Persahabatan itu sangat rumit dan sukar. Kerana kita berhubungan dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang mudah ada yang sukar. Ada yang menganggap kita baik dan ada yang menganggap kita hina. Aku sudah hidup 21 tahun.Tidak terlalu lama. Tapi sudah cukup untuk aku mengenali dan belajar mengenai pelbagai jenis manusia. Adakala aku perlu belajar untuk jadi kebal dari emosi dari tersinggungnya hati kerana mereka punya hati yang lebih berharga. Adakala aku belajar untuk berterus terang, kerana ada yang punya hati yang mulus dan lurus.Adakala juga aku belajar menentang, untuk mempertahankan diri yang disakiti saban hari.
Aku cuba belajar menjadi kawan yang menjaga hati. Takut si dia merajuk kerana aku lari pergi kepada yang lain. Aku sudah penat menahan kecewa dihina dan diabaikan oleh dia. Tapi apa dia tahu. Aku pula yang terhegeh-hegeh mahu menjaga hatinya. Mahu bersamanya.
Dia pula,pergi meninggalkan aku sewenang-wenangnya bila dia jumpa yang lebih baik. Aku hanya terpaku. menanti sesiapa memungut gadis yang jatuh dan ditinggalkan begitu shaja. Mujurlah, ALLAH itu Maha Pengasih. RencanaNYA, buat aku tersenyum kembali.
No comments:
Post a Comment