Friday 28 September 2012

Done and Over~

Serius jahat.. Aku tahu apa yang aku dah buat ni jahat sangat2. Jahat sebab aku mengecewakan hati seseorang. Menghancurkan harapan seseorang. Tapi bila hati aku sendiri tak dapat nk teruskan, apa lagi yang aku patut lakukan?

Untuk menipu diri sendiri, dan terus berpura-pura elok dan berlagak seperti biasa itu hipokrit. Aku tak mampu menipu kamu lagi. Kerana aku tahu kamu perlukan seseorang untuk menyayangi kau.

Mungkin silap aku juga dulu karana terburu2. Silap aku kini kerana tak dapat menimbulkan kembali perasaan dulu.

Aku sudah penat menahan dan mempertahankan hubungan yang asyik goyah dengan ketidaksefahaman. Hubungan yang penuh dengan ketidakpercayaan. Maafkan aku kerana sepanjang perhubungan kita, aku sering diam, tak mahu bercerita apa2. Mungkin aku tidak selesa. 1 tahun lebih bersama, aku tetap tidak selesa.
Mungkin 1 tanda bahawa kita tidak ditakdirkan untuk bersama.

Encik Oreo, terima kasih kerana bersama saya selama ini. Banyak pengorbanan yang telah awak lakukan untuk saya. Maafkan saya, saya bukanlah yang terbaik untuk awak..Awak perlukan seseorang yang lembut, sebagaimana awak begitu.

Saya..mungkin sukar untuk bercinta lagi..kerana terlalu penat dan takut..Mungkin satu hari nanti ada seseorang dtg ke rumah saya, dengan tujuan besar. Mungkin juga orang itu awak. Tapi buat masa ini,biarlah saya sendiri. Saya masih belum bersedia lagi.

Saya doakan awak bahagia, Encik Oreo.

Thursday 27 September 2012

Bertempur berbalah..naik gila kalau sepanjang hari diikutkan sgt hati ni..ini aku kah?atau watak idaman aku?

Saturday 22 September 2012

Menanti Hakiki

Seabad menunggu..namun takkan pernah tiba..
kegembiraan berpanjangan.
Buat diri ini

Hidup ini likunya pedih.
Sakit menusuk jiwa merintih.
Bukan senang menjadi khalifah
Usahlah engkau lelah.

Namun percayalah, kehidupan hakiki
Di syurga menanti
Kebahagiaan kurniaan Illahi
Buat yang berjaya menggenggam Duniawi
Menggapai puncak Ukhrawi.

Jalani tiap langkahmu dengan senyuman,
Sirami tiap ujian dengan keredhaan,
Pasti nanti terbit kebahagiaan.


Tuesday 18 September 2012

Ciri-ciri lelaki yang aku suke

ye, aku sedar aku ni tak cantik mana nak demand.haha..tapi beb, requirement aku senang sgt2.aku sebenarnye takdelah memilih sgt. tapi kalau dapat yang macm ni,kompem aku akan bahagia hingga ke anak cucu. :) peace!

Ciri-ciri lelaki yang best..hehe

1. Rambut pendek:
-please la xmo rambut panjang. even panjang 2 jari pon aku dah rasa pelik dah. ada pulak yang suke gunting rambut tinggal ekor kat blakang. Smart katanye. smart?what?smart?like seriously?
-lelaki hanya akan macho jika berambut pendek.terutamanya kau lelaki melayu.:))))
                           ni Tom Cruise,kalau korang rasa muka cam dia ni takpe la nk rambut pnjang pon.haha

2. Gila-gila: (baca: bukan prasan gila2)
-aku sgt2 suke sgt2 tergila2kan lelaki yang gila2.maksudnya kepala masuk air macam kepala aku gak.errr.kira sehati sejiwa lah ni.h\hehe
-pada yang rasa diri tu gila2, jgn la pasniy korang takut nk jumpa aku pulak.takde la gitu. ada bnyak lagi kriteria lain.hahaha.lagipon,aku ni bukan laku sgt nk suke kat semua org :P

3. Humorous
-kelakar.
-aku rasa semua perempuan pon akan mudah terjatuh dekat manusia2 macam ni.yela, senang didekati. rasa happy n gembira je bila kawan dengan dia.hehe..
-seriously, korang best!

4. Bila berkawan, tidak terlalu caring.
-mungkin ini agak tidak normal.tetapi bagi aku, untuk seorang lelaki yang bukan suami aku, terlalu caring itu sgt tidak perlu. rimas.
-ada certain perempuan ni yang tidak suke ditanya dengan pelbagai soalan. esp ketika dia sakit. 'dah makan ubat?',"awak nk saya tolong suapkan?"(like seriously?geli kot).

5. Bila bercinta tak terlalu ROMANTIK.
-ya, memang aku sengaja besarkan perkataan atas ni.
-sebab aku geli

6. tidak kuat merajuk
-aku sangat susah nak merajuk. even kalau kalau kawan2 aku or dot dot aku buat silap or buat aku marah, aku susah nk marah or mrajuk.
-jadi lelaki yang tough2 sekalian, tolongla jgn kuat merajuk...PLEASE


Monday 17 September 2012

Aku kena kurus.

kalau ikutkan hati, nak je aku update kat status je pasal bnda ni. Tapi cukup2lah..karang orang muak dgn topik aku yang sama setiap hari, perubahan takde gak.hehehe



Sunday 16 September 2012

Hujan

Bila hal yang dipendam lama mula dikongsi dengan seseorang yang dipercayai. Membuak2 cerita yang tersimpan lama diberitahu. Penuh perasaan,penuh emosi. Kononnya mahu meluahkan sahaja. Tapi lama2 sudah jadi seperti sesi melempiaskan rasa sakit dan penat di hati.

Hasilnya,hujan di Kuala Lumpur. Yang mula-mula hanya renyai-renyai sahaja. Dan bertukar deras bila ada manusia-manusia lain yang menegur. Ketika itu, tak kira awam mana pun tempatnya. Bila hati dah terlalu sakit, hujan lebat tak tertahan-tahan lagi..

Tapi syukur ada Dia yang mampu buat pelangi muncul semula. Memberi sinar baru pada sekuntum bunga yang hampir layu.

Saturday 15 September 2012

(^^)

That feeling, when someone is actually cares about u. Watching your every steps. Seeing you as someone special. Trying to approach you. Treat you like other girls.Always trying to make you laugh.
 
                                            BELIEVE ME, IT WAS EPIC

                               AND I WISH TO FEEL THAT ONCE AGAIN :)

Thursday 13 September 2012

Cabaran Sem 1..hadoi!

Persahabatan itu sangat rumit dan sukar. Kerana kita berhubungan dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang mudah ada yang sukar. Ada yang menganggap kita baik dan ada yang menganggap kita hina. Aku sudah hidup 21 tahun.Tidak terlalu lama. Tapi sudah cukup untuk aku mengenali dan belajar mengenai pelbagai jenis manusia. Adakala aku perlu belajar untuk jadi kebal dari emosi  dari tersinggungnya hati kerana mereka punya hati yang lebih berharga. Adakala aku belajar untuk berterus terang, kerana ada yang punya hati yang mulus dan lurus.Adakala juga aku belajar menentang, untuk mempertahankan diri yang disakiti saban hari.

Aku cuba belajar menjadi kawan yang menjaga hati. Takut si dia merajuk kerana aku lari pergi kepada yang lain. Aku sudah penat menahan kecewa dihina dan diabaikan oleh dia. Tapi apa dia tahu. Aku pula yang terhegeh-hegeh mahu menjaga hatinya. Mahu bersamanya.

Dia pula,pergi meninggalkan aku sewenang-wenangnya bila dia jumpa yang lebih baik. Aku hanya terpaku. menanti sesiapa memungut gadis yang jatuh dan ditinggalkan begitu shaja. Mujurlah, ALLAH itu Maha Pengasih. RencanaNYA, buat aku tersenyum kembali.