Thursday, 23 October 2014

Banyak cantik??

Cinta dan coklat
Cinta dan bunga
Cinta dan kata-kata

Basi
Bagi aku itu semua sudah basi
Walau aku sendiri dulu pernah ada rasa mahu rasa semua itu
Walau aku tak suka coklat
Walau aku bukan pencinta bunga yg dipotong mati dijadikan jambakan yang akan melayu

Perempuan
Walau kuat mana pun dia
Walau konon 'brutal' mana pun dia
Kau hidangkan saja kata-kata manis
Buat-buat seperti kau ambil berat
Tawar diri untuk teman dia yang selalu bersendiri ke mana-mana sahaja
Kemudian kau buat sampai dia jatuh cinta
Tak
Kau tak payah usaha lebih
Memang dia akan semudahnya jatuh cinta begitu sahaja
Walaupun kau tak berniat pun bawa dia ke tahap yang dia bayangkan

Busuknya niat kau kalau kau tinggalkan dia begitu sahaja
Setelah kau wujudkan rasa yang tak pernah ada
Busuk
Macam bangkai

Kalau tak suka
Jangan dekat

Perempuan bukan baju
Yang kau suka dan kau pakai berulang kali sampai busuk
Kemudian kau baling entah ke mana-mana ceruk bilik
Kau biar berkulat
Kau biar lama
Sampai satu saat kau terjumpa semula
Kau kata
"Oh, aku terlupa!!"

Banyak cantik?

Monday, 29 September 2014

Tahi

Sekali kau palit muka aku dengan tahi
Sampai bila-bila pun terbayang busuk dan sakitnya hati

Walau lain kali kau hidangkan aku aiskrim coklat
Aku tahu kau punya muslihat

Mungkin juga kau mahu tepek aiskrim itu pada muka aku
Biar aku kejang membeku

Supaya aku diam membisu
Dan biarkan kau buat apa sahaja yang kau mahu

Iaitu palit aku
Dengan tahi

(Entri ini sekadar coretan yang tiada kaitan dgn hidup aku. Cuma hari ini, rasa macam nak tulis sesuatu yang punya perkataan tahi. Tahi pun benda juga)

Wednesday, 20 August 2014

Cemburu

Kadang2 kita ni terlalu kagum pada kelebihan orang lain dan apa yang mereka ada.Kita cemburu dan rasa hina sebab tak mampu jadi seperti mereka, sedangkan sebenarnya kita semua sama saja.

Lebih dia, mungkin kurang pada kita. Tapi dalam tak sedar, dia mungkin tak ada apa yg kita ada.

Jahat sangat kalau kata dunia ini tidak adil, sebab dunia ini Allah yang punya! Dan Dialah yang Maha Adil, Maha Memberi.

Kau cukup cantik, cukup deria, cukup sihat,cukup serba serbi, cukup sempurna. Mahu apa lagi?

Tuesday, 19 August 2014

Masa Untuk Beredar

Jangan cari aku lagi
Muka aku dah cukup tebal engkau tepek dengan bedak hitam

Jangan cari aku lagi
Hati aku dah sakit engkau tikam-tikam

Jangan cari aku lagi
Aku sudah cukup kuat untuk berhenti biarkan hati dicengkam

Kau sempurna
Kau curi hati aku
Aku dah jatuh cinta
Tapi kini kau biar pula aku hanyut entah ke mana-mana

Aku cuba tanya
Aku cuba faham
Tapi kau diam

Jadi
Jangan cari aku lagi

Thursday, 14 August 2014

Watak Sampingan

Kita semua membesar dgn kisah-kisah cinta yang legend-legend.
Kecil-kecil dulu fikir, bestnya nanti dah besar kitalah hero atau heroinnya.  *muntah*

Siapa sangka bila dah dewasa, rupanya watak-watak utama tu bukan kita.

Kita ini watak pokok,
Watak yang tak berapa dikenali (sebab tak berapa lawa),
Watak orang ramai,
Paling hebat pon,
Watak orang yang kena tinggal tak pun watak yang minat hero senyap-senyap sebab hero nak bersama dengan heroin.
Kira significant jugalah

Tapi ada ketika, kita dianggap antagonis
Sebab kita cuba jadi hero atau heroin
Teringin rasa bahagia jadi watak utama

Tapi rules tetap rules beb
Kau watak sampingan
Ending nanti, muka kau pun tak ada

Kahkah.

Ugly truth.

Jom gelak ramai-ramai.

Friday, 8 August 2014

Untung siapa dapat engkau.

Teringat satu petang, aku sedang duduk berdua dengan emak di luar rumah waktu Cik Jun datang tersenyum-senyum dengan berbaju kurung.

Cik Jun ini jiran depan rumah aku. Katanya baru pulang dari beraya di rumah sahabatnya.
Bukan main cantik lagi Cik Jun dengan baju kurung berwarna kuning-oren bunga-bunga dipadankan dengan tudung instant bercorak harimau bintang.

Sedang sibuk dia berborak dengan emak, Pakcik Ipin, jiran sebelah rumahku baru sampai dari mana entah dengan motor. Turun sahaja dari motor, terus sahaja dia menegur.

"Amboi, cantiknya Cik Jun. Untung Rafi (baca: suami Cik Jun) dapat Cik Jun."

Maka Cik Jun pun tersipu2 sambil menceritakan asal-usul baju dan perbualan tersebut bersambung panjang lagi.Kalau cerita semua, sampai esok pun tak habis.

Ditambah dengan krisis dalaman yang sejak akhir-akhir ini menghantui aku, aku tertarik dengan ayat  Pakcik Ipin itu yang kalau dalam dunia kita anak muda remaja ini, bunyinya akan jadi lebih kurang begini.

"Amboi, cantiknya. Untung siapa dapat engkau!"

Berulang-ulang otak aku memainkan ayat yang sama.

"Amboi, cantiknya. Untung siapa dapat engkau!"

Hmm.Kalau difikirkan sekali lalu. Ia adalah satu pujian. Mungkin.
Habis tu kalau tidak cantik, kalau tidak lawa? Rugilah siapa yang 'dapat' kita? Musykil.

"Untung siapa dapat engkau!"

'Dapat'
Manusia ini setahu aku bukan benda.
Aku yakin aku bukan benda, kau bukan benda, kita semua bukan benda.

Keluarga, sahabat, kekasih.
Kalau kita anggap mereka semua ini sebahagian daripada kita, mesti kita tak kisah pada rupa-parasnya, kekurangannya, salah-silapnya. Malah, sibuk-sibuk kita betulkan, cantikkan, perbaiki mana celanya, tutup mana buruknya. Kita selami hati budinya. Terima apa adanya.

Tapi, kita anggap mereka ini benda.

"Untung siapa dapat engkau"


Bila kekasih dianggap benda, kita mahu yang sempurna. Supaya kita juga turut nampak cantik bila bersama mereka. Bila begini, kita letakkan 'expectation' yang tinggi. Hingga silap sedikit pun kita rasa terlalu besar.
Padahal mereka juga manusia biasa.

"Oh, takdelah perfect sangat dia ni."

"Kau dah cukup sempurna?"

*sengih*

Dunia ni terlalu rumit. Kita mahukan kesempurnaan sedangkan kita belum cukup sempurna. Kita rasa tidak adil bila orang mahu diri kita jadi sempurna, sedangkan kita sendiri pandang tinggi pada kesempurnaan. Hmm. Kita sendiri sebenarnya tidak adil. Bagaimana pula kau mahukan keadilan?

"Untung siapa dapat engkau"

Si Tak-Berapa-Cantik dan Sang Tak-Berapa-Kacak tenggelam dalam krisis personaliti. Terlalu berusaha untuk menjadi cantik dan kacak.  Tak habis-habis merendahkan diri sendiri kerana terlalu yakin diri itu tidak cantik. Tak adil rasanya. 

*****************************************************

"Aku tidak cantik, jadi siapa mahu aku?"

"Kau bukan benda dan dunia ini bukan shopping complex"

"Aku juga mahu kekasih aku rasa beruntung 'dapat' aku!"

"Jadi kau juga hanya mahu kekasih yang buat kau rasa beruntung sahaja? Kejamnya."

"Kenapa aku tidak cantik?"

"Kerana kau bukan benda"

"Kau hanya perlu cantik di dalam untuk menjadi yang terbaik"

*********************************************************

InsyaAllah. Aku cuba.





Wednesday, 23 July 2014

Tempeyek a.k.a rempeyek

Tempeyek. (read: rempeyek)
Dalam keluarga aku, tempeyek adalah makanan wajib yang mesti dibuat dalam kuantiti yang banyak tiap-tiap kali raya.
Seingat aku dari aku kecik dulu mmg tiap-tiap tahun tak pernah miss.
Sanggup tak tidur malam raya semata-mata bersengkang mata buat tempeyek.

Dan kebiasaannya, peminat paling tegar yang kerjanya mengunyah tempeyek selagi ada ialah abah.
Abahlah juga yang shopping bahan-bahan buat tempeyek dan dengan angkuhnya mengorder agar tempeyek dibuat dengan lazat. (haa, tu tipu. abah saya sgt berbudi bicara.kehkeh)

Kadang-kadang tu mak sebut-sebut juga, "Tahun ni malaslah buat tempeyek. Kita buat kuih lain"
Berani? haaa, kejap lagi abah merajuk tak bercakap. haha. sweet betul main merajuk2 ni tau!

Kadang-kadang terfikir juga, apalaa yang special sgt tempeyek ni sampai setiap tahun tak pernah miss, tapi segan pula nak tanya. Cuma tahun lepas, belum sempat aku tanya apa-apa, mak dah tanya dulu.

"Tahu tak kenapa abah kau tiap-tiap tahun nak mak buat tempeyek?"ujar mak.
"Kenapa?" jawab aku sambil menggoreng tempeyek dengan penuh kesabaran dan ketekunan.
"Sebab dulu masa belum kahwin dulu, tiap kali raya, mak pos tempeyek satu bekas kat abah kau. Tu yang dia ingat sangat tu."

Waktu dengar citer tu serius aku rasa nak nangis, rasa cam apasal abah ni sweet sgt sampai camni sekali??!

                                           "Mungkin inikah yang dinamakan cinta?"(muntah)

Oh, k. Agak2 kalau aku buat kuih ke cookies apa2 bagi kat pakwe aku, agak2 dia ingat sampai macam ni tak. Nak try ah. haha. eh. Pakwe? hmmm. k.