Friday, 28 September 2012

Done and Over~

Serius jahat.. Aku tahu apa yang aku dah buat ni jahat sangat2. Jahat sebab aku mengecewakan hati seseorang. Menghancurkan harapan seseorang. Tapi bila hati aku sendiri tak dapat nk teruskan, apa lagi yang aku patut lakukan?

Untuk menipu diri sendiri, dan terus berpura-pura elok dan berlagak seperti biasa itu hipokrit. Aku tak mampu menipu kamu lagi. Kerana aku tahu kamu perlukan seseorang untuk menyayangi kau.

Mungkin silap aku juga dulu karana terburu2. Silap aku kini kerana tak dapat menimbulkan kembali perasaan dulu.

Aku sudah penat menahan dan mempertahankan hubungan yang asyik goyah dengan ketidaksefahaman. Hubungan yang penuh dengan ketidakpercayaan. Maafkan aku kerana sepanjang perhubungan kita, aku sering diam, tak mahu bercerita apa2. Mungkin aku tidak selesa. 1 tahun lebih bersama, aku tetap tidak selesa.
Mungkin 1 tanda bahawa kita tidak ditakdirkan untuk bersama.

Encik Oreo, terima kasih kerana bersama saya selama ini. Banyak pengorbanan yang telah awak lakukan untuk saya. Maafkan saya, saya bukanlah yang terbaik untuk awak..Awak perlukan seseorang yang lembut, sebagaimana awak begitu.

Saya..mungkin sukar untuk bercinta lagi..kerana terlalu penat dan takut..Mungkin satu hari nanti ada seseorang dtg ke rumah saya, dengan tujuan besar. Mungkin juga orang itu awak. Tapi buat masa ini,biarlah saya sendiri. Saya masih belum bersedia lagi.

Saya doakan awak bahagia, Encik Oreo.

No comments:

Post a Comment