Bila hal yang dipendam lama mula dikongsi dengan seseorang yang dipercayai. Membuak2 cerita yang tersimpan lama diberitahu. Penuh perasaan,penuh emosi. Kononnya mahu meluahkan sahaja. Tapi lama2 sudah jadi seperti sesi melempiaskan rasa sakit dan penat di hati.
Hasilnya,hujan di Kuala Lumpur. Yang mula-mula hanya renyai-renyai sahaja. Dan bertukar deras bila ada manusia-manusia lain yang menegur. Ketika itu, tak kira awam mana pun tempatnya. Bila hati dah terlalu sakit, hujan lebat tak tertahan-tahan lagi..
Tapi syukur ada Dia yang mampu buat pelangi muncul semula. Memberi sinar baru pada sekuntum bunga yang hampir layu.
No comments:
Post a Comment