Monday, 5 March 2012

berikan aku peluang itu..

peluang..

benar orang kata setiap org, lain peluangnya..
dan aku sentiasa berpegang pada kata2 itu..

kerana itulah aku tidak suka cemburu pada pencapaian rakan-rakanku dalam perkara yang aku minati.pada mata2 segelintir manusia,aku ini biasa saja, bisa jadi pinggiran,bukan menjadi perhatian. Aku tahu kerana pandangan mereka selalu teralih pada yang lebih baik dari aku..

eh, jgn risaw aku tak cemburu! aku tidak cemburu kerana aku sedar siapa diri aku.aku budak baru belajar. baru sahaja berkecimpung dalam arena ini. Aku sedang berusaha untuk meningkat baik dan semoga kamu semua puas hati dengan apa yang aku mampu lakukan:)

peluang itu berbeza2..

kamu hebat:)
aku kagum dengan kamu..sini sana orang memujimu. Memanggilmu untuk macam2 perkara. Aku sentiasa yang kedua.tapi tak mengapa kerana itu bukan minat mutlakku.Minatku yang paling kuat bukan pada nyanyian.Tapi pada nasyid.

Bagiku nasyid penuh dengan jiwa.penuh dengan ketenangan,kegembiraan, kecintaan, kasih sayang. Tiap kali aku berada dalam kalangan rakan seperjuangan, aku rasa tenang, rasa senang, rasa lapang, kerana aku menyayangi mereka semua.. dan aku tahu mereka juga menyanyangi aku..

Rasa cinta itu membuatkan tiap2 rasa gelisah itu aku musnahkan.Tiap2 rasa iri hati,dengki dan benci aku ketepikan. Mungkin ada waktu yang jiwa tak tertahan diguris kawan yang tak perasan, aku menangis jua.tapi siapa yang menenangkan? Tetap juga dalam kalangan mereka.

Cintanya aku pada mereka, Ku sanggup biarkan si dia menanti setiap malam hanya kerana tidak mahu fokusku pada Nasyid terganggu. Terkadang juga tanpa sengaja menaikkan suara kerana mempertahankan cinta ini. Benarlah,kuatnya ukhuwah persahabatan yang ibarat keluarga ini. Buat aku tersenyum setiap hari.

Cintaku pada mereka jugalah yang menemukan cinta buat aku. Cinta yang tak pernah aku terfikir akan hadir. Hadirnya dalam keadaan pelik. Aku tak pernah menyangka yang akan ada seseorang sebegitu berusaha dan menyayangi aku apa adanya. Dia lebih muda, tapi aku yang kurang matang ini sentiasa pergi pada dia untuk lega dan ketenangan itu.Walau pada hakikatnya jauhnya itu beribu batu..


Ya..aku terlalu menyayangi mereka dan dia. Sehingga sukar untuk aku memilih antara nasihat si dia dan firasat hati yang mahukan yang terbaik buat mereka. Kini aku ketua. Mungkin bukan ketua yang baik, Tapi aku mahu jadi kakak yang baik.Yang disenangi dan disayangi. Aku juga mahu jadi kekasih yang baik, yang sentiasa ada waktu senang dan susah.

hmmm...hari ini..satu lagi peluang hadir. Hadir dari keluarga baruku aku sendiri belum betul2 senang dan mengenali lagi. Tapi keluarga ini berbeza, datang dari pelbagai citarasa dan cara. Mungkin cara mereka berbeza dari keluarga CG(straightforward tros!).tapi mereka telah membuka peluang untuk aku lebih jatuh cinta dengan nasyid.:)

peluang tak datang bergolek, peluang itu datang untuk mereka yang Allah sayang..

No comments:

Post a Comment