyak belajar. Cuba memahami agar kita tak rasa tertekan bila terpaksa bergaul dgn orang yang berbeza dari kita. :)

Extroversion & Introversion. Which one are you ? :)



Saturday 12 October 2013

Jangan Buat Hal

Jangan buat hal
Pesan aku pada diri sendiri
Biar orang membenci
Biar orang sakit hati
Biar kesilapan aku diadili
Biar salahku dibalas benci
Jangan pernah sekali melayan rasa sakit hati

Jangan buat hal
Kalau orang selalu mungkir janji
Biarkan kau menunggu seorang diri
Buat kau rasa tak dihargai
Hingga penat melayan jawapan yang sama setiap kali
Jangan pernah kau putus asa dan turut mungkir janji

Jangan buat hal
Biarlah orang tak menyedari
Kehadiran kau yang sibuk cuba menonjolkan diri
Kewujudan kau yang tersenyum minta dibalas senyum kembali
Kau usaha dan usaha
Tapi kau tak cukup lagi untuk orang menyayangi
Jangan pernah benci
Mereka cuma belum nampak lagi

Pesan aku pada diri sendiri
Jangan buat hal
Tetapkan kekuatan dalam diri
Jangan bikin aku malu nanti.

Friday 11 October 2013

10 Oktober 2013 | Simpan Cerita Baru

Kita biarkan sahaja.
Aku belajar untuk lebih menunduk,
Belajar untuk teragak-agak.

Aku biarkan,
Kerana aku percaya,
Sekejap itu lebih berharga,
Jauh itu lebih istimewa.

Andai kata tidak berjaya,
Aku turutkan sahaja,
Kerana aku masih punya masa,

Kehadiran tiap-tiap manusia,
Punya agenda dan pengajarannya,
Sama ada baik atau buruknya,
Aku terima dengan hati yang terbuka.

Aku cuba memilih untuk berkongsi,
Agar aku tidak malu dikemudian hari.

Thursday 10 October 2013

Kaki Kipas

Kaki Kipas,
Dari dulu aku kenal kau,
Kau memang Kaki Kipas,
Kadang-kadang aku rimas,
Kerana aku bukannya Kaki Kipas,
Yang suka 'mengipas' orang-orang penting dalam hidup seperti yang kau suka lakukan.

Aku pernah jadi sahabat rapat Kaki Kipas,
Waktu itu, ke mana-mana kau pergi kau perlu aku,
Kau panggil aku untuk jadi teman kau,
Jadi, bila tiba agenda kau 'mengipas',
Aku cuma menurut,
Tapi aku memang rimas,
Aku tak layak berkongsi cerita-cerita hebat Kaki Kipas seperti kau,
Aku tak pandai berkata-kata,
Malah memang aku sedia adanya hina tak punya apa-apa.

Jadi masa berlalu,
Masalah timbul satu demi satu,
Dan aku tak sanggup terus di sisi engkau kerana aku rasa terlalu hina,
Kadang-kadang nampak seperti terlalu berusaha,
Nampak seperti aku bodoh,
Mengikut tiap kata sedangkan kau sendiri tak pernah percaya aku,

Aku putuskan untuk membawa diri,
Kita kini memang tak rapat seperti dahulu,
Kau, Mudah sahaja membina persahabatan baru,
Dengan skill 'mengipas' kau yang aku tahu memang bernas,
Beratur manusia mahu menjadi sahabat kau.
Aku tak kisah,
Cuma tolong jangan terlalu menghina aku,
Sehinggakan bila aku buka mulut menegur kau pun,
Kau balas dengan jelingan benci,
Memang betul aku ini hina,
Tapi aku juga layak mendapat kehormatan,

Kaki Kipas. Dulu sahabat baik aku kau kecewakan, kini aku pula? Hebat.

Wednesday 9 October 2013

Bayang dan Angin

Penat berlari terkinja-kinja.
Sibuk mengejar apa yang dicita.

Otak kata lepaskan.
Langsung tak berbaloi mengejar benda yang bayang kita pun dia tak nampak.
Sedangkan kita berdiri di depan mata.
Berusahalah kita mendepang tangan,
Ambil payung, beri teduhan,
Tapi dia buta,
Bayang-bayang ini tidak bermakna.

Angin sepoi-sepoi bahasa yang wangi baunya pula.
Umpama hadiah jatuh dari langit.
Berebut-rebut, kelam-kabut disimpan dalam bekas kaca.
Takut terlepas katanya.
Gembira sang angin, dihempasnya payung,jatuh ke Bumi.

Bayang-bayang pula,
Semakin hilang cahaya, semakin pudarlah ia.
Sepanjang hari menanti minta disedari.
Akhirnya bila kegelapan meliputi,
Ia pergi membawa diri.
Pasrah dengan kekurangan diri.

Lelah, aku lelah. Tapi aku tak perlu simpati.

Tuesday 8 October 2013

Sakit hati bila dipendam.

Bahaya bila orang sakit hati disimpan tak diluah, nak diluah, tak terluah. 
Tambah-tambah bila sakitnya ditambah-tambah,tak sedar, makin parah.

Pengajarannya, jagalah hati. Jangan biarkan orang memendam. Walau sehebat mana pun kita, masa depan kita tak tahu.

Hati manusia semuanya rapuh, mudah terluka, mudah sakit.
Kalau kita asyik menikam tanpa peduli darah yang mengalir, mana tak timbulnya rasa benci?

Pernah rasa dikecewakan? 
Pernah rasa dilukakan?
Pernah rasa dijatuhkan?
Pernah rasa tidak dihiraukan?
Pernah rasa seolah-olah kau tak cukup berusaha untuk mendapat perhatian?
Sakit bukan?
Sakit. 
Jadi jagalah tingkah lakumu. Jagalah tutur katamu. Jaga hati sahabatmu. 

Agar mereka sudi menganggap kau, sahabat mereka.

Peringatan untuk diri sendiri.


#peace #love #unity

Sunday 6 October 2013

Disebalik

Bila aku menyanyikan lagu-lagu biasa, jarang-jarang aku mampu hayati bait liriknya. Malah selalu sahaja persembahan aku hambar.Aku tak mampu, kerana aku tak rasa liriknya kena dengan diri aku. Aku tak rasa liriknya berkaitan dengan hidup aku.

Tapi bila aku menyanyikan lagu nasyid, tak boleh tidak. Aku takkan pernah lupa menghayati bait-bait lirik dan melodinya. Biarpun cuma dalam latihan. Biar pun tiada yang menonton. Kerana liriknya terlalu indah.

Itu sebabnya, aku masih di sini memperjuangkan sesuatu yang mungkin pada orang lain sekadar 'menyanyi'. Pada mereka nasyid itu membosankan. Nasyid itu mudah. Lagu-lagu tipikal. Tiada pembaharuan.

Tapi bagi aku, nasyid itu sebahagian dari diri aku. Selain sahabat-sabahat yang aku cipta sepanjang penglibatanku ini.

Nasyid terlalu dekat dengan aku. Sehinggakan walau teruk manapun aku terluka, kecewa, aku tak pernah peduli. Lantaklah apa orang nak kata. Sampai masanya mungkin aku akan berhenti. Tapi buat masa ini, aku rasa itu mustahil.



  'Hati seorang insan menjadi kelam
Tanpa teguhnya kubu iman
Tiada cahaya terangi
Tiap langkahnya kosong tak bererti' 
- Taqwa (Nurul Fadzilah Noordin)

'Dalam diri ini resah kegelapan juga kealpaan
Mencari jalan yang benar di tanah tandus kering jua kegersangan
Lemah tak bermaya digalangi dosa ciptaan manusia
Bermahkotakan nafsu tiada haluan dituju
Bagai air lalu'
- Anugerah Keampunan (Andy Mirza)

'Masihkah ada sinar Illahi suluhi nurani
Masihkah ada bisikan iman mekar di hidupmu
Dakaplah keredhaan dari Maha Pengasih
Dan puncak-Nya Yang Teragung kan kau gapai'
- Tasbih (Nurul Fadzilah Noordin)

'Usahlah engkau gentar pada kesengsaraan
Kerana Allah Maha Pengasih
Setiap dugaan yang menghujani hidupmu
Pasti akan mengalirkan kemanisan hikmahnya
Andainya kalbu disiram kejernihan iman'
- Sabar (Nurul Fadzilah Noordin)

Indah, Indah, dan Indah. Aku takkan pernah berhenti 

Respect

We might have different opinion on things.
I might hate the things you love.
& You might hate the things I hate.
But as we started to respect our way of thinking, we'll complement each other. :)


Respect and Love ^^

Saturday 5 October 2013

Merah mata.

Ada waktu kita rasa terhina, lemah, tertekan, benci,sakit hati, tak adil.
Kita berhak rasa semua itu kerana kita juga manusia biasa.
Berhak diberi perhatian, berhak gembira, berhak dihargai.

Kadang-kadang, bila kita berada di tahap paling lemah, lagu yang paling gembira pun mampu buat kita menangis.
Sebab kita tak mampu merasai kegembiraan itu.

Aku bersyukur aku punya hati yang lembut.Walaupun kadang-kadang aku dipijak seolah aku ini hina tak bererti.Seolah aku ini tak mampu memberi apa-apa.

Tapi aku ada satu kelebihan. Aku mudah lupa apa yang orang lakukan pada aku. Aku mudah menerima. Aku mudah menyalahkan diri sendiri. Aku terlalu mudah berfikir positif. Aku mudah memaafkan. Sangat mudah, sehingga kadang-kadang orang terlupa, yang aku juga juga manusia biasa,punya hati yang lemah.
Aku nampak kuat, nampak keanak-anakan, selalu gembira tak bertempat, tapi itu cara untuk aku menyembunyikan. Aku cuba menghargai kegembiraan, selagi aku masih mampu merasainya.

Kuatlah. Tabahlah. Terimalah. Yakinlah dengan diri sendiri. Aku yakin kau mampu.



Malam paling gembira saya.

I am glad I chose to be a part of them. I am happy I chose to get to know them better.

I am super duper happy and calm. Never had a wonderful night like this after a long time.

Kalau begini, aku tak rasa kemenangan dan macam2 impian kejayaan itu matlamat utama aku. Aku cuma mahu hubungan ini terus akrab dan berterusan sampai bila-bila. Aku berharap akan terus hebat ukhuwahnya kerana aku yakin, dengan ukhuwah akan lahirnya kejayaan. Tapi dengan kejayaan semata, ukhuwah belum tentu menyinggah dalam hati-hati semua.

Bila kita sayang satu sama lain, kita akan pastikan semua orang gembira. Kita akan pastikan kita akan terus berusaha untuk melengkapi semua. Kita akan pastikan kejayaan milik kita.

Kerana bila kita sayang satu sama lain, kita tak akan sanggup melihat sahabat kita kecewa disebabkan kekurangan kita.

Bukan. Aku tak bermaksud yang persahabatan itu perlu sempurna serba serbi.

Aku cuma terfikir, bila kita sayang satu sama lain, kita akan sentiasa cuba menjadi yang terbaik. Disamping menerima kekurangan apa adanya.

Sahabat umpama susun suai gambar. Kita mungkin punya kekurangan. Tapi kelebihan sahabat kitalah yang akan menutupi kekurangan itu.Sebagaimana kita menutupi kekurangan mereka.

I am so glad we had this time together. :)

#love #cg

Friday 4 October 2013

Penat tapi terus senyum. :)

Aku yang dulu hidup dengan dorongan, bantuan, motivasi dan teladan manusia-manusia di sekeliling aku kini mencuba dan berusaha menjadi manusia yang mampu memberi inspirasi.

Aku yang dah biasa meminta-minta, ber'manja-manja', meminjam telinga, memohon kata-kata semangat dari yang lebih matang pemikirannya, kini memegang tanggungjawab besar.

Aku perlu pulangkan semula. Pada mereka yang perlukannya.

Aku bukan perfectionist.
Aku seorang yang sangat bertoleransi.
Aku tak suka kejayaan yang mendadak yang seakan dipaksa.
Aku tak kisah kalau aku jatuh, tersungkur, dimalukan, diejek bagaimanapun.
Kerana aku yakin, siapa mereka mahu mengatakan aku apa-apa,atau memburuk-burukkan aku.
Dan aku juga yakin, ramai diluar sana yang faham bila manusia sedang mencuba untuk melakukan yg terbaik.

Aku juga begitu.
Aku tak pentingkan hasil yang sempurna.
Kerana apa yang aku lihat bukan hasilnya, tapi usahanya.
Tapi yakinlah dengan usaha yang berlipat ganda, hasilnya pasti mampu membuka mata.

Sedar tak sedar sudah 5 tahun aku di sini. 5 tahun bersama mereka. Setiap tahun pasti yang yg datang, ada yang pergi. Aku kini generasi yang perlu memberi, bukan menerima lagi.

Tanggungjawab terasa berat. Tapi hati aku gembira, kerana aku yakin, dengan adanya mereka, semester terakhir ini pasti bermakna.

#love #cg

Thursday 19 September 2013

A year passed by

It's been a year since my last relationship and things sometimes get beautiful and sometimes it get harsh.

Apapun yang berlaku sepanjang setahun ini, yang paling ketara ialah aku sekarang ini menjadi semakin lama semakin ego dan semakin keras hati. Orang kata, ini mekanisme pertahanan biasa bila seseorang itu terluka terlalu teruk, dan takut terluka sekali lagi.Haha. Dramatik bunyinya. Mungkin ada betulnya juga :)

Aku bukanlah cantik mana nak demand. Bukanlah awesome mana nak punya ego yang tinggi. Tapi aku tahu semua orang pun berhak gembira. Berhak bahagia. Berhak hidup tenang dan bukannya stress memanjang kerana hubungan yang terbina adalah hubungan yang salah.

Jadi, hasilnya, aku jadi orang yang ego yang tak lagi seperti dahulu. Dulu, datang je sesiapa, most probably, aku cuma 'go with the flow' dan akhirnya punya hubungan yang kononnya boleh dibanggakan. Tapi semua orang pun perasan, macam mana rupa aku bila aku berada dalam hubungan yang mana aku tak rela sama sekali.

Ada sahabat yang kata, jangan memilih, nanti jadi andartu. Aku tak memilih. In fact, aku ni bukanlah popular mana pun.

Tapi pengalaman mengeraskan hati aku. Aku tak berapa yakin sama ada tindakan-tindakan aku selama ini matang ataupun tidak. Tapi aku akan cuba sedaya upaya menjaga diri sendiri. Kadang-kadang memang rasa sedih bila ke mana-mana pun seorang diri. Tapi bila muhasabah diri, memang aku ini jenisnya begitu. Suka meluangkan masa seorang diri, biarpun ada kawan rapat, malahan bila aku punya seseorang yang istimewa. Aku suka memilih untuk melakukan sendiri bila-bila aku mahu. Sudah tentu, kalau ada yang sudi, aku lebih dari gembira untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan.

Apapun, aku memberi peluang kepada diri sendiri untuk menikmati waktu bersendiri ini.  Kalau datang yang diimpi-impikan, sudah tentu aku tak malu untuk mengejar kebahagian. Kerana aku pernah melakukan suatu ketika dulu. Walaupun hasilnya tak berapa menjadi. Tapi dengan pengalaman yang ada. Akan aku cuba.

Hidup itu adil. Hadirnya seseorang itu pasti ada sebabnya. Kita sibuk mencari dan menunggu yang paling sempurna untuk menyempurnakan hidup kita. Tapi kita lupa, dalam kita bersendiri, diri yang serba kekurangan inilah yang menemani siang malam.

Kalaulah kita ditakdirkan hidup bersendiri pun, Allah itu Maha Pengasih, takkan Dia biarkan kita keseorangan kalau Dia tak yakin yang kita mampu hidup sebegitu. Maknanya kita ini kuat. Jadi, aku cuba menjadi lebih kuat hari demi hari. Kuat dalam mencintai diri sendiri.

Saturday 13 July 2013

aq sedang membenci cinta

kerana cinta manusia berubah.bila ada cinta,cinta itulah yg kononnya paling boleh diharap,yg perlu dibelai dgn kata2 lembut,yg perlu dicintai,sntiasa perlu ada disisi,tempat mengadu dikala sedih,kecewa,sedang kdg2 kita lupa,cinta pertama kita adalah keluarga.kerana cinta,kta ketepikan keluarga,kita marah adik2 kita,kita lupa batas pergaulan,kita rasa bahagia dgn cinta,tp berubah di hadapan keluarga..Tak sgka kerana cinta,rasa hormat org pada kita juga mudah lupus.gara2 kita terlupa.
jangan smpai 1 hari nanti,cinta jugalah yg menghancurkan kita.

Thursday 30 May 2013

Hilang.

Kehilangan sesuatu yg telah dibina sekian lama kerana silap sendiri bukan mudah. Kerana aku perlu menerima kenyataan bahawa bodohnya aku kerana satu kesilapan aku hilang sesuatu yg berharga. Jangan. Jangan muntah bila baca.
Orang kata hilang cinta, boleh jadi gila.
Tapi lain pula dengan aku.
Hilang cinta, aku jadi tenang.
Hilang kawan, meroyan macam hilang anak.
3 hari menangis tanpa henti. tak kira tempat. Hinggakan tempat menunggu bas pun jadi mangsa banjir.
Tiga hari menyalahkan diri yg memang terang-terangan salah.
Tiga hari cuba menerima kenyataan bahawa. SEMUANYA TIDAK AKAN SAMA.
tapi akhirnya aku cuba kembali ke dunia nyata.
Bahawa, tiap manusia punya hak,untuk datang dan pergi.
Luka di hati mereka sungguh parah,sehinggakan mungkin,melihat wajah aku pun boleh jadi sgt pedih.
Jadi aku hormati.
Aku terima.
Cuma aku minta. jangan tanya berkenaan itu lagi. Atau aku akan jadi marah dan menangis sekali lagi.
Sejak hari kejadian, mimpi aku didatangi orang yang sama. Setiap hari, aku dan dia baik seperti biasa. Semacam memberi harapan. Boleh jadi atau tidak, aku berserah. Andai Allah sayang hubungan itu. In sya Allah semuanya akan kembali seperti biasa. Aku berdoa. aku berdoa agar semuanya baik2 sahaja.

Adil atau tidak. Allah tentukan. Aku berserah.

Friday 10 May 2013

Lagu baru tatau apa tajuk.haha. Khas untuk Mak dan Abah

Senyum di bibirmu itu yang aku rindu
Aku mahukan kamu
Bisikan suaramu biarpun kau jauh
Mampu membuatku bisu
Sayang, engkaulah permata hatiku
Mana mampu aku hidup tanpamu

Disetiap langkahku pasti adanya kamu
Aku hidup keranamu
Tiap kesilapanku tetap menyanyangiku
Mana mampu ku mengeluh
Kamu bukannya satunya cintaku
Tapi kau yang disebut selalu

Chorus:
Hanya kau yang bisa memberi segala
Cinta kasihmu bagiku sempurna
Hanya kau yang bisa
Memberi segala
Biar pedih jiwa raga

Hanya kamu saja
Cinta yang tak pernah terbelah baginya

Ulang Chorus:

Maafkan diriku atas kesilapanku
Ku tahu dirimu penuh luka dihati
Namun parahnya sakit, kau lupakan semua
Bagimu ku adalah permata.

Thursday 21 March 2013

Tajuk bebas

Aku sentiasa tahu kenapa aku tak suka buat sesuatu itu.Kenapa aku benci sesuatu situasi itu dan kenapa aku   marah bila seseorang buat sesuatu yang aku tak suka.

Itu agaknya salah satu faktor kenapa hubungan aku tak pernah kekal.

Dua kali kononnya bercinta, dua2 orang yang tak dekat dengan aku. Jenis2 manusia yang tak boleh berenggang tapi terpaksa. Bila begitu,kalau boleh sms haruslah 24/7. Kalau boleh setiap masa nak berhubung,'call', dan macam2 lagi.

Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa aku benci situasi itu.

Aku sangat mementingkan manusia2 di sekeliling aku. Aku faham perasaannya bila aku duduk berdua dengan seorang rakan dan dia senyap. Sepanjang masa SMS dengan si lelaki. Kadang2 lebih parah bila aku di sebelah,tak tahu nak buat apa,bila dia sibuk bergembira 'on call' dengan sang teruna.
Bagi yang 'single and available' mesti faham perasaan ini.(haha..gelak sekejap)

Tapi bukan.Ini bukan cemburu. Aku bukannya desperate sangat nak cari Boyfriend. Sebab bila aku ada seorang pon,aku marah bila dia telefon aku waktu aku bersama kawan2.
Dari dulu lagi aku dah perasan masalah ini. Setiap kali bila kawan2 aku mula bercinta. Dia mula menjauh dari aku. Kalu dulu boleh lepak sama,bergembira gila2,sekarang dah susah.Bila lepak pon,mata di telefon bimbit sepanjang masa. Mana tak terasa.

Aku pun pernah begitu. Sebab itu aku selalu tertekan bila ada seseorang yang mahu berhubung dgn aku sepanjang waktu. Rimas.

Tapi bukan semua. Bergantung kepada 'sang teruna' berkenaan juga. Kalau dia jenais yang dekat. Yang boleh mendekati kwn2. Tak segan bergaul. Tak kisah lepak bersama. Itu tiada masalah. Malah kita jadi lebih gembira melihat kawan kita ni bahagia dengan pilihannya.

HAHA.. nk bercinta ni bukan mudah. Nak ada dalam situasi bercinta tu pun dah payah. Lagi2 golongan biasa2 macam aku. hahaha. tapi bila ada ego sendiri. Lagilah payah. Mungkin itu sebab aku tak pernah jumpa lagi yang aku rasa compliment dengan diri aku. hmm..entahlah. kalau susah pon takpe. Lambat pun takpe. Janji,bila aku tua nanti. Ada seseorang yang sayang aku dan memahami aku apa adanya . :)

NO OFFENCE. :) sayang semua kawan saya.

Friday 15 March 2013

Entry khas 5 tahun bersama CG

5 tahun bersama CG. suka,duka,cinta,persahabatan,air mata,penat lelah,sakit hati,kasih sayang,rindu,usaha,benci,sayang semula,naik,jatuh,bangun semula..

Kenangan paling indah dalam hidup adalah bertemu dengan sahabat2 CG yang sentiasa teguh hati dan sayangkan kumpulan. 5 tahun berlalu, tak sedar bahawa masa begitu pantas. Dah 5 tahun kenal kak bib, nuzul, adib,syida, wan,abg andy,abg hardy,zairull,abe,kak kat, ezry,zaki,hamzah dll.

ah,bosan ah entry serius!!!!!

ok, first time masuk CG ni waktu tu aku Pasum lagi. time tu hingusan lagi,tgh2 zaman ramping.bukan aku je. boleh dikatakan mostly la budak2 yg aku kenal ni kurus2 takde perut masing2..haha..pakai baju hijau tu rata je nampak.hahahaha..tahun itu tahun pertama CG memegang title Juara setelah beberapa tahun. Alhamdulillah.

kerana ada sorang jurulatih yang sgt berkaliber dan berpandangan jauh, sejak tahun tu abg andy hantar team perempuan ke pertandingan luar. team lelaki jgn jgn ckp ar mmg hebat diorang ni. susah payahnya nak naikkan team pompuan ni. time tu nama kitorg CGX la,CGY la.merepek je.tah pape.huhu..
pastu ok la sedap sikit letak nama HUSNA time first time masuk Nasyid Selangor.hehe.alhamdulillah dapat gak no 2. title Juara tu payah betul nak dapat.huh.

Tahun kedua FESENI bersama CG. hantar dua team.2 minggu sebelum bertanding tukar lagu,sebab preview macam haram.tapi redha je. Alhamdulillah team lelaki menang juara, dan team aku sekadar team kedua. Kalah lagi. aduh.

igt lagi pernah dengar statement  yg team kami ni susah nak menang. kitorg takde showmanship. susah nk kalahkan team Ukhuwah aka Fannan.rasanya hampir 10 kali dpt no 2 -_-"

tapi statement2 camtu sebenarnya pembakar semangat. Alhamdulillah. kemenangan pertama dirasai waktu FINAS 2011.lepas tu,sikit2 CG ni naik.

Jangan lupa,dalam naik2 tu kitorg pernah jatuh tempat ke-4 dan ke-5 FESENI 2012. It was devastating. air mata tu kalau tak kering rasanya boleh banjir KL ni.Tpi biasalah,hidup ni ada turun naiknya.Mungkin sebab rasa terlalu selesa,over confident,and over do it,kitorg kalah time tu. bnda tu yang buat kitorg lebih tabah menghadapi setahun yang kelam di UM ni.huhu..yang penting perjuangan FNK perlu diteruskan. persahabatan lama jangan diputuskan.kerjasama sentiasa diatur.

nk citer sikit pasal perjuangan FNK ni. first trial waktu Selangor tak berjaya.try plak Johor, time tu 1st time kenal bebetul ngan Aten and Migha. Migha and aten adalah sopan dan baik2 time tu.hahha..korang mmg terbaik.tgok je pencapaian dorang sekarang.tgok dorang atas stage, aku rasa malu pon ada. hahaha.hebat sgt dorang skrang.

 Xlama lepas tu kenal Rahman. mamat ni mula2 igt macam takley masuk.cam skema je.ngeri aku nk tgur. tpi tak sangka sekepala ghupenye.hahha..sebenarnya ku tak sangka setelah 5 tahun, aku jd sgt rapat ngan budak2 ni - nuzul,man,adib dll.hahaha.

tp kenangan paling best kat Sabah la. tambah sorg lagi si OLA.hehe.alhamdulillah,penat lelah2 muslimat2 CG  and AZ ni menempatkan kami juara di FNK.tak kurang Husna yg awesome gila first trial tros no 3!!!ah jeles!

apapun,yg paling best dlm CG ni ialah banyak drama. paling aku syg dalam CG ni ialah Syidot. dia ni nampak hebat tp sgt merendah diri. dia bnyak tolong aku. pernah gaduh tak bertegur. pernah heart to heart yg over,pernah nangis lari2.pernah belajar menari sama2,pernah main kejar2 sampai putus selipar. haha..dulu masa muda2 slalu lepak ngan syida.naik motor sesama. tp sekarang syida dah ada Abim dia.aku dah susah nak dengki,kacaw dia.hhahaha.
apa yg paling best,dia sgt faham aku,dan yakin dgn aku.kalau xde dia ni xde nya aku developed mcm sekarang ni. (ok skrang mata dah berair)
walau ini FESENI yang terakhir,aku harap sgt dapat nyanyi ngan Syida lagi.sobs2.kita kan solo paling kuat chemistry.ewah.hahaha

ok.nk citer sket pasal tragedi semalam.
sebenarnya aku tak berapa neves mula2. cume selera mkn je terganggu sikit.haha.mungkin tak neves sgt sebab kitorg balik awal time rehearsal.tak tgok smpai habis.kitorg tak tgok team lain yang hebat gila.
aku rasa ni la motif abg andy suruh balik awal--> taknak bagi kitorg sress.

tp before masuk DTC,aq tanya abg andy. "Abg Andy tgok sampai habis tadi?cane?"
dia geleng2 kepala and ckp camni "hmm..dorang hebat gila.korang buat yang terbaik je la.."

Zuppp...darah aku naik.tu la start aku berdebar,neves dll..kitorg trok sgt ke,abg andy ckp gitu.huhu
tapi xpe.senyum.igt,aku pernah berjaya di FNK.aku mampu buat ni di FESENI.ini perjuangan terakhir aku.kena buat yg terbaik.

atas stage sebenarnya aku tak fokus. terngiang2 apa yg abg andy kata.key Qasidah aku blur. step yg paling sharp dlm latihan aku lupa.voicing aku meraban.tp muka steady je feel over2. melampau gak la aku rasa feel mlm td. merepek betul.tp alhamdulillah.selamat juga perform.

Team AZ mlm td adalah sgt hebat.aku kagum macam mana step dorg boleh perfect. voicing dahsyat. muka drama even yg baru2.hebat la korang.Time keputusan mmg redha. kalau kalah pon aku rasa aku tak sedih sebab diorang mmg bikin goyang la weh!

tapi rezeki menyebelahi kami. mampu menitiskan air mata kegembiraan je.Sorakan sikit pon takde.lagi terharu bila tgok mata2 Nuzul,Fahmi,Zai dll masing2 merah.bayangkanlah yg lelaki pon begitu.yg pompuan dah siap hembus2 hingus dah..hahaa

Alhamdulillah sekali lagi.setelah 3 tahun menunggu.Tahun ni dapt perform mlm juara2!!!!!yay.!!!

Ini kenangan terindah 2013 yang aku takkan pernah lupakan. saya sayang CG!!!


Thursday 7 March 2013

Aku benci orang taksub politik.


Kadang2 orang macam aku ni malas dan memilih untuk tidak terlalu memikirkan tentang politik kerana benci melihat para2 yang taksub yang suka menuding jari,menggunakan teknologi untuk mengutuk satu sama lain,sibuk cari perkataan paling buruk nk kutuk pihak itu pihak ini. dan lain2 lagi

cubalah,apa kata kita lihat dari sudut positif mana2 pun pihak. mana yang elok kita ambil,yang buruk kita ambil iktibar.bukan mengutuk.

satu lagi,aku rasa benci plak dengan kemunculan komik ala2 9gag.mulalah Melayu2 Malaysia ni edit2 gambar itu ini nk mengaibkan orang.konon perfect sgt,konon pihak dia bagus sgt,konon dia yg lebih layak, tapi mentaliti? haha. kelakar. kelakar.

aku pun juga Melayu,tapi aku sedih melihat melayu mengutuk sesama sendiri.menggelar Melayu macai dll. sekali dia kutuk,yang tu balas. Saling balas berbalas memang tak habis.

Mak ayah saya juga pengundi. Mak Ayah saya juga ambil tahu hal politik. Tapi relaks2 sudahlah. tak payah nk melatah sangat. Orang tua2 mana lah reti nk edit2 gambar main FB ni. JELAS yang buat semua ni orang muda yang kurang kerja.
kbai

Friday 1 March 2013

Bukan sekadar cinta. Ia sumber bahagia.

aku faham perasaan itu.buat sehabis baik,cuba untuk menonjol,tapi tak pernah ada yg perasan.Lalu hasilnya aku dulu cuma suka memandang dari jauh,belajar dari jauh,hingga betul2 bersedia,barulah aku cuba kedepan.

mungkin minat tu lahir dari kecik. mak ayah dan sedara mara dah cukup tahu yg aku ni suka menyanyi.dlm kereta menyanyi,naik motor menyanyi,dlm bilik air,depan tv,di mana2 pun aku suka menyanyi dari kecil.Tapi takde satu pun cara untuk menonjolkan diri. Malah waktu itu, aku rasa menyanyi di khalayak ramai itu adalah mustahil bagi aku. Rasa macam sekadar angan2 kosong.

Sekolah rendah,tiap kali Majlis di sekolah,mesti ada persembahan nyanyian. Aku suka tengok. Aku suka berangan yang satu hari nanti,cikgu akan panggil aku untuk buat persembahan. Tp tak pernah ada peluang sekali pun.Hingga satu hari, aku sudah darjah 6. Majlis Sambutan Hari Raya. Cikgu cabar mana2 murid yang nak menyanyi lagu raya. Ada hadiah, RM1!

Aku waktu itu tak fikir lain.Cuma nk tunjuk je kat org aku pon boleh nyanyi. Terus angkat tangan!hahaha

mungkin macam tak malu. tapi,mungkin tu langkah pertama untuk aku memberanikan diri.

Sekolah Menengah.
Audition nasyid diadakan waktu aku masih tak punya ramai kawan. Waktu itu masih di Tingkatan 1. Rasanya tak ada sapa yang tahu aku suka menyanyi.Nak ajak kawan,tapi mereka mesti tak mahu. Aku? terus melangkah pergi seorang diri ke ujibakat tersebut. Mungkin perlu bertindak seorang diri kalau nk dpat apa yg kita suka.

Alhamdulillah aku berjaya. Tingkatan 1 dpt join nasyid sekolah. Dengar khabar nasyid sekolah aku ni hebat. Bnyak menang!haha.. tapi sayang, aku dpt jd reserve je. Tolong2 angkat alat muzik,tolong bawak baju, brg2 dll.Bila sampai pertandingan yg nak pakai ramai org,barula aku masuk.

Kenapa diorang tak bg aku masuk team utama?kenapa? mungkin aku kurang bagus.Tiap2 kali latihan aku datang :) suka tengok akak2 buat harmoni (Voicing). aku tgok dari jauh, belajar sikit2 buat 2nd. Lama2 mahirlah jugak sikit2 :)

Alhamdulillah. Form 2 dan form3 aku dapat masuk team utama untuk wakil sekolah sampai ke peringkat Kebangsaan. Main shaker je. muka pon buruk.maklumla tak reti mekap.tudung pon senget2. harap gincu je tebal. tapi lantaklah,yg penting atas stage kena senyum. Orang tak pernah nampak aku. sebab yg lain semua cantik2.aku tak kisah, dah biasa dah.haha.

nasyid sekolah yg banyak bina keyakinan dan kemahiran aku dlm nasyid. Alhamdulillah,lepas SPM dpt masuk PASUM. time orientasi kaw2 aku isi borang ko ko.biar org tahu sikit aku terer nasyid!

Tak sangka plak berbaloi sikap poyo aku tu. dapat la perform time MHS.

Bila nampak poster Audition CG kt kolej,aku berkira2. ok ke tak kalau masuk. tapi takde kawan nk join.segan.mesti ramai senior2 hebat. taknakla..
aku pon tak pegi.

tp alhamdulillah, ada panggilan time 1st meeting n tanpa berkira aku trus turun.Itulah first time jumpa Nuzul, Adib, Wan, Paan, Abg Andy, Kak Bib, Kak Najla, Abe, Kak Kat, Kak Seha, Kak Fiqa, Zai, Syida takde lagi time tu.huhu

mula2 awkward. segan tgok akak2 n abg2. time tu Adib pengurus. cm baik je muka. sekali dah kenal takde la baik mana! hahaha.guraw2.

4 tahun dlm CG sehingga sekarang. mcm2 benda aku belajar. dulu2 masuk pertandingan luar sekali pon tak pernah. CG selalu hantar team lelaki je. seakan team pompuan tak ada kekuatan.First time hantar pertandingan selain FESENI, ialah time Finas 2010. time tu final exam PASUM kot!! sanggup!

hahahaha...sib dpt gak sambung degree UM :)))

KALAU DULU, team pompuan CG asyik2 kalah ngan team lelaki. sampai rasanya dekat 6 kali dapat no 2 n kalah ngan team lelaki. abg andy suka puji team lelaki,seakan team kami ni kurangnya banyak sgt dari diorang.tp itulah pemangkin semangat. tgok hasilnya hari ini :)

Perjalanan aku dalam nasyid ni dah lama. Dalam CG ni aku bnyak dpat pengalaman, dapat banyak tunaikan impian,dapat banyak kawan, dapat banyak kenangan. CG sahabat, famili kedua aku,. bila kawan rapat ni,kita mudah terguris tersinggung. Tapi apa yg perlu kita ingat ialah, kita satu keluarga. Kita mampu teguhkan hubungan sampai bila2.

CG bukan sekadar cinta.tp ia sumber bahagia.

Sunday 17 February 2013

Keseronokan Pura-Pura

Keseronokan pura-pura yang akhirnya bertukar bisa
Bisanya parah melukakan jiwa raga
Konon mahu menghilangkan segala kekecewaan yang ada
Dari seseorang yang pernah menjadi punca bahagia

Keseronokan itu kononnya dari mula
Padahal semuanya pura-pura sahaja
Bukan mahu mempermainkan sesiapa
Tapi cuba untuk menghargai yang ada di depan mata

Sayangnya,
Keseronokan itu adalah hampa
Telah ku cuba sedaya upaya mengubah segalanya
Agar satu hari nanti berputik cinta
Tapi hampa tetap hampa
Hampa yang lalu bertukar rasa gila

Keseronokan pura-pura itu
Telah lama berlalu
Aku tak pernah rasa buntu
Tak pernah rasa terbelenggu
Malah aku rasa puas,dan bebas dari diktator itu

Cuma aku rasa sesal
Kerana saban hari aku lihat dia menyusun langkah demi langkah
Mencari pengganti yang juga mangsa panah
Dalam ketidakpuashatian dan juga rasa marah
Pada aku yang nekad pergi dan mengalah

Mangsa itu nanti
Akan mula merasai keseronokan
Yang akhirnya nanti pasti bertukar pura-pura.



Sunday 13 January 2013

Mimpi

Mimpi semalam and malam tadi adalah sgt awesome.

1. Semalam: Gua mimpi p naik kete berdua dgn 'Shah Rukh'. P Sabah plak tu. BAHAHAHAHA
2. Mimpi p makan Yong Tau Fu dgn 'Shah Rukh' and sorang lagi sape tah.Shah Rukh sgt hensem dlm mimpi tu okeh.and sgt gentleman.
3. Mimpi aku ada kuasa bercakap dgn monyet. Monyet tu paham ckp aku pastu dia p petik buah mata kucing -_- *merepek gila*
4.Mimpi jumpa dgn semua members Al-Munawwarah :) jamming sama n there's suddenly a guy yang hensem jamming skali. Dia kata dia dulu penah tgok kitorg waktu zaman skolah.
5. That guy jatuh cinta ngan aku. Umur dia 24 tahun, nasyid, pandai main gitar, tinggi, smart, romantik. omai. -_- mmg awesome gila perasaan tu. tapi dlm mimpi je. arghh!!!
6. Lupa cane lagu dia tapi mamat tu ada satu single group dia but then i'm trying so hard to play the song tapi tak boleh2. -_- *awkwardness everywhere.even in my dream :(*

oh if only i remember the song. boleh aku dedicate kat bakal husband aku lah.hahahah.. ok bai. mimpi itu sama ada petanda atau mainan syaitonn je.. apepon, teruskan hidup seperti biiasa. Assalamualaikum!