Monday, 18 November 2013

Kisah Si Tukang Kayu Miskin

Ini kisah si tukang kayu,
Tukang kayu ini tukang kayu miskin,
Tak punya peralatan canggih,
Tak punya idea yang bernas melampau,
Tak punya rupa paras yang cantik
Tak punya segalanya.

Tapi tukang kayu ini cinta pada kerjanya
Kerjanya mengukir kayu,
Ukirannya mungkin tak berapa cantik,
Tapi cukup kemas dan bernilai pada pandangan matanya sendiri,
Kerana dia cuma menggunakan kayu biasa,
Yang murah, yang biasa2 sahaja,
Walau kadang-kadang hasil ukirannya terbiar lama,
Dia cuma tersenyum yakin, bahawa, lama-lama pasti ada yang akan suka.

Ada orang mungkin fikir dia bukan siapa2.
Yelah, cuma tukang kayu yang tak punya nama,
Dia biasa2 sahaja,
Tak punya kelayakan,
Tak punya kelebihan,
Tak punya kekuatan,
Tak punya ciri yang membuatkan dia perlu dilayan sama seperti si tukang kayu kaya.

Tukang kayu kaya?
Oh,
Dia cuma mengukir kayu mahal,
Kayu-kayu murah tak berkualiti, untuk apa diukir?
Hasilnya nanti buruk juga,
Tak mahal mana,
Siapa yang mahu beli?

Tapi tukang kayu miskin tidak kisah,
Dia suka mengukir kayu biasa2 sahaja,
Kerana baginya yang penting bukan materialnya,
Tapi hasil ukirannya,
Dia percaya,
Dengan keyakinan dan kasih sayang yang dicurahkan,
Kayu-kayu hasil ukirannya pasti akan menghiasi dinding-dinding istana :)

No comments:

Post a Comment