pelangi petang menjelma tadi.
penat lelah terasa ringan pula.
cantik betul ciptaan Tuhan.
tapi tak ramai yang duduk sejenak memikirkan betapa sayangnya Allah pada kita.
Tuhan berikan kita cinta.
berikan kita hidup.
berikan kita kawan.
berikan kita ujian.
bukan saja2
tapi kerana Dia percaya kita mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan.
Allah Maha Pemurah.
Turunkanlah hujan untuk kami.
agar bumi yang gersang ini terus lembab dan melahirkan pepohonan hijau.
Allah yang Maha Pengasih.
Tariklah hujan-Mu bila2 saja Engkau mahu.
kerana pasti setiap rencana-Mu ada hikmahnya.
AKU PERCAYA PADAMU
PERCAYA PADA KEWUJUDANMU
PERCAYA PADA RASULMU
PERCAYA PADA TIAP2 CIPTAANMU.
Allah yang Maha Pengampun.
Ampunkanlah setiap dosa ku.
kerana aku hanya insan lemah yang tidak lepas melakukan kesilapan.
yang mudah lalai.
mudah lupa pada-Mu di saat aku bahagia
aku tahu ternyata
BAHAGIA yang pasti hanya bahagia bila AKU DEKAT DENGANMU
No comments:
Post a Comment