berlarilah sejauh manapun yang aku mampu..
sesungguhnya rencana Allah lebih sempurna.
sehebat mana aku mengelak,selama mana aku bersembunyi,akan tiba juga satu saat di mana aku dah tak boleh pergi ke mana2 lagi.
dan apa yang aku mampu, hanyalah menadah tangan dan menerima satu demi satu ujian yang Maha Agung cipta untuk membina aku~
benar, mana ada ujian Allah yang tak ada tujuannya~
aku yakin,ujian ini supaya aku tidak terus menjadi katak penakut yang tak mahu keluar dari tempurung persembunyian aku.
Allah mahu aku berdiri, jadi hambanya yang gagah dan berani.
Berani menyahut cabaran,biar sesukar manapun.
Aku jadi yang pertama dalam kalangan aku untuk menjadi aku.
ya,agak sukar.
tambahan,aku langsung tiada pengalaman.
kalau dulu,hanya jadi pemerhati,dan pemendam.
kini,aku ada peluang untuk mengubah keadaan.
walaupun aku tahu,aku bukan pembuat keputusan yang baik.
aku bukan pemimpin..aku lebih suka menurut.
aku benci itu,benci ini,tapi tak pernah meluahkan.
jadi ini masa untuk berubah dan mengubah.
aku WAJIB tetapkan hati dan pendirian.
jadi lebih tegas dan dihormati.
bukan lagi gadis yang tidak serius yang dipandang remeh.
aku perlu berubah menjadi matang, dan MATANG.
supaya aku lebih BERANI.
No comments:
Post a Comment