Monday 17 January 2011

merapu lagi~~



saya rasa gembira, risau, keliru dan yakin dalam masa yang sama..
APAKAH??


mungkin ini percaturan dari-MU yg mahu aku belajar menilai hati dan perasaan..
mungkin juga ujian untuk melihat kekuatan aku dalam dugaan demi dugaan..
mungkin juga sekadar mainan hati yg buat aku terbuai dalam bicara bersendirian..
tak mustahil juga bahawa ini adalah petanda bahawa aku telah sampai kepada sebuah PERTEMUAN..


RAPUHnya hati aku yg selalu sahaja mudah terusik,tp tak pernah pun sekuat ini..
TEGARnya jiwa aku yg kononnya ada prinsip,tp tak pernah pun seberani ini..
KUATnya hati aku yg terlalu suka merendahkan diri sendiri, tp tak pernah pun se'terdesak' ini..
TINGGInya angan2 aku yang dahulu sukar digapai,tp inilah kali pertama aku tekad mengorak langkah2 kecil yg akhirnya buat aku asyik mengelamun sendiri..


PERCAYALAH
inilah kali pertama aku mahukan sesuatu dan aku semakin hampir dengannya..
inilah kali pertama aku mencuba sesuatu yang mustahil, tapi hampir berjaya..
inilah kali pertama aku terlalu yakin hingga kadang-kadang rasa tak berdaya..


maafkan saya kalau saya terlalu mudah percaya..
maafkan saya kalau saya sebenarnya tak patut fikir sedemikian rupa..
maafkan saya kalau saya bukan dia..

maaf..
sebab inilah kali pertama saya berada dalam situasi ini..


No comments:

Post a Comment