Kaki Kipas,
Dari dulu aku kenal kau,
Kau memang Kaki Kipas,
Kadang-kadang aku rimas,
Kerana aku bukannya Kaki Kipas,
Yang suka 'mengipas' orang-orang penting dalam hidup seperti yang kau suka lakukan.
Aku pernah jadi sahabat rapat Kaki Kipas,
Waktu itu, ke mana-mana kau pergi kau perlu aku,
Kau panggil aku untuk jadi teman kau,
Jadi, bila tiba agenda kau 'mengipas',
Aku cuma menurut,
Tapi aku memang rimas,
Aku tak layak berkongsi cerita-cerita hebat Kaki Kipas seperti kau,
Aku tak pandai berkata-kata,
Malah memang aku sedia adanya hina tak punya apa-apa.
Jadi masa berlalu,
Masalah timbul satu demi satu,
Dan aku tak sanggup terus di sisi engkau kerana aku rasa terlalu hina,
Kadang-kadang nampak seperti terlalu berusaha,
Nampak seperti aku bodoh,
Mengikut tiap kata sedangkan kau sendiri tak pernah percaya aku,
Aku putuskan untuk membawa diri,
Kita kini memang tak rapat seperti dahulu,
Kau, Mudah sahaja membina persahabatan baru,
Dengan skill 'mengipas' kau yang aku tahu memang bernas,
Beratur manusia mahu menjadi sahabat kau.
Aku tak kisah,
Cuma tolong jangan terlalu menghina aku,
Sehinggakan bila aku buka mulut menegur kau pun,
Kau balas dengan jelingan benci,
Memang betul aku ini hina,
Tapi aku juga layak mendapat kehormatan,
Kaki Kipas. Dulu sahabat baik aku kau kecewakan, kini aku pula? Hebat.
No comments:
Post a Comment