Jadi perempuan yang kononnya berdikari ni kadang-kadang
kalau xkena nasib, ngeri juga.
Teringat few weeks ago after balik dari Fraser's Hill. Perjalanan balik rumah paling berliku dan mengerikan. sobs.
Since my other colleague semua kena balik awal sebab ada event lain, aku balik KL tumpang bas company yang datang buat staff
engagement tu, and of course driver bas tu drop semua pekerja dia kat company
dia(which is located somewhere di celah2 jalan yang memang susah nak cari teksi
mahupun bas). Time tu sampai company tu dalam jam 7.30 petang.
So I kindly asked the driver to drop me somewhere else near
LRT/KTM Station and he had no problem with that. “Boleh je dik, takde hal”
I was relieved at first, knowing that I don't have to be
worried about getting a taxi in the middle of nowhere. (fyi, Phone time tu mmg dah
mati, xdapat nak diselamatkan lagi)
Tapi, bila dah gerak dari company tu and tgh2 jalan2 tu,
baru driver tu cakap. "Saya tak tahula macam mana nak pergi train
station" and so he continue driving straight without knowing where to drop
me.
(and fyi, dalam bas tu cuma ada aku sorang dan driver
tersebut je)
After 10-15 minutes of driving, he decided to drop me
somewhere near 'Asia Jaya Station'. Legalah aku kononnya sebab Asia Jaya tu kan
station LRT, so dah senang la nak balik. Tapi bila dia berhenti utk drop aku,
dia drop kat tepi jalan federal highway yang besar tu (which is weird).
Tapi aku redhakan dengan pemikiran positif bahawa mungkin
the LRT station is just a few minutes walks away. Aku turun dan bas tersebut
pon berlalu pergi.
Hmm Hmm. Dan betullah. Memang ada station Asia Jaya kat
situ. Tapi tu station BRT, bukan LRT :') Manalah station tu sampai ke KL.
Padahal dah bagitahu dah driver tu yang aku duduk Pantai Dalam.Sobs.
Ok gua termenung kejap. Duduk kat bustop yang gelap and ada
a few Bangladesi there. Dari gua melangut baik gua tahan je taxi kat situ. Buat
bodoh je la Bangla tu xdenya nak kacau (positif).
Tunggu dalam 5 minit camtu,dah ada taxi berhenti. Gua pon
masuk.
"Nak pergi mana dik?"
"Pantai dalam boleh?" jawab aku dengan jujur dan
innocent.
Pakcik teksi tu terdiam, pandang belakang. "Pantai Dalam?
KL?"
"Ha'ah. Tak boleh ke pakcik?" time tu aku rasa nak
menangis dah,apehal pakcik ni taknak hantar aku balik?
"Pakcik bukan taknak hantar dik. Tapi adik ni tahan
teksi kat jalan salah ni. Jalan ni dah menghala ke Subang."
Aku sengih je mengenang nasib diri yang dah lost direction
sebab pakcik bas tadi main drop aku sepah2.
"Adik naik jalan atas tu, pastu tunggu kat bustop belah
sana eh dik.Elok2 malam2 ni bahaya sorang."
Gua gelak je "Hahaha, okay pakcik. Terima kasih."
Ujar pakcik tu lagi "Elok2. Nasib baik pakcik yang awak
tahan. Kalau orang tak brapa baik tadi, entah ke mana2 dia bawak awak"
Maka dengan kelatnya aku turun, tutup pintu dan melambai
pergi pakcik teksi yang baik hati tu. Serius kelat beb. Kelat. Nak mintak
tolong member, phone habis bateri. Bangla kiri-kanan pandang pelik.
Tapi aku jalan je laju2, menuju ke bustop di seberang jalan.
(FYI lokasi kejadian ni adalah di Jambatan Pulau Pinang kat Federal Highway tu
rasanya. rasanyalah)
Bermula lagi episod menunggu teksi di bustop satu lagi. Kali
ni teksi mmg bayang2 pon xde. Aku just terpikir kalau ada bas RapidKL lalu, aku
naik je. Lantaklah pergi mana, janji pergi somewhere safer.
And then, selepas lama menunggu, tetiba ada bas yang aku tak
kenal tak pernah nampak berhenti kat bus stop. Bas tu macam bas express tp
bukan. Kat depan tulis, KL, Pasar Seni tah kemana2 tah.
So, aku tanya je driver tu.
"Bang, bas ni pegi mana ek?"
"KL dik"
Aku pon naik
Brader driver tu mungkin tgok aku blur sgt so dia pon tanya.
"Awak nak balik mana ni?Tak pernah naik bas ni eh? Dari
mana ni? Kenapa sorang2?"
'Ala bro, agak2lah jangan la buat gua sebak,bro,' ujar aku
dalam hati.
"Saya nak balik Pantai Dalam ni. Ni baru balik ada
program kat company lain,tu yang tak tahu jalan"
"Oh xpe. Kalau pantai dalam nanti turun kat
blablablablabla (aku tak faham.lol).Nanti saya bagitahu awak ye."
Aku sengih je sebab terharu ada jugak org prihatin dengan
nasib aku. haha.
And so, aku redha je ke mana2 bas tu lalu. And alhamdulillah
bas tu ada berhenti kat LRT Asia Jaya. Cepat2 aku turun situ, cakap terima
kasih kat abang tu, dan berlari2 anak dengan gembira menuju LRT Station
tersebut.
Dan dengan itu, selamatlah aku pulang ke rumah. (lepas tu
sempat lagi jalan kaki dari Stesen U, singgah AEON Big Bangsar South dan lepas
tu balik rumah.lol)
See there, berapa banyak risiko yang aku amik dan aku
abaikan?
1. Driver bas. Cemana kalau pakcik tu niat tak berapa baik, and bawak aku entah
kemana-mana dan berlaku benda2 mengerikan ? Tapi Allah tu Maha Melindungi, Maha
Melihat. Aku selamat sampai keluar dari bas tu. Terima kasih pakcik tumpangkan
saya sampai tepi jalan yang nowhere tu :’)
2. Driver teksi . Cemana kalau yang aku tahan tu driver
teksi yang tak berapa baik. Yang ambil kesempatan pada penumpang yang tetibe
bodoh jalan macam aku time tu. Tak ke naya? Dah la malam.huh.
Tapi Allah takdirkan pakcik tu untuk lalu dan berhenti bila aku tahan. Allah
kirimkan pakcik tu utk pulangkan aku balik pada direction yang betul. Sobs.
Terima kasih pakcik, semoga rezeki pakcik melimpah ruah.
3. Bas: Cemana kalau bas ni pon entah lalu jalan mana2.
Pastu aku sesat. Pastu aku di drop kat entah mana2. Pastu pastu. Sobs. Nasib
baik driver tu baik dan aku naik bas yang betul. Terima kasih abg driver. Style
gila bas siap ada TV. Bayar RM2 je.
Semoga rezeki abg melimpah ruah juga. J
Tulah. Umur dah
lanjut. Busy memanjang lesen pon tak siap2. Pegilah cepat2 ada kereta. Nanti
lepas ni belum tentu lagi Allah kirimkan org untuk jaga kau, Faz. hmmm. *Tampar
muka sendiri*
Malam tu, sampai rumah dalam jam 9.30 malam, Aimi tanya
"Kak Faz macam baru lepas balik jogging"
Lol. Dia tak tahu jauh dan berlikunya perjalanan aku tadi.
:P