Tuesday, 6 March 2012

penat menangis~

aku bukan kekasih yang baik..biar di mana aku berada pun.
dengan kekasih,dengan kawan, sahabat, adik2 dan semua..
apa yang aku lakukan semua serba tak kena..
bila dah terhantuk, baru kelam kabut mencari penyelesaian..

aku penat..aku penat berlakon menjadi kekasih,kakak dan kawan yang matang..sedangkan aku tidak..
aku buntu..sedang berusaha memperbetulkan keadaan di sini..dia di sana berkecil hati..
sedang berusaha merapatkan diri dengan segelintir, ada yang menjauh..

aku penat mengalirkan air mata..sehingga berat untuk membuka mata..
aku hanya mahu rehat, rehat dan rehat..
jauh dari segalanya..

apa yang aku buat semua serba tak kena..

aku gembira dengan pencapaian semalam..berbaik dengan seseorang yang amat aku sayang..
tapi..bangun pagi ini..dia pula yang berkecil hati..
aku buntu...buntu..buntu..
boleh naik gila..

tolongla Ya Allah..kirimkan seseorang yang boleh membuatkan aku ketawa lagi seperti dulu..
buat aku lapang dan gembira..
dan terus menuju ke depan..
aku mahu seperti dulu...
aku mahu gembira bersama kawan2ku dan kekasihku..
aku mahu rasa cinta yang berbunga2 dalam hatiku..biarpun ia sakit..

aku mahu hidup yang tenang seperti suatu ketika dulu..aku cuma mahu itu..
ntah bila la aku akan menjadi kekasih yg benar2 kekasih..
penat dan tak larat.

Alhamdulillah

Tuhan itu Maha Pemurah, Maha Pengasih..
Dikirim-Nya aku sahabat yang menyayangi aku..yg menjaga aku sehingga dia sendiri terluka..
maafkan aku atas segala salah silap ku..
Aku bersyukur kita kembali seperti dulu..:)

jom berusaha tingkatkan segalanya!!

Monday, 5 March 2012

berikan aku peluang itu..

peluang..

benar orang kata setiap org, lain peluangnya..
dan aku sentiasa berpegang pada kata2 itu..

kerana itulah aku tidak suka cemburu pada pencapaian rakan-rakanku dalam perkara yang aku minati.pada mata2 segelintir manusia,aku ini biasa saja, bisa jadi pinggiran,bukan menjadi perhatian. Aku tahu kerana pandangan mereka selalu teralih pada yang lebih baik dari aku..

eh, jgn risaw aku tak cemburu! aku tidak cemburu kerana aku sedar siapa diri aku.aku budak baru belajar. baru sahaja berkecimpung dalam arena ini. Aku sedang berusaha untuk meningkat baik dan semoga kamu semua puas hati dengan apa yang aku mampu lakukan:)

peluang itu berbeza2..

kamu hebat:)
aku kagum dengan kamu..sini sana orang memujimu. Memanggilmu untuk macam2 perkara. Aku sentiasa yang kedua.tapi tak mengapa kerana itu bukan minat mutlakku.Minatku yang paling kuat bukan pada nyanyian.Tapi pada nasyid.

Bagiku nasyid penuh dengan jiwa.penuh dengan ketenangan,kegembiraan, kecintaan, kasih sayang. Tiap kali aku berada dalam kalangan rakan seperjuangan, aku rasa tenang, rasa senang, rasa lapang, kerana aku menyayangi mereka semua.. dan aku tahu mereka juga menyanyangi aku..

Rasa cinta itu membuatkan tiap2 rasa gelisah itu aku musnahkan.Tiap2 rasa iri hati,dengki dan benci aku ketepikan. Mungkin ada waktu yang jiwa tak tertahan diguris kawan yang tak perasan, aku menangis jua.tapi siapa yang menenangkan? Tetap juga dalam kalangan mereka.

Cintanya aku pada mereka, Ku sanggup biarkan si dia menanti setiap malam hanya kerana tidak mahu fokusku pada Nasyid terganggu. Terkadang juga tanpa sengaja menaikkan suara kerana mempertahankan cinta ini. Benarlah,kuatnya ukhuwah persahabatan yang ibarat keluarga ini. Buat aku tersenyum setiap hari.

Cintaku pada mereka jugalah yang menemukan cinta buat aku. Cinta yang tak pernah aku terfikir akan hadir. Hadirnya dalam keadaan pelik. Aku tak pernah menyangka yang akan ada seseorang sebegitu berusaha dan menyayangi aku apa adanya. Dia lebih muda, tapi aku yang kurang matang ini sentiasa pergi pada dia untuk lega dan ketenangan itu.Walau pada hakikatnya jauhnya itu beribu batu..


Ya..aku terlalu menyayangi mereka dan dia. Sehingga sukar untuk aku memilih antara nasihat si dia dan firasat hati yang mahukan yang terbaik buat mereka. Kini aku ketua. Mungkin bukan ketua yang baik, Tapi aku mahu jadi kakak yang baik.Yang disenangi dan disayangi. Aku juga mahu jadi kekasih yang baik, yang sentiasa ada waktu senang dan susah.

hmmm...hari ini..satu lagi peluang hadir. Hadir dari keluarga baruku aku sendiri belum betul2 senang dan mengenali lagi. Tapi keluarga ini berbeza, datang dari pelbagai citarasa dan cara. Mungkin cara mereka berbeza dari keluarga CG(straightforward tros!).tapi mereka telah membuka peluang untuk aku lebih jatuh cinta dengan nasyid.:)

peluang tak datang bergolek, peluang itu datang untuk mereka yang Allah sayang..

berikan aku peluang itu..

Friday, 2 March 2012

sembunyi

bersembunyi disebalik riuh rendah gelak ketawa..
menyamar menjadi ninja pembunuh binasa.tapi bukannya membunuh sesiapa,ninja ini berhati mulia.

lidahnya bercabang manis mulutnya.senyumnya lebar,ikhlas tawanya...
namun,hatinya berkecamuk menahan sengsara,mindanya kusut memikirkan strategi."bagaimana harus dia terus dan terus bersembunyi tanpa diketahui"

agar xsiapa yg tercedera,melainkan dia sahaja..

hari ni best *tajuk xde kaitan*

sesak dan tersepit dalam rasa sakit yang menindih2 seluruh tubuh..rasa lemah tetapi tak ada yang menghulur bantuan..rasa sakit tapi yang diharap cuma melempar tohmahan..

kamu..aku cuma insan hina yang tak tahu apa2..ya,mungkin aku mampu melakukan sesuatu, tapi aku tak sehebat itu untuk menjadi cikgu.mengajar satu persatu.yang aku mampu cuma cadangan dan penambahbaikan.bukan kesempurnaan.

aku tidak dilahirkan dengan kebolehan itu.Percayalah..

gadis 14,teguhkanlah hati mu. Pedulikan kata2 itu,ambil jadi pembakar semangat. yang penting teruskan usaha usah mengalah, Halangan dan dugaan usah diendah. Kita perlu kuat dan terus berdiri. Buktikan pada mereka, walaupun kita baru,lemah, kita mampu menjadi yang terbaik.
Aku sayang kamu semua...sampai bila2