Tuesday, 30 June 2015

Kau Boleh Berdikari Sebab Allah Masih Jaga

Jadi perempuan yang kononnya berdikari ni kadang-kadang kalau xkena nasib, ngeri juga.

Teringat few weeks ago after balik dari Fraser's Hill. Perjalanan balik rumah paling berliku dan mengerikan. sobs.

Since my other colleague semua kena balik awal sebab ada event lain, aku balik KL tumpang bas company yang datang buat staff engagement tu, and of course driver bas tu drop semua pekerja dia kat company dia(which is located somewhere di celah2 jalan yang memang susah nak cari teksi mahupun bas). Time tu sampai company tu dalam jam 7.30 petang.

So I kindly asked the driver to drop me somewhere else near LRT/KTM Station and he had no problem with that. “Boleh je dik, takde hal”

I was relieved at first, knowing that I don't have to be worried about getting a taxi in the middle of nowhere. (fyi, Phone time tu mmg dah mati, xdapat nak diselamatkan lagi)
Tapi, bila dah gerak dari company tu and tgh2 jalan2 tu, baru driver tu cakap. "Saya tak tahula macam mana nak pergi train station" and so he continue driving straight without knowing where to drop me.
(and fyi, dalam bas tu cuma ada aku sorang dan driver tersebut je)

After 10-15 minutes of driving, he decided to drop me somewhere near 'Asia Jaya Station'. Legalah aku kononnya sebab Asia Jaya tu kan station LRT, so dah senang la nak balik. Tapi bila dia berhenti utk drop aku, dia drop kat tepi jalan federal highway yang besar tu (which is weird).
Tapi aku redhakan dengan pemikiran positif bahawa mungkin the LRT station is just a few minutes walks away. Aku turun dan bas tersebut pon berlalu pergi.

Hmm Hmm. Dan betullah. Memang ada station Asia Jaya kat situ. Tapi tu station BRT, bukan LRT :') Manalah station tu sampai ke KL. Padahal dah bagitahu dah driver tu yang aku duduk Pantai Dalam.Sobs.

Ok gua termenung kejap. Duduk kat bustop yang gelap and ada a few Bangladesi there. Dari gua melangut baik gua tahan je taxi kat situ. Buat bodoh je la Bangla tu xdenya nak kacau (positif).
Tunggu dalam 5 minit camtu,dah ada taxi berhenti. Gua pon masuk.

"Nak pergi mana dik?"
"Pantai dalam boleh?" jawab aku dengan jujur dan innocent.
Pakcik teksi tu terdiam, pandang belakang. "Pantai Dalam? KL?"
"Ha'ah. Tak boleh ke pakcik?" time tu aku rasa nak menangis dah,apehal pakcik ni taknak hantar aku balik?
"Pakcik bukan taknak hantar dik. Tapi adik ni tahan teksi kat jalan salah ni. Jalan ni dah menghala ke Subang."
Aku sengih je mengenang nasib diri yang dah lost direction sebab pakcik bas tadi main drop aku sepah2.
"Adik naik jalan atas tu, pastu tunggu kat bustop belah sana eh dik.Elok2 malam2 ni bahaya sorang."
Gua gelak je "Hahaha, okay pakcik. Terima kasih."
Ujar pakcik tu lagi "Elok2. Nasib baik pakcik yang awak tahan. Kalau orang tak brapa baik tadi, entah ke mana2 dia bawak awak"

Maka dengan kelatnya aku turun, tutup pintu dan melambai pergi pakcik teksi yang baik hati tu. Serius kelat beb. Kelat. Nak mintak tolong member, phone habis bateri. Bangla kiri-kanan pandang pelik.

Tapi aku jalan je laju2, menuju ke bustop di seberang jalan. (FYI lokasi kejadian ni adalah di Jambatan Pulau Pinang kat Federal Highway tu rasanya. rasanyalah)

Bermula lagi episod menunggu teksi di bustop satu lagi. Kali ni teksi mmg bayang2 pon xde. Aku just terpikir kalau ada bas RapidKL lalu, aku naik je. Lantaklah pergi mana, janji pergi somewhere safer.
And then, selepas lama menunggu, tetiba ada bas yang aku tak kenal tak pernah nampak berhenti kat bus stop. Bas tu macam bas express tp bukan. Kat depan tulis, KL, Pasar Seni tah kemana2 tah.

So, aku tanya je driver tu.

"Bang, bas ni pegi mana ek?"
"KL dik"
Aku pon naik
Brader driver tu mungkin tgok aku blur sgt so dia pon tanya.
"Awak nak balik mana ni?Tak pernah naik bas ni eh? Dari mana ni? Kenapa sorang2?"

'Ala bro, agak2lah jangan la buat gua sebak,bro,' ujar aku dalam hati.

"Saya nak balik Pantai Dalam ni. Ni baru balik ada program kat company lain,tu yang tak tahu jalan"
"Oh xpe. Kalau pantai dalam nanti turun kat blablablablabla (aku tak faham.lol).Nanti saya bagitahu awak ye."

Aku sengih je sebab terharu ada jugak org prihatin dengan nasib aku. haha.

And so, aku redha je ke mana2 bas tu lalu. And alhamdulillah bas tu ada berhenti kat LRT Asia Jaya. Cepat2 aku turun situ, cakap terima kasih kat abang tu, dan berlari2 anak dengan gembira menuju LRT Station tersebut.

Dan dengan itu, selamatlah aku pulang ke rumah. (lepas tu sempat lagi jalan kaki dari Stesen U, singgah AEON Big Bangsar South dan lepas tu balik rumah.lol)

See there, berapa banyak risiko yang aku amik dan aku abaikan?

1. Driver bas. Cemana kalau pakcik tu niat tak berapa baik, and bawak aku entah kemana-mana dan berlaku benda2 mengerikan ? Tapi Allah tu Maha Melindungi, Maha Melihat. Aku selamat sampai keluar dari bas tu. Terima kasih pakcik tumpangkan saya sampai tepi jalan yang nowhere tu :’)

2. Driver teksi . Cemana kalau yang aku tahan tu driver teksi yang tak berapa baik. Yang ambil kesempatan pada penumpang yang tetibe bodoh jalan macam aku time tu. Tak ke naya? Dah la malam.huh.
Tapi Allah takdirkan pakcik tu untuk lalu dan berhenti bila aku tahan. Allah kirimkan pakcik tu utk pulangkan aku balik pada direction yang betul. Sobs. Terima kasih pakcik, semoga rezeki pakcik melimpah ruah.

3. Bas: Cemana kalau bas ni pon entah lalu jalan mana2. Pastu aku sesat. Pastu aku di drop kat entah mana2. Pastu pastu. Sobs. Nasib baik driver tu baik dan aku naik bas yang betul. Terima kasih abg driver. Style gila bas siap ada TV. Bayar RM2 je.  Semoga rezeki abg melimpah ruah juga. J

Tulah.  Umur dah lanjut. Busy memanjang lesen pon tak siap2. Pegilah cepat2 ada kereta. Nanti lepas ni belum tentu lagi Allah kirimkan org untuk jaga kau, Faz. hmmm. *Tampar muka sendiri*

Malam tu, sampai rumah dalam jam 9.30 malam, Aimi tanya "Kak Faz macam baru lepas balik jogging"

Lol. Dia tak tahu jauh dan berlikunya perjalanan aku tadi. :P




Sunday, 11 January 2015

Tiga Jenis Lelaki

Dalam dunia ni ada tiga jenis lelaki.
Lelaki Biasa
Lelaki Idaman Malaya
Lelaki Biasa Idaman Malaya

Ini definisi aku:

Lelaki Biasa:
Lelaki jenis ini selalunya serius. Dia tak main-main. Tapi dalam percubaan menjalinkan hubungan, dia lost, dia tak tahu apa2, dia tak tahu apa si gadis nak, dia tak tahu cara buat si gadis jatuh cinta, dia gelojoh, dia tak reti sabar, belum apa2 lagi dia dah luahkan. Sedangkan si gadis belum sedia,belum cukup kenal sang teruna. Hasilnya, teruna ini kecewa.

Lelaki Idaman Malaya:
Jejaka hot yang ramai suka, mudah buat gadis jatuh cinta, walaupun rupa tak kemana, dia tahu apa dia perlu buat. Mereka ini 'effortlessly' charming. Tak perlu usaha lebih. Ini yg buat gadis2 cair meleleh macam aiskrim. Tapi mereka ini selalunya tidak serius. Mudah dapat,mudah lepas. Mereka ini pakar buat taik. Buat gadis2 gila, kecewa, heartbroken menonggeng macam masa depan dah tak ada.

Lelaki Biasa Idaman Malaya:
Ini spesis rare. Rare bukan bermaksud tak banyak. Tapi si gadis cuma akan jumpa seorang sahaja seumur hidup dia. Sebab mereka ini walaupun tak perfect, mungkin gelabah, sama ada tak hensem ataupun hot sangat, tapi somehow diorang ada 'vibe',yang 'unique' yang akan sama dengan seorang gadis ni. Diorang tak macam lelaki normal biasa yang gelojoh, tak reti sabar. Diorang ini serius dalam hubungan, dan tahu apa nak buat ( sebab 'vibe' dia sama, kan dah kata tadi). Mereka ini mungkin biasa pada pandangan gadis lain, tapi 'extraordinary' di mata seorang gadis tersebut. Hoho.

Ladies, kalau jumpa yang ketiga ni, grab the chance. Haha lol.

Sunday, 21 December 2014

Bunga

Jangan kerana leka diberi bunga
Kau terlupa ada duri
Kau genggam erat-erat
Tak sedar tangan terluka

Tapi jangan risau
Darah boleh ganti
Luka pasti sembuh juga nanti

Thursday, 23 October 2014

Banyak cantik??

Cinta dan coklat
Cinta dan bunga
Cinta dan kata-kata

Basi
Bagi aku itu semua sudah basi
Walau aku sendiri dulu pernah ada rasa mahu rasa semua itu
Walau aku tak suka coklat
Walau aku bukan pencinta bunga yg dipotong mati dijadikan jambakan yang akan melayu

Perempuan
Walau kuat mana pun dia
Walau konon 'brutal' mana pun dia
Kau hidangkan saja kata-kata manis
Buat-buat seperti kau ambil berat
Tawar diri untuk teman dia yang selalu bersendiri ke mana-mana sahaja
Kemudian kau buat sampai dia jatuh cinta
Tak
Kau tak payah usaha lebih
Memang dia akan semudahnya jatuh cinta begitu sahaja
Walaupun kau tak berniat pun bawa dia ke tahap yang dia bayangkan

Busuknya niat kau kalau kau tinggalkan dia begitu sahaja
Setelah kau wujudkan rasa yang tak pernah ada
Busuk
Macam bangkai

Kalau tak suka
Jangan dekat

Perempuan bukan baju
Yang kau suka dan kau pakai berulang kali sampai busuk
Kemudian kau baling entah ke mana-mana ceruk bilik
Kau biar berkulat
Kau biar lama
Sampai satu saat kau terjumpa semula
Kau kata
"Oh, aku terlupa!!"

Banyak cantik?

Monday, 29 September 2014

Tahi

Sekali kau palit muka aku dengan tahi
Sampai bila-bila pun terbayang busuk dan sakitnya hati

Walau lain kali kau hidangkan aku aiskrim coklat
Aku tahu kau punya muslihat

Mungkin juga kau mahu tepek aiskrim itu pada muka aku
Biar aku kejang membeku

Supaya aku diam membisu
Dan biarkan kau buat apa sahaja yang kau mahu

Iaitu palit aku
Dengan tahi

(Entri ini sekadar coretan yang tiada kaitan dgn hidup aku. Cuma hari ini, rasa macam nak tulis sesuatu yang punya perkataan tahi. Tahi pun benda juga)

Wednesday, 20 August 2014

Cemburu

Kadang2 kita ni terlalu kagum pada kelebihan orang lain dan apa yang mereka ada.Kita cemburu dan rasa hina sebab tak mampu jadi seperti mereka, sedangkan sebenarnya kita semua sama saja.

Lebih dia, mungkin kurang pada kita. Tapi dalam tak sedar, dia mungkin tak ada apa yg kita ada.

Jahat sangat kalau kata dunia ini tidak adil, sebab dunia ini Allah yang punya! Dan Dialah yang Maha Adil, Maha Memberi.

Kau cukup cantik, cukup deria, cukup sihat,cukup serba serbi, cukup sempurna. Mahu apa lagi?

Tuesday, 19 August 2014

Masa Untuk Beredar

Jangan cari aku lagi
Muka aku dah cukup tebal engkau tepek dengan bedak hitam

Jangan cari aku lagi
Hati aku dah sakit engkau tikam-tikam

Jangan cari aku lagi
Aku sudah cukup kuat untuk berhenti biarkan hati dicengkam

Kau sempurna
Kau curi hati aku
Aku dah jatuh cinta
Tapi kini kau biar pula aku hanyut entah ke mana-mana

Aku cuba tanya
Aku cuba faham
Tapi kau diam

Jadi
Jangan cari aku lagi